September 30, 2009

Jalan-jalan Raya (4)

Pada 27 September, Encik Zul, pegawai Wisma Putra yang bertugas di HICOM Malaysia, telah menganjurkan rumah terbuka. Rumah beliau terletak di Churton Park. Rumah terbuka beliau agak meriah. Ada member kata rumah terbuka kali nie agak international sebab ada orang Somalia, orang India, orang Maori, mat salleh, orang Cina, orang Kemboja dan of course orang Malaysia yang paling banyak. Imam Masjid Kilbirnie, Sheikh Amir jugak turut hadir. Menu yang disediakan ialah nasi lemak, mee sup, roti canai, kuah dal, nasi impit, kuah kacang dan rendang daging.




En Zul (berbaju petak) sedang melayan Sheikh Amir (berkopiah)












September 26, 2009

Jalan-jalan Raya (3)

Hari nie, 26 September, kami mendapat 2 jemputan rumah terbuka Aidilfitri. Rumah pertama adalah anjuran Kak Yah, Khadijah dan beberapa pelajar undergraduate yang menginap di Kelburn Parade. Menu yang depa buat ialah laksa penang, nasi tomato, soto dan beberapa hidangan sampingan. Ramai gak la yang hadir, terutamanya pelajar undergraduate. Siap depa nie buat undian di kalangan tetamu yang hadir, menu mana yang paling sedap. Macam-macam ragam.









Lepas tu lak, kami pi pulak rumah Puan Siti, pegawai JPA, yang terletak di Johnsonville. Tetamu yang hadir bukan setakat pelajar postgraduate di Wellington malahan pelajar postgraduate dari Palmerston North. Palmerston nie terletak lebih kurang 2 jam perjalanan dari Wellington. Memang meriah betul. Menu yang disediakan ialah laksa penang, pulut kuning, rendang daging, nasi briyani, nasi lemak dan roti canai.




Malam lak, lepas isyak, pi main badminton. Kasi bakaq semua lemak-lemak hari raya tu. He..he...he...he.....

Balik....balik......

Semalam, isteri aku buat apam balik. Ada kacang tanah lebih, dia terpikir pulak nak buat apam balik. Jadik gak la apam balik isteri aku tu. Duduk kat negara orang nie, bila nak makan benda yang memang takde kat sini, memang kena buat sendiri la jawabnya. Kalau tak, kempunan la nanti. Kalau di Malaysia dulu, senang. Teringin nak makan apa benda jer, start enjin keta, pi la cari.


Sama gak berhari raya di sini. Nak jamu orang makan kat rumah, semua menu tu kita kena buat sendiri. Kalau kat Malaysia, boleh order, boleh beli. Beli lemang, rendang, kuih-raya, ketupat, sate, nasi tomato dan macam-macam lagi la.



Setakat nie, makanan yang isteri aku dah buat tapi masa kat Malaysia dia tak pernah buat ialah daging burger, piza, keropok lekor, apam balik, apam gula hangus, apam tepung beras, popia basah dan ada la beberapa makanan yang aku tak ingat. Aku lak buat sos yong tau fu dan murtabak. Boleh la kalau nak makan sendiri.













September 23, 2009

Jalan-jalan Raya (2)



Pada hari raya kedua, 22 September, tiga keluarga bergabung mengadakan rumah terbuka Aidilfitri. Keluarga tersebut ialah keluarga Khairul dan Deb, keluarga Shah dan Izah dan keluarga Niklin dan Dar. Rumah Khairul yang terletak di Naenae telah menjadi lokasi rumah terbuka. Program bermula pada jam 3:00 petang.



Keluarga kami sampai di rumah Khairul sekitar jam 4:10 petang. Ketika itu sudah kelihatan banyak kereta parking di luar rumah Khairul. Antara tetamu yang hadir pada petang itu ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia bersama isteri beliau. Antara menu yang disediakan ialah sate ayam dan daging, kuah kacang, rendang daging (ada 3 jenis), rendang ayam, laksa Johor, lontong dan beraneka kuih raya. Dalam masa yang sama, keluarga Khairul dan Deb turut meraikan harijadi ketiga-tiga anak mereka.



Rumah terbuka mereka memang sungguh meriah. Kami tiba di rumah sekitar jam 6:30 malam. Ada beberapa lagi rumah terbuka pada hari mendatang yang perlu kami hadiri. Semuanya telah disimpan dalam diari aku.


Juadah yang mendapat sambutan hangat tentulah sate ayam dan daging.





Sesi bergambar dengan Dato' (berdiri empat dari kiri)












Ruang tamu penuh sesak dengan tetamu


Sampai ke dapur orang duduk makan



Budak-budak pulak layan main games dalam bilik sambil makan.

