February 19, 2009

Saudara-mara MEPS Cash

Duit plastik. Istilah itu memang biasa digunakan di kalangan kita. Maksudnya kad kredit, bukan. Aku juga pernah menggunakannya. Tapi rasanya maksud itu perlu diperluaskan lagi sebab ada juga kad debit. Kad debit rasanya lebih baik kerana kita tidak berhutang. Sebaliknya menggunakan duit yang ada dalam akaun kad debit tersebut.


Di NZ, ada satu lagi kaedah bayaran yang sudah menjadi amalan umum. Selain tunai, cek dan kad kredit, mereka juga menggunakan EFTPos. Apa mende tu.....????? Maksud EFTPos ialah Electronic Funds Transfer at Point of Sale. EFTPos sebenarnya lebih kurang macam kad debit. Cuma EFTPos nie menggunakan kad ATM kita untuk buat bayaran. Kita cuma masukkan nombor pin kad ATM pada mesin kad tersebut selepas kad diimbas di kaunter jualan, tanpa perlu tandatangan seperti kad kredit. Duit dari akaun bank kita akan ditolak secara automatik.


Sebenarnya, kaedah bayaran ini dah ada di Malaysia. Dulu, masa aku dan isteri pergi bershopping, kami biasa guna kad ATM untuk membuat pembayaran. Di Malaysia dipanggil MEPS Cash. Cuma tak banyak kedai yang sediakan perkhidmatan ini. Dan juga tak semua bank yang tawarkan perkhidmatan ini. Antara bank yang tawarkan perkhidmatan ini ialah CIMB dan Maybank. Kedai yang sediakan perkhidmatan ini seperti Carrefour dan Pacific. Disebabkan belum meluas perkhidmatan ini, maka ramai orang tidak menggunakan kaedah ini. Malah tak tau tentang kewujudan pembayaran ini. Sebelum kami datang ke NZ, di TV sudah ada iklan tentang galakan penggunaan MEPS Cash.


Tapi di NZ, EFTPos (saudara-mara MEPS Cash) penggunaannya amat meluas. Boleh dikatakan semua bank tawarkan perkhidmatan ini, dan boleh dikatakan hampir 95% kedai di sini menyediakan perkhidmatan EFTPos. Hatta kedai runcit tepi jalan dan kedai ikan pun menggunakan kaedah ini. Sebab tu orang kat sini jarang bawa cash. Biasa bawa duit plastik jer. Nak guna EFTPos ini tak ada had minimum. Hatta beli barang $NZ 2.00 pun boleh guna EFTPos. Deiiii....berapa banyak hatta daaaaa............

Mahalnya....

Masa ayah dan mak tiri aku melawat kami di sini, mak menyatakan bahawa rumah di Selangor sudah beberapa bulan tak perlu bayar bil air dan letrik. Air dan letrik percuma. Sebab air di Selangor bawah kerajaan negeri Pakatan Rakyat, percuma untuk 20 meter padu air yang pertama. Kedua, bil letrik di bawah RM20.00 tak perlu bayar, kira percuma. Pendekatan pancing undi yang dibawa oleh kerajaan pusat, Barisan Nasional. Lagipun rumah tu jarang pi. Biasa mereka duduk rumah di Kuala Lumpur. Walaupun politik di Malaysia sekarang agak panas dan kalut, tetapi dalam perkalutan itu, ada juga memberi manfaat kepada rakyat Malaysia macam kes ini.


Aku di New Zealand, lain pulak ceritanya. Dikhabarkan hanya air di Wellington sahaja percuma. Bukan sahaja percuma, malahan bersih, boleh diminum terus tanpa dimasak dan ditapis terlebih dahulu. Tetapi di tempat lain, air perlu dibayar. Itu kes domestik, untuk komersial semua tempat perlu dibayar. Jadi save satu part, bil air.


Tapi nafas lega tak berpanjangan. Setiap kali menerima bil letrik pasti berdebar untuk melihat jumlah yang perlu dibayar. Bil elektrik di sini memang mahal. Terutamanya semasa musim sejuk (winter). Nak pula rumah kat sini serba-serbi guna elektrik; heater, dapur masak, air panas (untuk mandi) dan basuh baju.


