December 12, 2009

Cemar

Sejak akhir-akhir ini, suratkhabar tempatan sering membincangkan tentang satu isu yang menarik perhatian penduduk setempat. Isu itu ialah Sungai Manawatu didapati antara yang sungai yang paling teruk antara 300 sungai yang diuji. 300 sungai yang diuji itu terletak di negara-negara Barat seperti Amerika Utara, Eropah, Australia dan New Zealand. Kiranya Sungai Manawatu nie antara sungai yang paling tercemar di dunia Barat.



Sungai tersebut telah diuji menggunakan satu kaedah baru, di mana ia menguji kandungan oksigen terlarut dalam air setiap 15 minit. Dalam kajian tersebut didapati bahawa air Sungai Manawatu mempunyai kandungan oksigen terlarut yang tinggi. Perkara ini menandakan ia mempunyai ekosistem yang lemah dan keadaan hidup yang susah bagi ikan, serangga dan kehidupan sungai yang lain.



Macam biasa, apabila keluar berita ini, banyaklah pihak yang memberikan respon dan pandangan, yang setuju dan tidak setuju dengan hasil kajian tersebut. Sungai Manawatu ini terletak di daerah Palmerston North, Manawatu/Wanganui, tak jauh dari Massey University.



With my naked eyes, aku tengok Sungai Manawatu tu OK jer dari segi luaran lah. Bau busuk pun takde, warna air pun OK. Takde ler macam air Sungai Pinang tu. Kawan wife aku pernah bawa sampel air Sungai Pinang masuk lab untuk dikaji. Habis satu lab tu semerbak bau air sungai tu. Agak-agak kalau ranking sungai terkotor di dunia dibuat, kat mana ranking sungai kita yek.....


December 11, 2009

Takziah

Minggu lepas aku menerima dua SMS dari Malaysia. Satu daripada ayah aku dan satu lagi daripada adik perempuan aku. Isi kandungan kedua-dua SMS tu sama, memaklumkan bahawa kakak arwah mak aku meninggal dunia. Aku biasa memanggil arwah dengan nama Makcik Badar. Makcik Badar menginap di Shah Alam. Dia pandai memasak. Kalau dia masak, memang sedap. Sebab kematian tidak pula dimaklumkan. Salam takziah buat keluarga arwah.


Dulu, adik perempuan aku tu ada hantar SMS memaklumkan bahawa Ustaz Asri, penyanyi utama kumpulan Rabbani meninggal dunia. Lepas tu dia hantar SMS susulan pula yang berbunyi...."hari ini kita dengar orang meninggal dunia, esok lusa orang pula dengar kita meninggal dunia".


Adakah kita telah bersedia untuk mati? Sebab mati ini tidak mengenal usia, masa atau tempat. Bersedia atau tidak, apabila sudah tiba masanya, kita akan mati jua. Jangan fikir yang kita masih muda, banyak masa lagi. Ada juga orang yang tak suka berbicara pasal mati nie. Tapi mati nie hakikat. Memang semua makhluk tak boleh lari daripada mati. Apa yang boleh kita buat ialah memastikan agar kematian kita diredhai oleh Allah. Anda telah bersedia......??????


December 4, 2009

Dah sekolah dah......

Anak aku yang sulung tu, dah masuk sekolah dah. Baru 2 minggu dia pegi sekolah. So far OK lah. Sekolah pun tak jauh dari rumah, kurang 5 minit memandu. Masuk kelas jam 9 pagi, balik jam 2:50 petang. Kat sekolah nie banyak jugak pelajar dari Malaysia. Tapi kelas anak aku tu dia sorang jer dari Malaysia.



Dia masuk kelas untuk new entree. Dalam kelas dia ada 11 orang jer termasuk anak aku. Senang kot cikgu kelas tu nak jaga sebab budak-budak baru masukkan, mesti buat macam-macam ragam. First day aku hantar anak aku tu, cikgu kelas tu dah suruh aku balik terus, tak payah tunggu. Dia akan cuba settle down anak aku nanti. Cikgu kelas anak aku tu pernah pegi Malaysia. Bukan setakat pegi, malah mengajar kat Malaysia. Dia kata dia pernah mengajar kat Slim River selama 6 bulan.