Jalan-jalan Raya (1)


New Zealand menyambut Aidilfitri lewat sehari berbanding kebanyakan negara di dunia seperti Australia, Malaysia dan Arab Saudi. Seperti yang telah dimaklumkan dalam entree sebelum ini, New Zealand menyambut Aidilfitri pada hari Isnin, 21 September. Malam itu, selepas Isyak, beberapa rakan dari Malaysia dan Acheh telah berkumpul di rumah Nawawi, orang Kemboja yang telah lama menetap di NZ, untuk bertakbir. Selepas bertakbir, kami menjamu jamuan ringan sambil berborak.


Keesokkan harinya, kami sekeluarga telah keluar rumah seawal jam 8:15 pagi untuk pergi menunakan solat Aidilftri di Dewan Bunga Raya, Suruhanjaya Tinggi Malaysia (HICOM). Setibanya di sana, dewan telah pun hampir penuh dan kedengaran takbir berkumandang. Setelah selesai solat sunat dan khutbah Aidilfitri, kami semua salam-bersalaman. Kemudian kami menikmati jamuan yang telah disediakan.



Setelah selesai di HICOM, kami bergerak ke rumah Nawawi pula untuk beraya. Kemudian kami bergerak pula ke rumah Jasmadi. Kali ini 4 keluarga yang tinggal di Hataitai dan Kilbirnie telah bersama-sama mengadakan rumah terbuka dan kami berpusat di rumah Jasmadi. Keluarga tersebut ialah keluarga Jasmadi dan Mas (selaku penganjur tempat), keluarga Abg Ali dan Kak Bel, keluarga Shamsudian dan Suzana dan keluarga kami. Masing-masing membawa menu yang telah ditetapkan. Keluarga kami membawa rendang daging, nasi impit dan lemang. Ada pelbagai menu yang disediakan seperti nasi tomato, ayam masak merah, kari kambing Rogan Josh, sup ekor, bihun goreng dan macam-macam lagi juadah sampingan. Ramai yang datang pada hari itu sehingga tetamu yang hadir melimpah-ruah ke laman rumah.


Kemudian kami bergerak pula ke rumah ketiga iaitu rumah Iskandar yangt terletak di Johnsonville. Iskandar ini baru sampai bulan Februari yang lepas. Dia ni datang ke sini sebab bekerja. Kat sana, kami makan lak mee bandung dan sagu gula melaka. Lepas tu singgah kat rumah Mak Som. Mak Som nie dah lama duduk kat NZ nie. Dia kahwin dengan mat salleh dan terus menetap kat sini. Kat rumah dia macam-macam juadah ada. Roti jala, rendang daging, lontong, kuah kacang, murtabak, pulut kuning, ayam goreng, samosa, popia dan macam-macam lagi di samping kuih raya yang lain.


Kemudian kami bergerak pula ke Rumah Malaysia, kediaman rasmi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia yang terletak di Khandallah. Dato dan Datin mengadakan rumah terbuka antara jam 1-6 petang. Kat sini memang ramai la yang datang. Tapi kami dah tak larat dah nak makan. Perut dah penuh. Selepas itu, kami bergerak pula ke rumah Nik dan Fatma, kedua-duanya adalah pelajar PhD, yang terletak di Northland. Mereka jugak turut bergabung dengan dua keluarga lagi iaitu keluarga Abg Azam dan Kak Azizah dan keluarga Mehraj bagi mengadakan rumah terbuka tersebut. Kami dijamu lak dengan soto, mee kari, pulut kuning, rendang ayam, bihun goreng dan macam-macam lagi.


Kami sampai di rumah kami sekitar jam 7:15 malam. Anak-anak semua dah kepenatan. Walaupun kami jauh di perantauan ini, tetapi kami menyambut hari raya dengan penuh meriah. Cuma keluarga sahaja yang tidak ada disisi kami. Eid Mubarak..............






Hadirin bertakbir di Dewan Bunga Raya, Suruhanjaya Tinggi Malaysia.




Khutbah Raya disampaikan oleh Pak Chad.


Hadirin menyerbu meja jamuan.






Makan-makan sambil berborak sakan, lepas nie nak beraya kat mana?




Juadah yang terdapat di rumah terbuka kami.




Mmmmmmmm..............sedap beb semua juadah nie...........






Tetamu mula hadir ke rumah terbuka kami.






Makan-makan, jangan tak makan.


Alhamdullilah cuaca hari tu elok, boleh gak tetamu makan di luar rumah.




Mamat berbaju biru nie berposing lepas kenyang di rumah Iskandar.






Beraya di rumah Mak Som lak.....



Rumah terbuka di Rumah Malaysia.





Hentian terakhir kami, rumah Nik dan Fatma.