Bulan pertama kami sampai, bil letrik jumlahnya $NZ303.19. Berikutnya, $NZ244.37. Bulan ketiga, $NZ177.11, bulan keempat $210.30 dan bil bulan lepas $NZ236.23. Perghhhh.........penat den nak bayar beb. Dah cuba berjimat pun dok naik jugak bil. Dulu masa kat Penang, bil letrik nak cecah RM30.00 sebulan pun payah.


Rasanya sebab tarif elektrikkat sini tinggi kot. Kalau berdasarkan bil letrik, setiap kWh dicaj 20.63 sen. Lepas tu ada caj tetap harian, satu hari dicaj 33.33 sen. Ada lagi levi komisyen elektrik, setiap kWh dicaj 0.17 sen. Campur cukai 12.50% lagi. Mana tak beratus bilnya dalam sebulan. Boleh buat pepatah baru nie"Terlepas bayar bil air, kena bayar bil letrik mahal pula". Jadi rasa bersyukur sangat tinggal di Malaysia walaupun tengah dok bergalut dengan politik semasa.


Untuk makluman, kat NZ nie ada beberapa syarikat elektrik antaranya; Mercury Energy, Genesis Energy, Meridian Energy, Simply Energy dan Contact Energy. Kita sebagai pengguna bebas memilih syarikat mana yang nak supply letrik kat rumah kita. Klu tak puas hati dengan syarikat tu, kita tukar la syarikat lain pulak. Tapi kadar bayaran bulanan rasanya sama semua syarikat. Aku tak sempat survey lagi. Aku guna syarikat Mercury Energy.


Lain pulak cerita dengan telefon. Telefon rumah di sini, kalau buat panggilan tempatan macam dari Wellington ke Wellington, adalah percuma. Tapi dari telefon rumah ke telefon rumah la. Kalau ke telefon bimbit akan dicaj. Begitu juga kalau call dari Wellington ke luar Wellington, akan dicaj jugak. Syarikat pembekal talian telefon rumah pun ada pelbagai antaranya TelstraClear, Vodafone dan Telecom. Aku pilih TelstraClear, pakej sekali dengan talian internet dan tv kabel. Seronok sakan la kalau kaki-kaki gayut kat Malaysia tinggal di sini. Tak gitu.....(dituju khas buat rakan sepejabat aku yang tinggal dekat dengan Queensbay Mall).

February 18, 2009

Nak tengok tahi tak?

Para pembaca blog yang budiman. Tajuk entree kali ini pasti agak mengejutkan. Jadi nasihat aku, sekiranya ada yang tengah mengunyah makanan, habiskan kunyahan tersebut dahulu, dan pastikan telah ditelan semuanya. Kalau yang baru nak menjamah makanan tu, pilih dahulu, nak baca dulu atau habiskan makanan. Dinasihatkan baca dulu, sebab perut tengah kosong. Atau yang tengah menghirup air tu, habiskan air tu dulu sebelum meneruskan pembacaan kali ini.

Sebab aku nak bawa para pembaca melihat tahi. Di sini, tahi agak popular untuk dilihat. Pada kesempatan itu, aku dan keluarga tidak melepaskan peluang itu. Tahi mesti dilihat, tak kira macam mana rupa dan baunya nanti.


Setelah agak penuh tempat duduk penonton, maka dipamerkan tahi kepada khalayak. Ramai hadirin dok terjengok-jengok untuk mendapatkan pandangan yang lebih jelas. Kemudian kami mendekati tahi untuk melihat dengan lebih jelas. Rupanya seperti.........


He...he...he....he.....tak de masa aku nak pi tengok tahi betul la. Tak de faedah nyer. Tahi yang aku maksudkan ialah......seekor burung kiwi, yang diberi nama Tahi. Pelik tapi benar, percayalah namanya memang Tahi. Tahi, the kiwi.





Kenapalah hang diberi nama Tahi. Kalau hang jumpa burung dari Malaysia, mesti hang nak tukaq nama punyalah. Tapi nak buat macam mana, dah nama diberi macam tu.

Sebenarnya burung kiwi tu diberi nama Tahi kerana burung tersebut mempunyai satu kaki sahaja. Tahi dalam bahasa Maori maksudnya satu. Jadi, tak peliklah bagi depa nie nama Tahi tu. Kita jer yang pelik dan hairan.

