May 20, 2009

Kesejukan.......



Terlalu lama aku sudah tidak mengadap blog aku nie. Kemalasan yang menghantui aku menyebabkan aku meminggirkan sahaja catatan dalam blog aku nie.

Sekarang musim sejuk sudah menjenguk lehernya ke bumi Kiwi ini. Hari ini suhu maksimum 9 darjah celcius dan minimum 6 darjah celcius.

Bukannya tak ada aktiviti di sini. Pelbagai perkara yang berlaku di bumi asing ini. Tetapi kemalasan dicampur dengan kesejukan ini membuatkan otak aku juga beku untuk memikirkan ayat-ayat yang perlu dibina dalam blog aku ini.

Baru-baru ini hujan batu turun di kawasan Wellington. Agak lebat gak. Tapi hujan batu di sini tak sama dengan hujan batu di Malaysia. Rupanya macam salji sikit. Tapi sifatnya tak sama. Lama gak hujan batu yang dah mendarat di tanah tu nak cair. Dah dekat tengah hari baru la mencair.

Hari tu dalam jam 3:50 pagi, aku masuk dalam kereta. Nampak cermin depan kereta aku agak berkabus. Biasa la sebab sejuk. Macam kat Malaysia la kan. Aku pun tembak sikit ngan air dan pasang wiper. Sekali bunyi kesat kedengaran. Skeerttt.....Apahal lak nie. Semalam aku guna wiper OK jer. Takkan dah rosak. Aku pun tembak air lagi, wipe lagi. Bunyi lagi. Rupa-rupanya bukan kabus, tapi satu lapisan ais nipis terbentuk di cermin kereta aku. Malam tu suhu cecah 5 darjah celcius.

Aku kesejukan di sini.......menanti musim summer menjenguk mukanya...


Depan pintu depan rumah...................







Belakang pintu rumah......