September 20, 2009

Raya ke belum.....???????

Semalam merupakan waktu untuk meneropong anak bulan, bagi menentukan sama ada Aidilfitri jatuh pada hari Ahad atau Isnin. Kalau di Malaysia, selepas Maghrib ramai la yang dok tunggu depan tv tunggu pengumuman hari raya. Dalam radio pun ada.

Tetapi berbeza di sini. Kalau nak tau raya tak raya, sumber boleh diperoleh daripada masjid. Tengok anak bulan pun hanya naked eyes sahaja. Masyarakat Islam yang lain jugak diminta melihat anak bulan, dan sekiranya kelihatan, boleh menghubungi pihak masjid dan pihak masjid akan membuat pengumuman rasmi tentang perkara itu.

Biasanya solat Isyak pada 8:40 malam. Tapi semalam hampir jam 9 pun tak solat lagi. Imam dan beberapa "orang masjid" dok sibuk mencari maklumat sama ada esok raya atau tidak. Selang beberapa minit, imam datang dan membuat pengumuman "Setakat ini, tidak ada lagi berita tentang anak bulan. Jadi dijangkakan esok masih lagi berpuasa. Tetapi 10 minit selepas solat Isyak, pihak masjid akan membuat pengumuman rasmi tentang perkara ini selepas mendapatkan maklumat".

Selepas solat Isyak, aku duduk kat luar masjid. Senang nak bersembang daripada mengganggu orang lain yang nak beribadat. Join beberapa orang Malaysia yang dok menunggu tentang pengumuman raya nie. Lepas 10 minit, masih tidak ada pengumuman lagi. Kelihatan imam dan beberapa "orang masjid" tengah sibuk dalam pejabat. Masing-masing dok pegang telefon.

Masa terus berlalu dan masih belum ada lagi pengumuman. Member-member lak dok call atau SMS tanya tentang pengumuman raya nie. Tetiba lak ada satu mamat nie berdiri kat saf depan. Aku rasa pak Arab, dah berusia. Dia buat satu pengumuman. Aku tak pasti tentang apa. Tapi lepas tu semua jemaah bangun dan mendirikan solat tarawikh berjemaah dengan pak Arab tu menjadi imam.

Aku, 3 orang Malaysia dan beberapa oran yang lain tidak turut serta. Pada pendapat aku, kalau keputusan rasmi beraya masih belum diketahui, tak perlu solat tarawikh lagi. Sebab tak pasti lagi sama ada malam tu malam Syawal atau Ramadan. Kalau dah malam Syawal, mana ada lagi solat tarawikh. Tapi kalau masih lagi Ramadan, kita teruskan la solat tarawikh tu. Tapi biarlah tunggu keputusan rasmi dulu walaupun lambat. Pak imam masih lagi belum kelihatan. Aku ada gak tanya orang yang dok tunggu depan pejabat pak imam, bila raya?. Dia pun kata belum ada lagi keputusan rasmi.


Sehingga sekitar jam 9:30 malam, barulah kelihatan pak imam dan beberapa orang masjid masuk ke pejabat. Aku tanya pada salah seorang daripada mereka, dan dia habaq Aidilfitri pada hari Isnin, bukan esok. Masa tu barulah pak imam datang dan take over tugas imam tarawikh. Aku pun join la sekali. Sebab dah muktamad, esok masih lagi Ramadan.


Nampaknya Malaysia raya dululah........Selamat Hari Raya Aidilfitri......








September 19, 2009

Eid Mubarak

KEPADA SEMUA YANG MENGENALI DAN TIDAK MENGENALI KAMI, KAMI SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFTRI........TIDAK KIRA DI MANA MEREKA BERADA SAMA ADA DI MALAYSIA ATAU NEW ZEALAND.

KAMI MEMOHON AMPUN DAN MAAF, ZAHIR DAN BATIN ATAS SEGALA SALAH DAN SILAP KAMI SELAMA INI.......SAMA ADA SECARA SENGAJA ATAU TIDAK SENGAJA.

SEMOGA KITA SEMUA DAPAT MERAYAKAN HARI KEMENANGAN INI WALAUPUN DI MANA SAHAJA KITA BERADA......





SALAM AIDILFITRI DARI BUMI WELLINGTON.....

September 15, 2009

Mari Memasak......

Pada 13 September yang lepas, pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia, keluarga pelajar postgraduate, pelajar undergraduate dan masyarakat Malaysia beragama Islam di Wellington telah menganjurkan majlis berbuka posa di Masjid Kilbirnie. Maka program bergotong-royong menyediakan juadah telah diadakan di masjid seawal jam 8:30 pagi. Menu yang telah disediakan ialah nasi putih, kari lamb special Bang Ali, ayam goreng, jelatah, agar-agar, samosa dan anggur. Sebanyak lapan ekor biri-biri telah turut serta bagi menjayakan program iftar yang julung kali dianjurkan oleh pihak Malaysia ini.