Ikut riwayat hidup Tahi nie, dia dilahirkan normal macam burung kiwi yang lain, ada dua kaki. Nak dijadikan telenovela, sedang sang kiwi tersebut berjalan-jalan dalam sebuah hutan di Auckland, sekali kaki dia sebelah kena ngap ngan perangkap haiwan. Perangkap tu sebenarnya bukan nak tangkap kiwi, tapi nak tangkap possum, untuk dapatkan bulunya. Maka terperangkap la sebelah kaki kiwi yang malang tu. Duduk la dia kat situ untuk beberapa hari. Sampai la mamat yang pasang perangkap tu datang nak ambik hasil perangkap, tengok-tengok ada kiwi yang tengah kelaparan terperangkap. Mamat yang baik hati kat kiwi, tapi tidak baik hati pada possum, telah bawa kiwi tersebut ke hospital haiwan untuk rawatan. Tak pasti lak hospital gomen atau private.

Maka setelah diteliti oleh pakar-pakar binatang.....opppss silap...pakar-pakar haiwan, maka kaki sebelah kiwi tu tidak dapat diselamatkan. Setelah persetujuan ditandatangani oleh kiwi tersebut, maka kaki tersebut terpaksa dipotong dan dibuang. Tinggal la sebelah jer. Kesian si kiwi tu, melompat-lompat bila nak berjalan.

Pihak Weta Workshop......hangpa semua tau tak Weta tu amenda......bengkel kereta....silap....klinik haiwan ......salah......ha...yang angkat tangan baju merah tu.....apa dia....kuat sikit...tak dengaq...ya betoi....tepat sekali jawapan tu.....Weta nie adalah syarikat yang bertanggungjawab membuat special effect untuk filem Lord of The Ring, King Kong arahan Peter Jackson. Pihak Weta telah bermurah hati untuk mereka (mencipta) kaki palsu untuk Tahi, si kiwi tu. Setelah kajian dan penelitian telah dibuat, maka siaplah kaki palsu kiwi yang pertama di dunia nie.


Maka dengan penuh debaran, gembira campur hiba, si Tahi tu pun pakai la kaki palsu tu. Mula-mula tu, kekok gak. Lama-lama OK. Tapi si Tahi pakai kaki palsu tu 3 bulan jer. Lepas tu dia dah tak nak. Dia lebih suka melompat-lompat dengan sebelah kaki dia aje. Yang palsu tu dia naikkan tinggi sikit sambil melompat. Dah tengok perangai macam tu, maka kaki palsu tu ditanggalkan.


Kini, Tahi ditempatkan di Zoo Wellington untuk tatapan umum. Rasanya kat zoo tu ada seekor tu jer kiwi. Tahi dikatakan tidak boleh survive sekiranya dilepaskan kembali ke hutan. Nak jumpa kiwi kat hutan susah. Sebab kiwi nie pemalu. Kiwi suka keluar malam-malam jer. Suka menyorok daripada pandangan ramai. Jadi nak senang tengok kiwi, kami sekeluarga pi melawat Zoo Wellington. Setiap hari diadakan tentang Kiwi Talk di Wild Theatre pada jam 1:15 petang. Semasa talk tersebut, Tahi dipamerkan kepada hadirin. Nak ambik gambar boleh tapi tak dibenarkan guna flash. Sebab dikhuatiri Tahi akan takut. Lagipun kiwikan pemalu.....Macam aku.......



Anak aku seronok sangat nak tengok si kiwi




Tempat Tahi dipamerkan kepada hadirin. Mamat nie la yang dok beri penerangan pasal si Tahi.






Inilah Tahi si kiwi tu. Perhatikan betul-betul pada gambar kedua, perasaan tak kaki dia yang dah hilang tu.

Bising La.....


Jumaat yang lepas 13 Februari, lepas balik daripada mengejar bulu angsa, isteri aku mengatakan bahawa jiran atas rumah ada datang tadi. Habaq nak buat parti malam tu, jadi agak bising nanti. Isteri aku tak sempat nak respon, dia dah naik atas dah. Masa aku balik tu, anak-anak aku dah tidoq dah. Bunyi muzik dari atas rumah dan juga suara sembang-menyembang boleh kedengaran. Memang agak bising. Isteri aku suruh habaq kat depa suruh perlahan sikit sebab anak dah tidoq dah.


Jadi sebelum aku pi dobi malam tu, aku singgah sat habaq kat depa. Pi dobi bukan tak basuh baju, tapi sebab hari tu hujan, jadi pi dobi nak keringkan baju yang dah dibasuh menggunakan drier. Aku pun cakap ler ngan sorang mamat kiwi kat atas tu. Dia pun kata OK. Sebelum aku pergi pun, dengar ler dia habaq suruh perlahan sikit kat kawan-kawan dia.



