December 30, 2010

A South Trip 3


Keesokan paginya, dalam jam 6 pagi kami bertolak ke Milford Sound. Masa tu langit dah nak terang dah. Takde ler gelap sangat. Kalau ikut pada browser bot cruise kami tu, kena check-in selewatnya 20 minit sebelum waktu bot berlayar. Tempat parking kereta ke jeti pula kena jalan kaki lebih kurang 10 minit. Maknanya kena sampai sana awal setengah jam daripada waktu bot berlayar.

Pemandangan ke Milford Sound jugak amat menarik dan cantik. Kiri kanan jalan raya ditemani dengan gunung-ganang. Jalan raya nyer boleh tahan jugak ler. Kekadang berbengkak-bengkok jugak, kekadang lebar, kekadang sempit sampai hanya boleh memuatkan sebuah kenderaan sahaja.

Perjalanan ke Milford Sound juga perlu melalui sebuah terowong yang dikenali sebagai Homer Tunnel. Homer Tunnel ini mula dibina pada tahun 1935. Tetapi pembinaannya menghadapi pelbagai halangan dan masalah seperti retakan pada batu menyebabkan salji masuk ke dalam terowong dan Perang Dunia ke-2. Homer Tunnel ini hanya siap sepenuhnya pada tahun 1953 dan dibuka kepada awam pada tahun 1954.

Terowong ini sepanjang 1219 meter dan jalan raya di dalamnya tidak berline. Walaupun tidak berline, ia adalah jalan dua hala, bukan sehala. Apa yang menarik tentang Homer Tunnel nie, terowong ini dibiarkan dalam keadaan asal sebagaimana ia siap pada tahun 1953, tanpa sebarang penambaikan. Kalau ada pun cuma dipasang traffic light di pintu masuk terowong (hanya digunakan semasa summer dan traffic jam) dan lampu kecil di atas siling terowong. Memang gelap betul terowong tu masa kami lalu pagi tu sebab lampu siling tidak dipasang lagi masa tu. Nak ambik gambar pun tak cantik sebab pencahayaan tidak cukup terang. Maklum ler kamera murah........

Gambar-gambar di bawah ditangkap sepanjang perjalanan ke Milford Sound.















Homer Tunnel



Kami sampai di Milford Sound dalam jam 8 pagi. Itu pun kami berhenti banyak kali snap gambar. Bot kami berlabuh jam 9 pagi. Alhamdullillah perjalanan ke Milford Sound berjalan lancar. Tak banyak kereta mungkin sebab masih pagi lagi. Bas pelancong pun kami tak selisih.

Selepas check-in dengan cruise boat, bermulalah perlayaran kami menerokai Milford Sound. Pemandangan Milford Sound memang cantik. Terdapat banyak air terjun di sana. Memang sungguh indah alam ciptaan Allah ini. Memang begitu hebat. Aku kepilkan beberapa keping gambar Milford Sound. Let the photo do the talking........










Dari jauh nampak macam lintah gergasi. Rupa-rupanya seal sedang tidur berjemuran.







Selepas hampir 2 jam kami melayari Milford Sound, kami pun bertolak ke Dunedin. Perjalanan ke Dunedin mengambil masa lebih kurang 5 jam. Mujur ler jalan nyer banyak yang lurus. Senang sikit pemanduan aku. Banyak kali jugak ler berhenti. Sepanjang kami kat South Island nie, kami dapat lihat terdapat tiga jenis penternakan utama iaitu bebiri, lembu dan rusa. Jumlah ternakan bebiri kat sini memang besar berbanding dengan North Island.



Nampak tak tompok-tompok putih atas bukit tu. Nampak macam kutu jer. Tu bebiri ler tu.

Kami sampai Dunedin lebih kurang jam 7:00 malam. Kami menumpang bermalam di rumah keluarga postgraduate Malaysia. Kami dijamu makan nasi ayam sambil berborak dengan 3 keluarga postgraduate lagi yang turut bertandang sekali. Jutaan terima kasih kami ucapkan atas kesudian menumpangkan kami sekeluarga bermalam di rumah tuan.........



Tahniah Malaysia......


Aku ingin mengucapkan jutaan tahniah buat pasukan bolasepak Malaysia kerana telah memenangi Piala Suzuki AFF semalam dengan mengalahkan pasukan Indonesia dengan agregrat 4-2.


Teruskan melakar kejayaan lagi dalam arena bolasepak. Mana tau, Malaysia boleh pergi ke World Cup pulak selepas ini. Selamat bercuti juga kepada rakyat Malaysia di Malaysia. Rakyat Malaysia di sini cuma tumpang gembira tanpa cuti :(.......


Cuaca hari nie nampak panas. Boleh ajak main bola petang nie..............

