January 18, 2013
Bayar......
Lebih setahun dah aku tak menulis di laman blog nie. Sekali-sekala aku menjenguk jugak blog nie. Dah dapat dua kali amaran daripada pihak amin blog, kalu tak tulis jugak lepas nie, alamat blog ini akan didelete. Sayang juga. Sebab aku dah tulis macam-macam dalam nie. Ada kenangan juga.
Alhamdulillah......aku dah bayar habis hutang pinjaman pelajaran PTPTN aku. Dengan bantuan isteri aku juga. Kebiasaannya aku bayar monthly, tapi disebabkan baki aku tinggal sikit, aku pun bayar la lump-sum pada awal bulan nie melalui CIMB Clicks. Dapat diskaun 20%. Tapi sampai sekarang aku tak dapat feedback atau info daripada pihak PTPTN.
Minggu lepas, aku call depa. Depa kata biasanya akan ambil masa 7 hari bekerja untuk update maklumat terkini. OKlah, sebab aku call depa pun kurang 7 hari bekerja lepas aku bayar. Semalam aku call lagi, sebab dah nak dekat dua minggu tapi belum ada apa-apa maklumat lagi daripada PTPTN yang aku dah selesai hutang aku. Depa kata pulak, semua maklumat untuk 2013 belum lagi diupdatekan. Depa terpaksa buat aduan kes aku nie ke pegawai pulak. Akan ambik masa 7 hari bekerja katanya. 7 hari bekerja lagi kata aku.
Dalam hati, aku dok bebellah. Apa la, dulu aku miss bayar satu bulan, bising sampai hantar surat ke pejabat dan rumah aku bagi peringatan bayar. Bila dah dapat duit, lambat la pulak repsons nyer.
June 12, 2011
Trip Family Adik Aku 3
Fuhhh.......dah lama sangat aku tak update blog aku nie. Kalau laman rumah, dah jadi utan rimba dah nie. Siap gajah ngan rimau pun ada kot. Nak kata sibuk tu, takde ler sibuk sangat pun sebab bukan aku yg study pun. Apa-apa pun aku nak update pasal trip adik aku tempoh hari, walaupun dah lama berlalu, aku nak bagi perabis dulu catatannya.
Hari ketiga, family adik aku kini berada di rumah aku di Palmy. Pada belah pagi, kami telah pergi ke windfarm yag terletak lebih kurang 15km dari bandar Palmy. Windfarm ini digunakan bagi menjanakan kuasa elektrik, kalau tak silap aku kepunyaan Mighty River Power. Lepas tu kami balik ke bandar Palmy dan pusing-pusing sekitar bandar Palmy.
Kereta aku parking bawah windmill nie.
Pada belah petang pulak, kami pergi ke Esplanade Park, salah satu tempat rekreasi yang terdapat di sini. Jalan-jalan sambil bagi itik makan kat tepi kolam. Lepas tu bawa budak-budak main kat playground.
Keesokan harinya, kami pergi ke Whanganui, lebih kurang 1 jam dari rumah aku. Destinasi pertama aku ialah Durie Hill. Kat Durie Hill nie ada satu menara peringatan yg dibina setinggi 33.5 meter yang boleh kita naik dan tengok view bandar Whanganui. Tarikan utama Durie Hill ialah terdapat lif dan lorong jalan kaki yang dibina menembusi bukit Durie Hill nie. Lif ini sedalam 66 meter dan lorong pejalan kaki ini sejauh 205 meter.
Lepas tu kami singgah solat Zohor kat Masjid Whanganui. Kami makan tengah hari di Curry Puff Cafe milik orang Malaysia yg telah berhijrah ke sini. Makan sambil borak-borak ngan owner restoran, lama berborak daripada makan. Habis makan kami pergi ke Kowhai Park pulak, taman permainan kanak-kanak. Lepas tu kami balik ke rumah.
February 22, 2011
Christchurch Dilanda Lagi......