Masa aku balik dari dobi tu, dalam jam 10:30 malam, aku dengaq memang muzik depa dah perlahan sikit daripada mula-mula. Tapi lebih kurang lepas setengah jam, muzik makin kuat balik. Dalam jam 12:00 malam, anak aku dua-dua terjaga. Depa nangis dok takut ngan bunyi muzik yang kuat tu. Aku pun dok teman anak-anak aku tidoq dalam bilik sekali. Wife aku masa tu tengah study kat depan. Tapi aku pun tak boleh nak tidoq. Makin mengarut depa kat atas tu. Siap hentak-hentak kaki ikut muzik. Lepas tu depa dok nyanyi ramai-ramai macam kat pusat karaoke lak.



Wife aku tak tahan, dia hantar message kat tuan rumah. Sebab penyewa atas dan aku, tuan rumah yang sama. Lupa lak nak habaq, penyewa kat atas orang-orang bujang, orang kiwi. Mintak tuan rumah nasihat sikit kat depa tu. Tapi tak dak respon pun daripada dia.



Aku pun bengang gak. Aku call terus tuan rumah aku. Call handset dia, dia tak angkat. Call rumah dia. Second time call baru wife dia angkat. Tanya tuan rumah ada. Dia kata ada, tapi tau tak dah pukul berapa nie. Aku jawab tau la, tapi orang atas dok buat bising sampai anak tak boleh tidoq macam mana. Dia pun bagi telefon kat suami dia. Aku pun dok ngomel ler kat tuan rumah aku cakap pasai mamat-mamat atas yang dok buat party tu. Tuan rumah just nasihatkan kat aku suruh contact pihak berkuasa tempatan yang boleh atasi perkara nie. Cakap pasal noise control kata dia. Dia tak ingat nombor tu. Aku pun kata OK lah, nanti aku cari nombor tu.



Aku malas nak cari, aku terus call 111. Kat New Zealand, nombor kecemasan untuk call polis, bomba atau ambulan ialah 111. Kalau kat Malaysiakan 999. Kat USA, 911. Amat penting untuk kita mengetahui nombor kecemasan apabila tiba di negara asing. Lain negara, lain nombor nyer. Operater 111 tanya aku, nak hubungi polis, bomba atau ambulan. Aku cakap, nak komplain pasai noise control. Dia habaq bukan nombor nie, kena contact pihak berkuasa tempatan. Lepas tu dia bagi nombor tu kat aku.



Aku terus call nombor tu. Ada operator jawab. Aku pun complain pasai bising yang depa dok buat kat atas. Masa tu 1:50 pagi dah. Operator tu ambik beberapa maklumat. Nama, alamat, nombor untuk dihubungi dan sebagai nyer. Dia kata noise control officer akan sampai dalam tempoh setengah jam. Lambat sikit malam tu sebab depa sibuk.


Dalam 2:30 pagi, tiba-tiba jer bunyi muzik dan bising kat atas terus senyap. Aku rasa pegawai tu dah sampai ler. Apa la......nak buat parti bising-bising, pi la disko atau pub. Depa nak marah, marah la. Tapi hak jiran kena respek la brader.......Itu la mat salleh.......asal ada cuti esok jer nak berparti...nak mabuk sana, mabuk sini....


Aku tak berani nak tegur depa masa depa dok berparti. Takut depa tengah mabuk. Orang mabuk nie, akai tak dak. Macam orang gila. Macam-macam depa boleh buat. Hari tu masa singgah satu kedai take away yang halal, dok sembang ngan adik owner kedai tu, dia habaq ada satu malam tu, pekerja dia parking kereta tepi kedai tu. Lepas tu datang lak mamat kiwi mabuk. Panjat atas bumbung kereta tu, lepas tu lompat-lompat. Sampai kemek bumbung kereta. Nak mintak claim memang tak boleh, tengah mabuk. Orang mabuk memang sama ngan orang gila sebenarnya.......

February 12, 2009

Pakaian Beragam.....