December 28, 2010

A South Trip 2


Pagi-pagi selepas bersarapan, kami check-out daripada motel dan terus menuju ke pekan Queenstown untuk berjalan-jalan. Kami menuju ke Queenstown Mall dulu. Jalan-jalan cuci mata. Kemudian ke tepi Lake Wakatipu, bukan wa kena tipu tau.........Kat south island nie, memang terdapat banyak tasik. Tasik-tasik nyer pulak besar-besar macam lautan. Bandar Queenstown nie terletak di tepi Lake Wakatipu. Memang cantik ler pemandangan kat sini. Aku sudah jatuh cinta dengan Queenstown.


William Gilbert Rees merupakan founder bandar Queenstown nie. Dia sampai bersama isterinya di Queenstown pada tahun 1861 dan membina rumah di tepi tasik.


Founder of Queenstown, William Gilbert Rees.




Queenstown Mall



Bandar Queenstown






Gambar-gambar Waterfront Queenstown.


Kemudian, kami bergerak ke Skyline Gondola. Nak naik gondola pulak untuk menikmati pemandangan Queenstown dari puncak bukit. Memang cantik dan tremendous. The view took my breath away.

Di atas puncak bukit tu, turut terdapat litar luge. Luge nie macam go-kart jugak, cuma takde enjin. Ia bergerak dengan menuruni bukit. Jadi litarnya jugak menuruni bukit jugak ler. Anak-anak aku cukup suka main luge. Termasuk ler ngan bapak dan maknya sekali.



Say cheese.........





Bandar Queenstown dari dalam gondola.


Bandar Queenstown dari puncak bukit.




Dah siap nak main luge nie......



Tak sabar nak main luge.


Kena naik chair lift sebelum sampai ke litar luge.


Litar luge yang terletak di puncak bukit.


Lepas dah puas bermain luge tu, kami terus menuju ke pekan Glenorchy. Pekan nie terletak lebih kurang 40km dar Queenstown. Dulu pekan nie pernah menjadi pekan terkecil di NZ dengan penduduk seramai 200 orang sahaja. Perjalanan ke Glenorchy nie mensusuri Lake Wakatipu. Glenorchy nie terletak di penghujung Lake Wakatipu. Glenorchy terkenal dengan aktiviti-aktiviti luaran seperti berkayak, berkuda dan sebagainya.



Lake Wakatipu


Pemandangan perjalanan ke Glenorchy.







Bangsal nie terletak di tepi Lake Wakatipu. Mungkin tempat simpan kayak.


Kami berpatah balik ke Queenstown, isi minyak kereta dan terus menuju ke Te Anau yang terletak lebih kurang 2 jam perjalanan dar Queenstown. Kami akan bermalam di Te Anau sebelum menuju ke Milford Sound pada keesokan pagi. Milford Sound nie tempat pelancongan yang sangat terkenal di NZ nie. Terkenal dengan pemandangannya. Kata orang kalu tak pi memang rugi. Memang kebiasaannya pelancong akan bermalam di Te Anau dulu sebelum ke Milford Sound, sebab kat Milford Sound takde pekan. Jadi Te Anau nie ler pekan yang paling hampir, dengan jarak lebih kurang 120km. Nak isi minyak kereta pun kat Te Anau nie ler.

Pekan Te Anau nie pun ada tasik, Lake Te Anau. Kalu ikut penduduk tempatan, Lake Te Anau merupakan tasik kedua terbesar di NZ. Yang pertama Lake Taupo, yang terletak di North Island.


Kami bermalam di holiday park yang terletak di hapadan Lake Te Anau. Besok pagi kena bertolak sebelum jam 6 pagi sebab nak kejar bot cruise kami di Milford Sound pada jam 9 pagi. Perjalanan ke Milford Sound ambik masa lebih kurang 2 jam ke 2 jam setengah.


Pemandangan perjalanan ke Te Anau dari Queenstown



Lake Te Anau




Kalau tak silap aku, nie replika burung kea. Ambik kat tepi Lake Te Anau depan kedai cenderamata.



Pekan Te Anau



December 17, 2010

A South Trip.....

Aku dan family baru balik berjalan-jalan dari pulau selatan. Bagi sapa yang tak tahu, New Zealand nie terbahagi pada dua pulau, utara dan selatan. Macam Malaysia jugak ler, Semenanjung dan Kepulauan Borneo. Kami bermaustatin di pulau utara. Alhamdullillah, dapat beli tiket flight murah, jadi kami rebut peluang nie untuk makan angin ke pulau selatan. Dapat jugak merehatkan pemikiran isteri aku yang memang kuat bekerja nie. Ye la, keluar rumah jam 7:30 pagi, balik kekadang tu jam 10:00 malam. Bagi ler dia berehat lama sikit. Anak-anak pun dapat ler berjalan sempena cuti sekolah nie.