Baru tadi aku bukak TV selepas ambik anak aku kat kindy. Berita terkini di TV melaporkan Christchurch dilanda gempa bumi lagi. Kali ini berukuran 6.3 magnitud dan berlaku lebih kurang jam 12:51 tengah hari. Gempa yang melanda pada September tahun lepas berukuran 7.1 dan berlaku sebelum subuh, menyebabkan kecederaan sebanyak 2 org sahaja. Tetapi kali ini berbeza, kejadian gempa berlaku ketika orang ramai sedang bekerja, keluar makan lunch dan anak-anak berada di sekolah. Dilaporkan terdapat beberapa kecederaan berlaku akibat dihempap dengan serpihan bangunan yg runtuh, org terperangkap dalam bangunan dan banyak runtuhan berlaku. Dilaporkan bangunan Catherdal yang merupakan bangunan sejarah dan tarikan di tengah bandar Christchurch juga mengalami kerosakan teruk. Sama-sama kita doakan agar tiada kejadian yg lebih buruk menimpa penduduk Christchurch. Alhamdullillah.......dua kali kami jejak bandar Christchurch, tiada kejadia seumpama ini berlaku.
February 17, 2011
Trip Family Adik Aku 2
Besok pagi, selepas bersarapan kami mula berangkat ke Palmy. Tapi sebelum tu kami singgah kat rumah kawan aku yg lain kat Johnsonville. Siap dia masakkan nasi goreng buat bekalan kami balik ke Palmy. Terima kasih banyak-banyak kepada semua kawan aku yang sudi menyediakan penginapan dan makan minum sepanjang kami di Welly.Jasa kalian takkan aku lupakan, chewahhhh........ Nanti jangan lupa mai rumah aku kat Palmy, kay.
Perjalanan yg sepatutnya mengambil masa lebih kurang 2 jam menjadi lama sebab kami singgah beberapa tempat sepanjang perjalanan. Hentian pertama kami ialah di Lindale, tempat animal farm. Sambil tu boleh menikmati aiskrim Kapiti yang memang sedap dan terkenal di NZ nie. Lepas tu singgah kat Otaki, tempat fruit-picking. Tapi sebab epal dan pear masih belum boleh dibuka, kami hanya singgah utk membeli buah saje. Aku sempat makan aiskrim cili kat sini, dua biji aku mintak, memang pedas dan sedap. Perasan tak, perkataan sedap dan pedas menggunakan huruf yg sama cuma susunan aje yg berbeda.........
Lepas tu singgah kat Pumpkin Patch Factory Outlet kat Otaki juga. Inginkan adik aku sorang aje nak beli baju, sekali anak aku pun dok sibuk nak beli jugak, terpaksa ler beli jugak.
Kemudian kami singgah sekejap kat De Molen, Foxton. De Molen ini merupakan kincir angin yg design dia mcm kat Belanda. Tapi kami langkah kiri sebab tempat tu dah tutup, cuma kedai cenderamata dia jer yg bukak, tak boleh ler kami naik dalam kincir angin tu. Lepas tu, kami terus menuju ke rumah aku yg terletak lebih kurang 30 minit dari Foxton.
Macam pegang karpet ler. Nama biri nie Bryan, memang jinak sangat.
February 16, 2011
Trip Family Adik Aku
Penerbangan keluarga adik aku tiba di Wellington dalam jam 12:10 pagi. Tapi mereka keluar dari balai ketibaan dalam jam 12:40 pagi, mungkin urusan kastam dan juga pemeriksaan bagasi mereka. Kami terus menuju ke Hatatai, rumah kawan aku untuk tumpang bermalam. Makan sambil sembang-sembang, kami hanya masuk tido lebih kurang jam 3 pagi.
Keesokannya, selepas bersarapan dalam jam 9:30 pagi, sesi lawatan keluarga adik aku di Wellington bermula. Disebabkan masa mereka terhad di Welly nie, jadi aku kena gunakan semaksimum masa yang boleh utk melawat.
Hentian pertama kami ialah Mount Victoria, tempat look-out bandar Welly, dan juga antara lokasi pengembaraan Lord of The Ring. Kemudian kami menuju ke Wellington Cable Car utk menaiki kereta kabel, jalan-jalan sepanjang Lambton Quay, pusing-pusing dalam Botanical Garden, bergambar depan Beehive, Parlimen NZ dan kemudian menuju ke Te Papa, Muzium NZ. Di Te Papa, kami menghabiskan masa lebih sejam, itu pun tak pusing habis, sebab anak aku yg sulung tu dok bising nak balik. Oh lupa pulak nak habaq, aku mai Welly jemput adik aku nie aku datang ngan anak aku yg sulung jer. Wife aku ngan anak aku yg kedua dok kat rumah sebab wife aku ada keja.