Pada 6 dan 7 Februari 2009, telah berlangsungnya perlawanan ragbi 7 sebelah yang dikenali sebagai NZI Seven. NZI Seven ini yang berlangsung di Stadium Westpac, Wellington, merupakan salah satu daripada 8 perlawanan IRB World Series yang dianjurkan di beberapa negara setiap tahun. IRB merupakan singkatan bagi International Rugby Board. Selain New Zealand, negara yang turut menjadi tuan rumah untuk siri perlawanan ini ialah Dubai, Afrika Selatan, USA, Hong Kong, Australia, England dan Scotland. Sebanyak 196 negara turut serta dalam siri pertandingan kali ini iaitu Afrika Selatan, Kenya, Scotland, Tonga, New Zealand, Australia, Wales, Niue, England, Argentina, Perancis, Canada, Fiji, Samoa, USA dan Pulau Cook.

Aku sebenarnya tak minat sukan ragbi nie. Tak tau pun macam mana nak main. Tapi dah duduk kat negara yang terkenal dengan sukan ragbi nie, nak-nak All Blacks, jadi dapat ler tengok kehangatan sukan nie kat sini. Sambutan terhadap NZI Seven nie agak meriah dan mendapat sambutan hangat. Tiket sudah habis dijual dalam sehari sahaja.

Dalam perlawanan kali nie, peringkat akhir ialah antara New Zealand dan England. New Zealand mendahului perlawanan tetapi akhirnya dimenangi oleh England dengan keputusan 19-17. Mata terkumpul keseluruhan setakat ini didahului oleh Afrika Selatan sebanyak 48 mata diikuti dengan New Zealand sebanyak 44 mata. Selepas ini IRB Seven World Series akan diadakan di San Diego (USA) pada 14-15 Februari.

Apa yang menarik tentang NZI Seven ini ialah semua penonton yang hadir di stadium seperti menjadi satu kewajiban untuk mereka mengenakan pakaian beragam. Macam costume party pulak. Macam-macam pakaian dapat disaksikan. Kalau tak pakai, jadi pelik lak. Turut diadakan juga pertandingan pakaian yang paling menarik. Sempat la jugak aku menangkap gambar beberapa orang yang sedang dalam perjalana ke stadium. Aku tak pi tengok kat stadium. Tengok kat TV jer. Itu pun kena kacau dengan anak aku. Ayah aku cakap kalau nak pi tengok kat stadium, pakai baju melayu sepasang la...........




Banduan terlepas.....


Superhero dah penat nak terbang. Salinan baju ada dalam beg tu....


Mexican yang sokong New Zealand.....


Super Mario Bros bersaudara.......

February 8, 2009

Waitangi Day


Pada 6 Februari, New Zealand menyambut Waitangi Day. Waitangi Day atau dulu dikenali sebagai New Zealand Day merupakan hari kebangsaan bagi New Zealand. Hari tersebut mengingati perjanjian yang dibuat antara Queen Victoria (British) yang diwakili oleh Governor Hobson dengan ketua-ketua puak Maori, dimana perjanjian tersebut dianggap sebagai dokumen penubuhan New Zealand. Tandatangan perjanjian tersebut telah dibuat di Waitangi berhampiran Paihia di Bay of Islands pada 6 Februari 1840.




Di bawah perjanjian tersebut, puak Maori menyerahkan tanah New Zealand kepada Empayar British dan puak Maori diberi jaminan tentang hak pada tanah mereka dan turut diberi keistimewaan warganegara British.

Tapi macam biasa, pihak British tidak menghormati perjanjian yang telah dibuat. Ini menyebabkan telah berlaku beberapa siri peperangan antara pihak British dan Maori. Peperangan demi peperangan dan akhirnya pihak British memenagi peperangan tersebut.

Sempena Waitangi Day ini, beberapa acara dan program telah diadakan di sekitar bandar ini. Kami sekeluarga berkesempatan untuk melihat program yang diaturkan di Waitangi Park pada 6 Februari yang lepas. Ada orang jual penyapu lidi lagi. Seikat harga $NZ15.00.







