April 9, 2009

Luruh......Gugur....

Sejak 1 Mac yang lepas, secara rasminya habis sudah musim panas di sini. Dan bermulanya musim luruh ataupun gugur di bumi kiwi ini. Cuaca juga sudah mula berubah sedikit demi sedikit. Kesejukan sudah mula terasa. Rumah aku sudah mula memasang heater pada waktu malam. Kadang-kadang juga pada waktu siang. Cuma daun-daun pada pokok-pokok belum lagi kelihatan berguguran. Ada yang sudah mula menguning. Orang juga sudah mula memakai baju sejuk.
Waktu di New Zealand jugak sudah berubah. Sekarang di sini cepat 4 jam berbanding Malaysia sejak 5 April yang lalu. Semasa musim panas dulu cepat 5 jam. Malam jugak sudah semakin panjang dan siang semakin pendek. Zohor masuk 1:23 petang, Asar 3:32 petang, Maghrib 6:01 petang, Isyak 7:16 malam dan Subuh 5:23 pagi. Maksudnya kalau aku masuk tido lepas isyak.....pergghhhh.....puas la aku tido..... Persoalannya sekarang ini, berapa banyak perkataan 'sudah' yang aku guna kali ini......?????

April 7, 2009

Jatuhkan Botol Itu.......

Hari Sabtu yang lepas 4 April 2009, beberapa keluarga Malaysia di sini berkumpul di sebuah tempat. Kami semua berkumpul dengan dua tujuan. Ada yang satu tujuan sahaja. Tetapi kebanyakan mempunyai satu tujuan utama. Apakah tujuan itu......????? Ya....kami semua berniat untuk menjatuhkan sebanyak mana botol-botol yang boleh. Botol-botol putih yang disusun pada jarak tertentu. Dan perlu dijatuhkan dengan bola-bola yang mempunyai berat berbeza. Bola-bola tersebut di labelkan dengan nombor-nombor seperti 8,9 10 dan 11. Aku dan isteri turut serta juga. Bagi menjatuhkan sebanyak mungkin botol-botol putih tersebut. Botol-botol putih tersebut lebih dikenali sebagai.......PIN.

Sebenarnya kami semua berkumpul untuk bermain boling bersama-sama. Tujuan utama dianjurkan program ini untuk merapatkan silaturahim sesama keluarga Malaysia di sini, selain beriadah dan bersantai bersama-sama. Sambil-sambil tu aku boleh menajamkan skil aku yang memang dah sedia ada tajam. He...he...he..he.... Tempat boling tu kecik jer, ada 12 lanes ajer. Kami semua bermain menggunakan 3 lanes. Ada jugak disediakan hadiah untuk kutipan mata tertinggi dan kedua tertinggi. Hadiah tu pun semata-mata nak memeriahkan acara petang tu. Bukan ada apa pun. Sekadar nak seronok-seronok.

Selain boling , terdapat jugak tempat bermain untuk kanak-kanak yang terletak bersebelahan sahaja dengan tempat boling tu. Macam-macam permainan disediakan. Jadi sambil main boling tu, mana-mana parents yang tak main boling tu, boleh tengok-tengokkan anak kami sekali. Jadi takde ler depa boring sangat dok tengok mak bapak dok baling bola ajer.


Aku dengan rasa rendah dirinya, telah mendapat kutipan mata paling tinggi pada perlawanan persahabatan boling tersebut. Kami main 2 games ajer. Kena $18 sorang. Jumlah kutipan mata yang berjaya aku kumpul ialah 269. Tempat kedua dapat 268, beza satu mata jer dengan aku. Dulu masa kat opis Malaysia dulu, nyaris dapat gelaran Triple Strike. Tapi ada sorang mamat tu pun dapat triple strike macam aku. Jadi kutipan mata sapa paling tinggi dikira sebagai pemenang. Terlepas ler peluang aku sebab kutipan mata aku lagi rendah daripada mamat tu. Lagipun aku bukannya pandai main pun. Suka-suka jer.........Buat sakit jari.


Hadiah tempat pertama dan kedua

Aksi seorang juara. Sambil diperhatikan seorang peminat yang nak curi skil aku.




Seronok anak aku main kuda mainan nie.



Mujur tempat lompat tu kecik, kalau tak aku join sekali lompat.

April 6, 2009

Akan Ku Petik Bintang di Langit....


Dah lama sangat rasanya aku tak update blog.....hari nie rasa rajin lak.....


Pada 29 Mac 2009, kami sekeluarga berkesempatan untuk pergi memetik buah dan sayur. Sebanyak 7 buah kereta turut serta dalam program kali ini. Aktiviti memetik ini berlangsung di Penray Garden yang terletak di Otaki, kira-kira 90 km daripada bandar Wellington. Rombongan bertolak dari tempat berkumpul lebih kurang jam 10:00 pagi dan sampai di Penray Garden lebih kurang jam 10:50 pagi.


Terdapat beberapa jenis buah dan sayur yang ditanam di Penray Garden seperti strawberi, epal, pear, lemon, lime, cili, capsicum, bawang dan tomato. Tumpuan kami ialah untuk memetik epal, pear dan cili. Kat sini cili mahal, terutamanya kalau dah habis musim. Jadi dah ada peluang petik cili sendiri, petik banyak-banyak buat stok. Kat sini murah sikit berbanding beli kat kedai. Pernah beli cili merah, 7 biji dalam $NZ 5 kat sebuah kedai. Ada pelbagai jenis cili ditanam di sini. Aku petik cili yang biasa aku makan la, macam kat Malaysia tu. Cili jenis lain malas nak try lak.


Mula-mula pi petik buah epal dulu. Bukan main seronok anak-anak aku dok memetik buah epal. Masing-masing dok pegang baldi masing-masing. Aku pun teruja gak sebab tak pernak petik epal sebelum nie. Dah jadi macam petani moden lak masing-masing.


Lepas petik epal, pergi petik pear lak. Sambil petik tu, try sebiji. Best betoi pear dia. Manis.....rasa tak pernah jumpa pear macam tu kat Malaysia. Rupa pear tu tak cantik mana tapi rasa dia memang manis betoi. Dan tak berair dan lembik. Rangup dan manis.


Hampir sejam lebih memetik, kami semua pun pi la bayar kat kaunter tu. Kena dalam $32 semuanya. Lepas tu kami pergi ke Lindale lak, untuk berpiknik makan lunch, sambil makan aiskrim dan jugak solat Zohor. Dalam jam 4 petang kami pun bertolak pulang ke rumah masing-masing. Dah epal banyak sangat kat rumah nie, isteri aku pun mencuba ler beberapa resepi yang melibatkan epal nie macam pie epal, kek epal, epal goreng dan akan try aiskrim epal lak lepas nie........
















Anak aku dah tak sabar nak petik epal nie.......Sambil pose maut depan pokok epal.




Nielah pokok pear yang sedap rasa buahnya






Hasil kutipan kami sekeluarga pada hari itu.