Kami bertolak ke Christchurch dari Wellington pada 8 Disember dengan menggunakan penerbangan Jetstar, penerbangan tambang murah macam AirAsia. Malaysia pun dah ada Jetstar kan. Kami transit satu malam di Christchurch sebelum bertolak pagi 9 Disember ke Queenstown. Jadi petang tu kami ambil kesempatan berjalan-jalan sekitar bandar Christchurch menggunakan shuttle bas percuma yang ada disediakan.

9 Disember, kami bertolak ke Queenstown. Orang kata, Queenstown nie bandar yang paling cantik di NZ. Bandar pelancongan. Setibanya di Lapangan Terbang Queenstown, kami dibawa oleh wakil syarikat sewa kereta ke pejabatnya. Selepas selesai segala pengisian dokueman sewa kereta, maka bermulalah perjalanan kami di pulau selatan nie. Kami menyewa kereta Nissan Sunny. Tahun 2004, milage pun baru 46,000. Memang mantap jugak ler kereta nie. Memandangkan Queenstown nie bandarnya dikelilingi dengan gunung-ganang, maka agak penting jugaklah menggunakan kereta yang mantap bagi memudahkan pendakian nanti.

Destinasi kami yang pertama Puzzling World yang terletak di Wanaka. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 1jam 30 minit. Pemandangan ke sana memang amat menakjubkan. Tapi memang berpusing-pusing ler jalannya. Sampai anak aku yang sulung tu dok muntah-muntah.





Pemandangan sepanjang perjalanan dari Queenstown ke Wanaka. Jalan raya di sini merupakan jalan berturap atau bertar yang tertinggi di New Zealand. Jalan bertar yang menghubungkan antara Queenstown dengan Wanaka siap sepenuhnya pada tahun 2000.


Anak aku berposing sebelum masuk ke Puzzling World.

The Great Maze


Ames Room. Aku kelihatan kecik di sebelah kanan manakala isteri dan anak aku telah bertukar menjadi giant. Pada hakikatnya, memang aku kecik dan kurus......jangan marah ye sayang.

Makan aiskrim di depan Leaning Tower of Wanaka yang terletak di hadapan pintu masuk Puzzling World sebelum balik.

Terdapat pelbagai tarikan di Puzzling World nie. Di hapadan pintu masuk terpadat satu menara jam atau dikenali sebagai Leaning Tower of Wanaka yang condong pada sudut 53 darjah. Leaning Tower of Pisa pun hanya condong pada sudut 6 darjah. Di dalamnya pulak terdapat Hologram Hall, Hall of Following Faces, Ames Room, Tilted House dan Great Maze.

Cafe yang terdapat di dalam Puzzling World ini juga turut menyediakan pelbagai bentuk puzzle di atas setiap meja makan. Jadi sambil menikmati juadah ringan, boleh turut menyelesaikan puzzle yang ada.

Setelah habis kami berpuzzling di Puzzling World, kami berpatah balik ke Queenstown. Dalam perjalanan, kami singgah sebentar di Arrowtown. Arrowtown nie dulu terkenal disebabkan penemuan emas di Arrow River pada tahun 1862. Arrow River nie menjadi tarikan pelombong emas dari serata dunia dan sungai ini menjadi terkenal sebagai salah satu sungai yang kaya dengan sumber emas di dunia. Orang Cina dari Tanah Besar China jugak turut berhijrah ke Arrowtown untuk mengambil peluang ke"emas"an ini.

Tapi sekarang emas dah takde dah. Yang tinggal hanyalah bangunan-bangunan lama yang dibina sejak tahun 1862. Memang cantik dan unik bangunan-bangunan tersebut. Penempatan awal orang Cina juga masih wujud lagi dan boleh dilawati.

Selesai melawat Arrowtown, kami meneruskan perjalanan ke Queenstown. Hajat hati nak singgah naik gondola, tapi memandangkan anak-anak dah penat, kami terus pergi ke motel penginapan kami.

Nak jadi cerita, aku dok tunggu ler nak solat jamak Maghrib Isyak kat motel. Biasa ler, bila dah nak malam, aku pun tutup ler segala langsir yang ada kat bilik motel aku tu. Jam pun dah menunjukkan 9:10 malam. Aku dengan confident nyer solat ler jamak sebab Maghrib kat tempat aku masuk jam 8:40 malam. Aku ingat beza dengan Queenstown lebih kurang 15 ke 20 minit jer. Selesai solat, aku keluar bilik sat nak ambik barang di dalam kereta. Tengok kat luar terang lagi. Biar betoi. Tapi sebab aku dah confident dah Maghrib takpe ler.