Persembahan pentas yang diadakan

Orang ramai menyaksikan persembahan pentas


Terdapat jugak gerai-gerai menjual barangan

February 7, 2009

Paling Lama


Baru-baru ini, kami berkesempatan melawat rumah paling lama di bandar ini. Rumah tersebut dibina pada tahun 1858 oleh satu pasangan yang berhijrah dari England pada tahun 1857. Bukannya tidak ada rumah yang dibina sebelum 1858 tetapi hanya rumah tersebut sahaja yang berjaya diselamatkan. Rumah-rumah lain telah dirobohkan. Kayu dan paku pada rumah tersebut merupakan material asal rumah tersebut sejak 1858. Kini rumah tersebut telah diklasifikasikan sebagai salah satu muzium di bandar ini. Keluarga yang mendiami rumah tersebut mempunyai 10 orang anak. Ada 4 bilik di dalam rumah tersebut, satu bilik ibubapa, bilik nurseri, bilik anak lelaki dan bilik anak perempuan. Terdapat ruang tamu, dapur dan ruang pemotongan daging. Bilik basuhan dan tandas terletak di luar rumah. Semasa lawatan, kami telah diiringi dengan seorang pemandu pelancong. Gambar boleh diambil tetapi tanpa flash. Kenapa....????? Sebab tak elok untuk barangan sejarah....Itu kata dia ler. Oleh sebab itu, gambar yang diambil kurang memusakan. Sori yek.....


Ruangan membasuh baju. Di dalamnya juga tempat menggosok pakaian.




Tandas

Di dalam rumah tersebut terdapat beberapa perabot dan peralatan yang diwarisi sejak 1858. Antaranya ialah stroller yang beroda tiga. Stroller ini diperbuat daripada kulit. Beroda tiga kerana semasa zaman tersebut, semua benda yang beroda empat dan ke atas akan dikenakan cukai. Jadi bagi mengelakkan cukai tersebut, stroller berkenaan telah dibuat beroda tiga.


Lagi satu peralatan yang agak mengejutkan bagi kami ialah tempat mandian mereka. Aku ingatkan tempat mandi baby, tapi sebenarnya tempat mandi orang dewasa. Mereka mandi seminggu sekali, pada malam Sabtu, sebelum pergi ke gereja. Aku kat sini pun mandi paling kurang sekali sehari masa winter. Time summer nie lagi ler banyak kali aku mandi dalam sehari. Mungkin air kurang kot time tu.



Terdapat jugak mesin jahit pada zaman itu. Harganya amat mahal. Bersamaan pendapatan setahun penghuni rumah tersebut. Perlu dikendalikan oleh dua orang.






February 6, 2009

Beruang yang Berkelah.....

Sekarang nie tengah summer......dah nak sampai ke penghujung summer dah.....Masa time summer nie, macam-macam program yang diadakan disini. Ye la....panas beberapa bulan jer...kena ler guna sepenuh peluang yang ada.......Time sejuk nanti, orang nak keluar rumah pun malas.....

Pada 1 Februari yang lepas, dianjurkan satu program untuk beruang-beruang pi berkelah.....bukan tepi pantai tapi dalam taman.....picnic nie dianjurkan oleh beberapa pihak.....beruang-beruang yang hadir semua nyer dibawah kawalan tuan masing-masing. Setakat nie, sepanjang program ini dianjurkan tiada lagi orang yang dicederakan oleh beruang-beruang yang hadir. Ada yang besar, ada yang kecil. Sambutan terhadap perkelahan ini mendapat sambutan yang agak memberangsangkan......

Para pembaca sekalian......harap jangan panik atau risau.....program yang dianjurkan ini diberi nama Teddy Bear Picnic......he...he.....he....he.....kalau beruang betoi-betoi berapa kerat sangat ler orang yang bela......

Di kesempatan itu, aku dan keluarga turut serta dalam picnic tersebut. Kami semua berkelah bawa pokok menikmati nasi lemak. Program diadakan di taman botanikal. Beberapa acara disediakan sepanjang picnic tersebut seperti face-painting, merry go raound, soccer kids, persembahan pentas dan macam-macam lagi. Kebanyakan yang mai berpicnic membawa teddy bear masing-masing. Ada yang besar, kecik, kelakar dan comel. Turut diadakan pertandingan seperti teddy bear paling besar, paling kecil dan paling banyak, pertandingan mewarna dan pertandingan mengarang.

Teddy paling besar berukuran 1.42 meter, paling kecil berukuran 8mm dan paling banyak teddy bear berjumlah 103 'ekor'. Yang paling menarik, teddy bear paling besar dimenangi oleh anak student Malaysia yang buat master kat sini. Tahniah buat mereka......





Persembahan pentas yang diadakan


Orang ramai berpicnic sambil menikmati persembahan pentas yang diadakan.

Anak-anak sedang bermain bola sepak.

February 1, 2009

Ohhhhh.....really....!!!!!