Best jugak sekolah anak aku tu. Siap ada indoor swimming pool. Bukan semua sekolah kat sini ada swimming pool, dan kalau ada pun bukan semua yang indoor. Senang sikit la pelajar-pelajar sekolah nak pi kelas berenang sebab swimming pool dalam kawasan sekolah, tak payah nak travel kat luar pulak. Anak aku yang umur 5 tahun tu pun ada kelas berenang, setiap hari Selasa.


Semalam anak aku ada kelas memasak. Aku pun tak tau apa yang depa masak. Tapi cikgu kelas dah bagitau kat aku akan melibatkan benda halal sahaja. OK la tu.


Kat sekolah nie, diwujudkan satu sistem dikenali sebagai sistem buddy. Sistem ini khas untuk budak-budak baru macam anak aku nie. Pelajar yang dah senior akan dikenal pasti bagi menjadi teman kepada pelajar yang baru masuk. Jadi pelajar senior nie akan menemani pelajar baru semasa lunch time, supaya pelajar baru tidak merasa lost atau kekok dengan keadaan yang baru. Untuk kes anak aku nie, ada la beberapa pelajar senior Malaysia telah dilantik oleh pihak sekolah untuk menjadi buddy anak aku tu. Anak aku tu tak pernah cerita pun kat aku pasal buddy dia tu. Parents buddy dia yang cerita kat aku masa kami beraya kat rumah depa.


Tak sempat lagi aku nak ambik gambar sekolah anak aku tu. Nanti kalau berkesempatan, aku paste dalam blog nie nanti. Di dinding pejabat sekolah anak aku tu tertulis 3 ayat.......


MAHI TAHI.......WHAKAARO TAHI.......AKOAKO TAHI........


maksudnya.......


Working Together ....Thinking Together......Learning Together......


Jangan mahu tahi sudah..........







December 3, 2009

Pindah Lagi..................

Kami berpindah rumah lagi.......sepanjang setahun lebih duduk kat NZ nie, kami telah berpindah sebanyak 3 kali dah. Pindah nie memang memenatkan. Nak bungkus barang lagi, lepas tu nak mengangkat lagi, lepas tu nak unpacked lagi, kemas rumah baru lagi. Jenuh jugak la.

Tapi pengalaman berpindah kat perantauan memang lain sikit la berbanding kat Malaysia. Kat sini, kita kalau boleh memang mahu berjimat semaksimum yang boleh semasa berpindah. Sebab kos kat sini memang terlalu mahal. Biasanya sahabat-sahabat seMalaysia akan turun datang membantu bagi meringankan kerja mengangkat barang. Bagi memudahkan perpindahan barang yang besar, kebiasaannya kami akan menyewa trailer. Trailer sewanya 5 jam $30, kalau sehari $40. Trailer ini akan ditarik oleh kereta yang mempunyai penyambung trailer atau dikenali sebagai towbar. Bukan semua kereta ada towbar. Jadi kena mintak tolong kat kawan yang keretanya ada towbar.

Tapi aku pindah kali ini tak guna trailer. Aku sewa lori 1 tan. Sekali jalan senang, sumbat semua barang dalam lori tu. Bukan setakat sewa lori, malah aku sendiri yang bawa lori tu, jimat sikit kos. Kat Malaysia pun aku tak pernah bawa lori, alih-alih kat NZ nie pulak aku bawa lori. Aku pandu lori bertemankan dengan 2 sahabat. Offer kat depa bawa, depa tak mau pulak.

Rumah baru aku tu besar sikit la daripada rumah lama aku tu. Ada 3 bilik, berbanding rumah lama, 2 bilik. Nombor rumah aku pun semakin naik, rumah pertama satu angka, rumah kedua, dua angka dan rumah baru nie tiga angka lak. Selesa sikit la rumah baru aku berbanding dengan rumah yang lama tu. Parking kereta pun depan pintu rumah. Orang Malaysia pun ramai yang duduk berdekatan dengan rumah kami. Tak sampai 5 minit memandu dah boleh sampai dah rumah mereka. Ada lebih kurang 7 keluarga yang duduk berdekatan dengan rumah kami. Harap semuanya OK di rumah baru ini.