Dari Te Papa, kami pergi ke kedai cendaramata yang terletak di Miramar. Adik dan suaminya borong barang cenderamata lebih $NZ100. Kemudian kami menuju pula ke Weta Cave, tempat dipamerkan barang-barang hasil Weta Studio, seperti patung karakter filem Lord of The Ring dan King Kong.
Kemudian aku bawa menyusur jalan sepanjang Shelly Bay, sambil menunjukkan lokasi aku dan kawan-kawan aku dulu memancing ikan. Dari situ, kami menuju pula ke Waterfront yang terletak berhampiran dengan Oriental Bay. Kami menyewa basikal yang boleh kayuh 4 org dan ada 2 tempat duduk baby utk kami pusing-pusing di Waterfront selama setengah jam. Nak jalan kaki boleh, tapi memandangkan kami dah kesuntukan masa dan takut anak buat ragam, baik naik basikal.
Selepas tu, kami singgah kat masjid Wellington utk solat jamak Zohor dan Asar sebelum kami menuju ke rumah kawan aku kat Johnsonville utk tumpang bermalam sebelum bertolak ke Palmy keesokan paginya. Kami sampai rumah kawan aku tu dlm jam 8:15 malam, belum Maghrib lagi masa tu. Kena tido awal malam tu sebab besok pagi nak jalan jauh.
Kebetulan masa adik aku sampai, ada team mana entah yang sampai sekali, siap depa sambut dgn tarian haka lagi tu.
February 13, 2011
4 Birds Please........
Tadi aku pi supermarket, nak cari ayam sebab tengah ada offer. Kira murah jugak ler. Ayam yg aku nak beli memang dah disahkan halal dan boleh dibeli di supermarket termuka di sini. Sampai kat bahagian frozen, tengok ayam tu dah habis, yang tinggal tanda harga jer. Frust jugak ler sebab offer tu habis hari nie.
Kebetulan ada sorang staf supermarket sedang bertugas berhampiran dgn aku jadi aku tanya ler, mana tau ada stok lagi ke kat dlm yang depa belum bawa keluar lagi. Mamat tu tak pasti, dia suruh tunggu sat dan dia nak pi periksa dulu sama ada stok ada lagi ke tidak. Memang stok dah habis, stok baru akan sampai mungkin besok katanya. Nie mesti orang Malaysia dok pi beli banyak-banyak buat stok pikir aku.
Lepas tu mamat tu tanya sama ada aku nak tak order ayam tu jadi apabila stok baru sampai dia akan call aku. Aku tanya dia balik, boleh ke aku dapat harga offer yang sama, dia kata boleh. Aku kata aku nak order 4 ekor je, takde masalah jawabnya. Aku pun bagi nama dan nombor contact aku utk dia hubungi apabila stok ayam baru sampai nanti. Rupanya mamat tu duty manager kat supermarket tu, mat salleh pulak tu. Tapi dia layan aku dengan baik dan penuh mesra, takde double standard. Aku meninggalkan supermarket tu dgn penuh gumbira. Boleh ke aku dapat offer mcm tu kalu kat Malaysia nanti?
February 8, 2011
Alhamdulillah................
Hari Ahad yang lepas, 30 Januari, keluarga adik aku sampai di bumi New Zealand. Penerbangan mereka tiba di Wellington jam 12:10 pagi. Mereka bercadang jalan-jalan sambil menziarahi kami di sini sempena cuti panjang di Malaysia, Hari Wilayah 1 Feb dan Tahun Baru Cina 3 dan 4 Feb.
Mereka berada di sini selama 10 hari. Mereka bermalam 2 malam di Wellington, 2 malam di Rotorua, 2 malam di Auckland dan selebihnya di rumah aku. Terima kasih aku ucapkan kepada member-member di Wellington yang sudi menumpangkan aku dan keluarga adik aku.
Kami bawa mereka ke Rotorua dan tido di sana selama 2 malam. Kemudian mereka menyewa kereta dan menuju ke Auckland, manakala kami balik ke rumah. Sekarang keluarga adik aku dalam perjalanan ke Melbourne pulak. Mereka akan bermalam selama 2 malam di sana. Semoga mereka enjoy percutian mereka dan semua berjalan lancar. Nanti kalau ada masa aku akan catatkan sikit percutian mereka di sini. Sebab aku pun first time pi Rotorua.
Subscribe to:
Posts (Atom)