July 8, 2009

A Trip to Malaysia 2


Kepala aku mula berfikir......apa yang harus aku lakukan selepas ini. Tengah kepala ku ligat berfikir.....tetiba pilot mengumumkan yang dia telah berpatah balik dan cuba melakukan percubaan mendarat.....memandangkan kabus di landasan beransur hilang.


Alhamdullillah.......lega tatkala mendengar pengumuman pilot tu......Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa satu jam telah bertukar menjadi dua jam......Dan akhirnya kapal terbang kami berjaya mendarat dengan selamatnya di landasan airport Auckland.......pergghhhhh......memang tebal betul kabus yang meliputi landasan.....jarak penglihatan menjadi terhad.


Kapal terbang mendarat lebih kurang jam 9 pagi. Dan kami pula harus mengejar penerbangan seterusnya dengan Royal Brunei pada jam 10:20 pagi. Kami pula tak check-in lagi. Nak collect beg lagi. Dah la terminal antarabangsa kat tempat lain. Kalau berjalan tu mahu makan masa lebih kurang 15-20 minit gak la.


Tapi alhamdullillah sekali lagi.......kebetulan ada kawan tengah menunggu Kak Bell dengan kereta. Dengan bantuannya, kami semua menaiki keretanya ke terminal antarabangsa. Agak kelam-kabut jugak la. Dengan anak-anak kecik yang ta paham situasi. Kami nie yang dok kalut berlari nak kejar masa, yang si anak lak melalak pulak.


Tapi akhirnya.....semuanya selamat....kami dapat jugak menaiki flight seterusnya untuk pulang ke Malaysia. Dan kami semua selamat tiba di Malaysia pada jam 9 malam. Penat gak la perjalanan kali ini. Sebab kami transit dua tempat, Brisbane dan Brunei.