November 30, 2009

Salam Aidiladha....

Sudah terlalu lama rasanya aku tak update blog aku nie.......macam-macam perkara yang perlu dibuat dan dibereskan sejak akhir-akhir ini. Wife pulak tengah sibuk dengan kerja dia, jadi internet dan laptop kat rumah nie dah jadi hak milik mutlak dia la. Kena bagi keutamaan dulu.


Apa-apa hal pun kami sekeluarga ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua pembaca dan pengunjung blog ini. Kat NZ kami menyambut Aidiladha pada hari Sabtu. Kami buat open house. Boleh dikatakan semua keluarga postgraduate datang la. Penuh sesak rumah kami. Hari tu pulak hujan. Punyalah sibuk melayan tetamu sampai tak sempat nak ambik gambar.


Semalam ada sorang sahabat buat korban, bagi sikit daging kat kami. Banyak jugak la. Aku buat masak tomyam, rebus dan bakar. OK la. Nanti kalau ada masa nanti aku akan sambung lagi sesi pertaipan blog aku

November 4, 2009

Kecoh.......

Di Malaysia, sejak hari Isnin, kecoh diperkatakan tentang penahanan Dr Asri semasa menyampaikan kuliah di sebuah rumah. Penahanan Dr Asri menjadi tajuk utama akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia. Dan beritanya masih lagi diperkatakan sehingga ke hari ini. Dan semalam Perdana Menteri turut memberikan komen tentang perkara ini.


Bukan sahaja di Malaysia, malahan di kalangan masyarakat Malaysia di sini juga turut membincangkan tentang perkara ini. Biasalah, sekarangkan dunia tanpa sempadan. Semua berita dan maklumat terkini dapat diperoleh dengan cepat dan mudah. Semuanya mempunyai pandangan dan pendapat sendiri.



Aku mula mengenali Dr Asri semasa aku menjalani kursus induksi. Selepas sesi berkayak di tasik Bukit Merah Resort, semua peserta menikmati minum petang. Disebabkan dewan penuh, aku pergi menikmati juadah di luar dewan, mengadap ke arah tasik. Sambil minum tu, ada pulak sorang mamat peserta datang dan duduk di sebelah aku. Tiba-tiba datang pulak sorang mamat ke arah kami. Dia mengeluarkan handsetnya dan mula menekan butang telefon. Lepas tu ditunjukkan kat kami paparan pada handsetnya. Rupa-rupanya mamat nie bisu. Dengan teknologi telefon, kami dapat berinteraksi dengan mamat bisu nie.



Lepas mamat tu meninggalkan kami, mamat peserta di sebelah aku bertanyakan soalan. Aku pun dah tak berapa ingat dah soalan apa. Yang pasti aku tak dapat jawab soalan dia. Dia pun mula membaca beberapa potong ayat al-Quran bagi menjawab soalan tadi. Aku pun terfikir mamat nie mesti ustaz ke atau ada kaitan dengan bidang agama. Mamat peserta tulah Dr Asri.



Selepas tu aku selalu gak berjumpa dengan dia di bilik pejabatnya. Aku pernah jemput dia menyampaikan kuliah agama di pejabat aku. Memang best gak la dengar dia berceramah. Dia pernah menginap di istana Raja Arab Saudi semasa raja tu tengah sakit.



Semasa aku datang ke bilik Dr Asri bagi menjemput beliau hadir ke sesi soal jawab agama di pejabat aku, beliau memaklumkan kepada aku yang wakil kerajaan Perlis datang beberapa kali menawarkan jawatan mufti kepada beliau. Dah beberapa kali ditolak. Tapi mereka tetap datang menawarkan jawatan tersebut. Dr Asri bagitau kat aku yang dia tak nak terikat dengan sesebuah organisasi. Tetapi disebabkan Raja Perlis merupakan Canselor USM, dan bagi menjaga hubungan baik antara USM dan Canselor USM, maka jawatan mufti tersebut diterima. Tak silap aku NC USM yang suruh terima.



Selepas beliau memegang jawatan mufti, aku belum lagi berkesempatan berhubung dengan beliau. Nanti kalau aku dah balik Malaysia, bolehlah aku jemput beliau datang ke pejabat aku untuk menyampaikan kuliah agama. Itu pun selepas mendapat tauliah daripada pejabat agama tempatan............