January 18, 2013

Bayar......


Lebih setahun dah aku tak menulis di laman blog nie. Sekali-sekala aku menjenguk jugak blog nie. Dah dapat dua kali amaran daripada pihak amin blog, kalu tak tulis jugak lepas nie, alamat blog ini akan didelete. Sayang juga. Sebab aku dah tulis macam-macam dalam nie. Ada kenangan juga.

Alhamdulillah......aku dah bayar habis hutang pinjaman pelajaran PTPTN aku. Dengan bantuan isteri aku juga. Kebiasaannya aku bayar monthly, tapi disebabkan baki aku tinggal sikit, aku pun bayar la lump-sum pada awal bulan nie melalui CIMB Clicks. Dapat diskaun 20%. Tapi sampai sekarang aku tak dapat feedback atau info daripada pihak PTPTN.

Minggu lepas, aku call depa. Depa kata biasanya akan ambil masa 7 hari bekerja untuk update maklumat terkini. OKlah, sebab aku call depa pun kurang 7 hari bekerja lepas aku bayar. Semalam aku call lagi, sebab  dah nak dekat dua minggu tapi belum ada apa-apa maklumat lagi daripada PTPTN yang aku dah selesai hutang aku. Depa kata pulak, semua maklumat untuk 2013 belum lagi diupdatekan. Depa terpaksa buat aduan kes aku nie ke pegawai pulak. Akan ambik masa 7 hari bekerja katanya. 7 hari bekerja lagi kata aku.
Dalam hati, aku dok bebellah. Apa la, dulu aku miss bayar satu bulan, bising sampai hantar surat ke pejabat dan rumah aku bagi peringatan bayar. Bila dah dapat duit, lambat la pulak repsons nyer.