Satu hal yang menjadi masalah kat aku ialah memandu di NZ......bukan sebab NZ left-driver....NZ memang right-driver.....macam kat Malaysia ler.....rules trafik pun tak jauh mana dengan Malaysia.....ada perbezaan sikit tapi tidak ler ketara sangat.....
Yang menjadi masalah utama aku ialah hadlaju di sini......kebanyakan jalan raya di sini...hadlaju nyer ialah 50 km/h. Dalam bandar pun 50 km/h. Ada jugak sesetengah tempat 70km/h tapi tak banyak la. Kat highway (kat sini depa panggil motorway) hadlaju 100km/h. Dan bermula 29 Januari 2009, beberapa batang jalan raya di pekan yang berhampiran dengan rumah aku diturunkan pada 40 km/h. Dah la jalan raya tu memang laluan yang biasa aku lalu. Terpaksa la bawa kereta dengan penuh berhemah.....
Bukan nyer tak de orang yang bawa laju melebihi hadlaju kat sini....ada...ada.....yang pakai enjin turbo pun ada....tapi tak lah banyak sangat...Tapi yang dikhuatiri....kalau masa kita bawa lebih hadlaju...time tu lak polis buat speedtrap.....kena saman lak....aduhhhh....tak berbaloi beb nak bayar saman tu.....habis duit macam tu jer.....dalam dolar NZ lak.....
Ada member tu....nak pi keja...pagi dalam pukul 4 pagi.....lalu dalam bandar Wellington....kereta mana ler ada sangat pagi-pagi tu....bawa laju sikit....dalam 70km/h lebih sikit....sekali kena tahan....speedtrap da.....siap polis buat alkohol testing...kena saman lebih $NZ 300. Pergghhhh.....tak berbaloi beb.....
Lagi satu zebra-crossing....kalau ikut rules memang bila tiba zebra-crossing, kereta kena berhenti dan bagi pejalan kaki melintas...tapi kat Malaysia dah biasa kereta tak berhenti kat zebra-crossing, tapi orang yang kena berhenti....jadi aku pun dah jadi spesis tu jugak la.
Kat sini mana ada. Kereta kena berhenti bagi laluan. Masa mula-mula bawa kereta tu, memang selalu terlajak kat zebra-crossing. Sama ada aku hentam pandu jugak (tak berhenti) atau aku terpaksa break emergency. Kat sini, sesetengah orang bila sampai kat zebra-crossing, terus melintas tanpa tengok kiri-kanan dulu. Sebab confident kereta akan berhenti. Tu yang agak bahaya jugak tu......
Sekali dok sembang ngan sorang mamat Kiwi tu. Dia dok bangga kata hari tu dia bawa 70 km/h di kawasan yang speedlimit 50 km/h. Lepas habis dengaq cerita dia, aku pun bukak cerita ler. Habaq kat dia, highway Malaysia speedlimt 110 km/h. Tapi aku biasa bawa 130-140 km/h....sesekali cecah gak 160-170 km/h.....
"Ohhh...really.....!!!!!!!" kata mamat Kiwi tu....

Naik dan Turun Lagi......

Mmmmmhhhhhh........Naik lagi......petrol kat NZ sekarang nie naik lagi.....Masa tiba kat NZ, harga $NZ1.99 seliter...... Lepas tu turun sikit demi sikit hingga mencecah $NZ1.32 seliter. Aku pun lega ler.....nak berjalan-jalan makan angin pun sedap sikit. Dok tunggu jugak, bila nak turun lagi, baru pi isi minyak sebab ada kupon diskaun petrol.

Tapi bukan makin turun, makin naik adalah.....dalam tempoh 2 minggu kebelakangan nie, naik sampai 6 kali. Paling terkini, harga nyer ialah $NZ1.63 seliter.....alasan yang diberikan ialah peningkatan kos antarabangsa petrol yang telah diproses....dan juga penurunan harga dolar NZ....itu mengikut laporan akhbar kat sini ler....

Tapi dolar NZ memang tengah turun.....dulu masa tiba kat NZ, harga dolar NZ 2.23 tapi sekarang dah turun 1.88........Macam-macam ekonomi dunia nie.......
Cerita pasai petrol nie....kat sini kalau isi petrol...kita isi minyak dulu...isi sendiri macam kat Malaysia...lepas tu baru masuk dalam kat kaunter bayar duit......