January 31, 2010

GOL.......

Semalam keluarga pelajar postgraduate Malaysia telah mengadakan perlawanan persahabtan bolasepak dengan pelajar Indonesia. Di sini, kebanyakan orang Malaysia suka bermain bolasepak, dan sudah menjadi satu sesi riadah bersama-sama. Kebiasaannya mereka akan turun bermain pada setiap petang Sabtu di padang sekolah West End, sekolah anak sulung aku tu. Sekali-sekala mereka akan beradu tenaga dengan negara lain bagi merasa kelainan rentak bermain. Setakat ini pasukan Malaysia telah bermain dengan pasukan Pakistan (menang 4-1) dan pasukan Mynmar (seri 3-3).



Jadi semalam mereka telah mengaturkan satu lagi perlawanan persahabatan dengan pasukan Indonesia. Perlawanan diadakan di padang bolasepak Massey Univesity. Aku pun join bermain jugak. Sebagai pemain simpanan la. Aku pun bukannya reti sangat main bolasepak nie. Dah lebih 10 tahun aku tak main bolasepak. Tapi aku turun jugak pada second half.



Gol pertama dijaringkan oleh pasukan Indonesia pada first half. Malaysia pula menjaringkan gol pertama pada second half. Kemudian Indonesia menjaringkan gol yang kedua pulak. Minit-minit terakhir, Malaysia dapat menyamakan kedudukan dengan satu jaringan cantik daripada seorang pemain Kedah. Perlawanan berkesudahan dengan Malaysia seri 2 sama dengan Indonesia.



Dengar ceritanya, pasukan Malaysia nak aturkan perlawanan dengan pasukan Korea Selatan pulak selepas ini. Ada jugak yang mencadangkan dengan pasukan Singapura. Tapi belum pasti lagi. Wahhhh....dah rasa macam main untuk World Cup pulak. Patutnya ranking FIFA Malaysia naik nie......





Sesi memanaskan badan bagi mengelakkan sebarang kecederaan yang tidak diingini




Pasukan Malaysia. Malaysia Boleh...............





Bergambar bersama pasukan Indonesia



Perlawanan sedang berlangsung




January 29, 2010

Terik....

Terlalu lama rasanya aku tak update blog aku nie.............


Sekarang nie pun tahun 2010 sudah lama menjelma. Bulan Januari pun sudah hampir ke penghujungnya. Tiga hari kebelakangan ini cuaca amat panas sangat. Terasa macam di Malaysia. Aku duduk dalam rumah tak payah pakai baju pun. Tido di malam hari pun tanpa baju dan selimut. Siap tingkap bilik pun dibuka. Ini kali pertama aku melalui kepanasan yang amat sangat sepanjang lebih setahun aku duduk di New Zealand ini. Bagi aku kepanasan ini satu rahmat. Aku lebih sukakan cuaca begini. Daripada sejuk mengigil yang menikam tulang hitamku ini. Kalau ikutkan ramalan cuaca, semalam suhu mencecah 26 darjah Celcius. Memang panas betul. Basuh baju pun best.


Hari ini, aku menerima satu berita kematian daripada masyarakat Islam di sini. Anak berusia 6 bulan telah meninggal dunia dalam kandungna ibunya. Ayahnya orang Melayu Malaysia, manakala ibunya orang Maori. Dia dah 10 tahun duduk di sini, bekerja. Jadi kami, komuniti Malaysia yang ada kelapangan telah menziarahi keluarganya di hospital. Pihak masjid dan kami turut membantu memandikan jenazah dan menkapankan bayi tersebut. Kalau tak silap aku anak ini merupakan anak sulung mereka.


Selepas semuanya selesai di hospital, kami bergerak pula ke tanah perkuburan. Sampai di sana, tanah telah pun digali oleh pihak pengurusan perkuburan di sana. Tanah perkuburan di sini majoritinya untuk penganut agama Kristian. Tetapi memang ada satu bahagian khas untuk orang Islam. Kalau tak silap aku ada 7 kubur orang Islam di sana. Tanah perkuburan di sini amat teratur. Senang kalau orang nak datang menziarahi.


Kami menunaikan solat jenazah di tepi kubur tersebut. Selesai solat, upacara pengkebumian pun dilaksanakan. Semoga roh bayi ini dirahmati oleh Allah swt.