June 7, 2009

A trip to Malaysia

Pada minggu lepas, kami sekeluarga telah berangkat pulang ke Malaysia. Bukan pulang sebab wife dah habis belajar. Tapi sebab dia nak hadiri conference dan juga buat lab work kat USM, Penang. Jadi sambil menyelam, minum air la sekali. Sambil-sambil tu kami semua pulang bercuti le ke Malaysia. Dapat gak lari sekejap daripada kesejukan winter yang sedang teruk melanda New Zealand. Ada sesetengah tempat suhu mencecah di bawah paras 0 darjah Celcius. Contohnya di Queenstown suhunya pernah cecah -2.

Malam sebelum berangkat tu, kami sekeluarga menumpang tido di rumah kawan kami di Hataitai, Abg Ali dan Kak Bel. Malam tido aku tak lena. Tak tau pasai apa. Aku mula bersiap pada jam 4:30 pagi. Flight aku jam 7:00 pagi ke Auckland.

Selepas solat Subuh, kami semua berangkat ke airport. Kebetulan lak Kak Bel pun nak ke Auckland sebab nak attend satu conference di sana. Kami satu flight lagi. Duduk pun sebelah-sebelah. Setelah semuanya selesai, kami semua pun menaiki kapal terbang.

Penerbangan ke Auckland sepatutnya mengambil masa lebih kurang sejam sahaja. Tetapi bila sudah sekian lama aku duduk dalam flight tu, aku rasa macam lama sangat lak. Aku tengok jam dah 8:10 pagi. Aikkkk.....tak sampai lagi ker. Kami sebenarnya nak mengejar penerbangan kami ke Kuala Lumpur dari Auckland pada jam 10:25 pagi. Kami tak check-in lagi pun. Risau gak aku rasanya. Tengok cuaca kat luar tingkap OK jer. Terang bederang sambil disirami cahaya sang suria.

Lepas beberapa minit kemudian, kapten flight tu buat pengumuman. Katanya kapal terbang dok berlegar atas Auckland sebab tak boleh nak landing lagi. Biar betoi apa yang aku dengaq nie. Tanya kat Kak Bel, dia tak perasan sebab dok sembang dengan wife aku. Aku pun buat tak kisah la. Sat lagi landing kot....hatiku berbisik.

Selang beberapa minit kemudian....pilot membuat pengumuman kedua. Kapal terbang terpaksa berpatah balik ke Wellington sebab lapangan terbang ditutupi dengan kabus tebal. Landasan tak nampak, susah nak landing. Aku dah mula panik. Wife aku dah mula risau. Orang dalam flight mula membuat bising mengeluh.

Kami memanggil pramugari dan meminta penjelasan lebih lanjut. Turut memaklumkan tentang kami yang nak mengejar flight seterusnya pada jam 10:25 pagi. Dia kata tak boleh nak buat apa sebab kabus terlalu tebal dan amat berbahaya sekiranya mendarat. ( Sekadar untuk makluman, istilah yang betul ialah "berbahaya" bukan "merbahaya" mengikut hukum tatabahasa. Sila rujuk Kamus Dewan edisi ke-3. Istilah "merbahaya" sebenarnya salah dari segi hukum tatabahasa). Mungkin kami terlepas flight seterusnya.

Amboi...senang cakap. Ye la....tak kena kat batang hidung hang.....Wife sudah mula gelisah. Otak aku dok berpusing apa yang nak buat seterusnya. Haruskah aku yang mengambil alih tugas pilot itu dan terus melakukan percubaan mendarat di tengah kabus tebal tersebut.....Atau haruskah aku........bersambung selepas ini........