Jam 9:50 malam, aku selak langsir, tengok kat luar masih belum gelap betul lagi. Ini tak boleh jadi, so aku pun SMS ler kat member aku di Palmy suruh dia tolong semak waktu solat kat Queenstown nie. Dia reply balik:

Maghrib 9:29....Isyak 11:18.....Suboh 3:49....Sunrise 5:49.....Zohor 1:40.......Asar 5:47

Confirm.....aku kena solat balik. Tu la......lain kali sebelum bermusafir jauh-jauh, kena semak waktu solat dulu. Tu yang paling penting. Passport dunia akhirat tu........




November 24, 2010

Bersawang

Dah lama dah aku tak update blog nie. Kemalasan menguasai diri ini dengan begitu jayanya. Jari-jemariku ini semakin malas nak menaip ayat-ayat dalam ruangan maya ini. Otak pun malas nak memikirkan ayat-ayat yang harus dibina bagi merencanakan blog ini. Memang dah bersawang-sawang dah ruangan blog ini. Kalau boleh nampak sawang-sawangnya, pasti aku nie sudah menjadi penternak sawang yang berjaya.


Berita terbaru dan paling sensai yang sedang mendapat liputan luas sekarang ini ialah kes 29 pekerja lombong arang batu terperangkap selepas berlaku satu letupan di lombong tersebut. Kes ini berlaku di Greymouth. Sudah masuk 5 hari mereka terperangkap dan tidak diketahui nasib mereka setakat ini. Pekerja yang paling tua berumur 62 tahun dan paling muda 17 tahun. Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak kerajaan bagi menyelamatkan mereka tetapi setakat ini tidak menbuahkan hasil. Sama-samalah kita doakan agar mereka semuanya selamat.


Sejak 1 Oktober yang lepas, GST telah meningkat sebanyak 2.5% menjadikan jumlah GST 15%. Ini bermakna harga barang dan perkhidmatan juga akan meningkat. Begitu juga dengan harga minyak. Ramailah yang pegi shopping malam 30 September tu. Stesen minyak pun penuh. Aku pun termasuk ler antara mereka yang memenuhkan pasaraya dan stesen minyak malam tu.

Nak dijadikan cerita, aku pi ler isi minyak kat stesen minyak Shell malam tu. Dalam kul 11 malam, lambat sebab baru balik shopping. Tengok pada pam minyak, harga petrol 95 sama dengan harga petrol 91. Biasanya petrol 95 mahal sikit daripada 91. Aku pulak memang nak isi petrol 95 malam tu, sebab aku pinjam kereta member aku, Mitsubishi Airtrek Turbo. Dia suruh aku guna minyak 95. Kalau aku, pakai jer minyak yang paling murah, save sikit. Tapi kereta member punya pasal terpaksa ler.


Rupa-rupanya, malam tu minyak 91 habis. Yang tinggal minyak 95 jer. Jadi tokeh stesen minyak tu dengan murah hatinya telah menawarkan minyak 95 dengan harga 91. Rezeki aku dan pengguna stesen minyak Shell tu ler malam tu.

Sembang pasal harga petrol nie, aku naik heran dengan harga petrol di Malaysia nie. Sepanjang 2 tahun aku dok sini, harga petrol sentiasa turun dan naik, ikut harga semasa minyak mentah dunia. Lepas tu antara satu stesen minyak dengan stesen yang lain, harganya jugak berbeza, walaupun jenama yang sama. Perbezaan kekadang tu sampai 4 sen seliter.


Yang kat Malaysia pulak, seingat aku ler, harga petrol mana pernah turun. Kalau naik tu selalu ler. Bila naik tu, macam-macam alasan yang dihidangkan. Tak dapat dielakkan ler. Jadi, kenapa semasa harga minyak mentah dunia turun, semua mulut jadi sunyi sepi? Mana mulut-mulut yang pandai bagi pelbagai alasan tu hilang? Dah kena sumbat dengan minyak petrol free ke?


September 10, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA YANG MENGENALI KAMI



New Zealand menyambut kedatangan Syawal pada 10 September 2010, Jumaat, sama dengan Malaysia. Cuma kami berpuasa 29 hari dan Malaysia berpuasa 30 hari.


Sambil kita bergembira menyambut kedatangan Syawal, jangan kita lupa kepada rakan-rakan seagama Islam di Christchurch, tak kira rakyat Malaysia ataupun bukan, yang sedang menghadapi kesan bencana gempa bumi. Semoga mereka tabah dan kuat menghadapi cabaran ini.

September 7, 2010

Gambar Gempa Lagi.........

Aku lampirkan link yang mengumpulkan gambar-gambar gempa bumi yang berlaku di Christchurch Sabtu lepas. Boleh bayangkan betapa dashyatnya kejadian gempa bumi tersebut.


http://www.crashbang.co.nz/quake040910/

September 4, 2010

Gambar Gempa di Christchurch


Di bawah aku kepilkan beberapa keping gambar keadaan gempa bumi di Christchurch. Gambar diambil daripada website Yahoo!Xtra News. Photo by NZPA.