Acara dimulakan dengan membasuh ayam dan daging, memotong lobak merah dan bawang. Alhamdullillah......ramai yang turun membantu program ini menjadikan ia lebih mudah dan lancar. YBhg Dato' Hasnudin, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, dan isteri beliau YBhg Datin Rusnah jugak turun menjenguk acara memasak ini. Bukan sahaja menjenguk, malahan Datin turut menghulurkan tangan membantu apa yang patut. Dato, terpaksa pulang awal mungkin ada kerja lain tetapi Datin duduk membantu daripada pagi hingga ke petang. Datin jugak turut meminjamkan beberapa peralatan memasaknya. Terasa meriah program memasak nie macam masak kenduri kahwin lak.


Alhamdullillah........semuanya berjalan lancar. Ramai hadiran datang pada petang itu. Nasi dan lauk-pauk semuanya habis licin disapu. Nak bawa balik pun tinggal kuah ajer. Kuah pun sedap beb.......Nampak gaya boleh la program ini dianjurkan lagi pada tahun hadapan. Harap-harap dapat peruntukan yang lebih sedikit. Penat memang penat beb. Tapi dapat tengok orang lain berbuka posa hasil masakan kita bersama memang puas beb......


Aku ada ambik beberapa keping gambar. Tapi macam biasa la, sempat snap guna kamera handset jer. So kureng ler kualitinya.












Acara memasak kari kambing telah dimulai oleh jejaka-jejaka terhebat Malaya......







Goreng pon sodap ayam nie.......








Datin (bertudung hijau) sedang menyelia acara menggoreng ayam.......






Ramainya yang tukang kacau kari kambing nie......








Acara berbuka telah bermula.....kemuncak pada program iftar ini.........






September 13, 2009

Bubur Lambuk.......

Pada 11 September yang lepas, pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia (HICOM) telah mengadakan majlis berbuka posa bagi keluarga pelajar postgraduate. Majlis telah diadakan di Dewan Bunga Raya, Suruhajaya Tinggi Malaysia yang terletak di Washington Ave, Brooklyn. Kalau tak silap, majlis ini dikelolakan oleh pihak JPA dan Malaysian Student Department (MSD).

Meriah jugak la majlis tu. Pelajar-pelajar undergraduate ada jugak yang join, tapi tak banyak sangat la. And of course, High Commissioner and wife were also joined the function. Pihak HICOM telah menyediakan nasi putih, sambal udang, telur dadar, sambal belacan, sayur campur goreng, ayam masak kuning(?), beraneka jenis kuih dan juga bubur lambuk. Lama dah aku tak makan bubur lambuk nie. Mesti wajib pekena nie. Keluarga postgraduate ada membawa beberapa juadah sebagai tambahan pada menu yang disediakan


Selepas berbuka, solat Maghrib, lepas tu sambung makan lak. Dah masuk Isyak, solat Isyak lak, kemudian sambung ngan tarawikh dan witir secara jemaah. Selesai solat witir, pekena lak moree (betul ke ejaan nie?), bihung goreng ngan bubur kacang hitam. Kiranya meriah jugak la program nie. Bagus gak program nie, dapat merapatkan hubungan sesama pelajar di sini dan juga bersama staf HICOM.


Aku ada gak ambik gambar. Tapi guna kamera handset jer. Kamera tertinggal kat rumah lak. Jadi gambar tak la berapa clear.




Bubuq lambuk yang disediakan....boleh tahan la rasanya...tapi sedap lagi bubuq lambuk Ganu



Gambaq nie memang kena ambik sebab star rubgy tengah dok menyedok bubuq lambuk.....sambil diapit oleh managernya.....



Suasana ketika serangan dan serbuan di buat ke atas hidangan yang disediakan




September 11, 2009

Main sakan............

Sempat la aku tangkap beberapa keping gambar anak aku masa kat kindy......bukan main seronok anak aku tu bermain......dok sibuk main jer.....daripada satu game ke satu game.

Guru besar tadika tu kata anak aku dok sibuk jer memanjang...."Busy.....busy...busy.....busy....." Busy main la.......Sori la.....tarikh gambar lari la.....lupa nak setting masa tu....

Baru sampai, kena gantung beg dulu sebelum main. Tempat penyangkut tu memang tempat Humaidi punya.


Main kereta dulu......lepas nie baru main kat luar.....





Main pasir lak......



Tengah nak buat sand castle.......


Main lori atas sand pit....



Main air lak....ada paus, sotong, jerung, ikan, kapal laut.....macam-macam ada...