February 13, 2010

February 10, 2010

Naik dan Turun

Isu yang tengah hangat diperkatakan sekarang ini ialah tentang perancangan kerajaan untuk menaikkan GST dan juga menurunkan kadar income tax. Bagi yang tidak tahu apa itu GST, GST merupakan singkatan pada Good and Services Tax yang dikenakan pada barang jualan dan juga servis yang diberikan. Sekarang ini kadar GST ialah 12.5%. Kerajaan NZ bercadang nak naikkan 2.5 % lagi. Jadi kadar GST yang baru sekiranya dilaksanakan akan menjadi 15%. Dalam masa yang sama kerajaan turut menkaji akan menurunkan pula kadar income tax. Untuk pengetahuan pembaca semua, di NZ ini semua pekerjaan dikenakan tax, tak kiralah berapa gaji sekalipun. Hatta pelacur pun mesti dikenakan income tax. Gaji seminggu $100 pun dikenakan income tax ( kat sini gaji dibayar secara mingguan). Kalau di Malaysia dulu, gaji pokok lebih $2500 barulah dikenakan tax. Itu pun income tax dikira setahun sekali. Kat sini, sebelum gaji masuk akuan kita, tax telah dipotong siap-siap. Parti pembangkang, terutamanya Labour Party dan Green Party menentang dengan keras usaha kerajaan untuk menaikkan kadar GST.



Sekarang nie, di NZ semua benda nak naik. Aku baru terima surat daripada pembekal elektrik dan gas rumah aku nie, bermula 1 Mac depan, kadar tarif elektrik akan dinaikkan. Aku tak tahu pulak electric and gas providers yang lain turut menaikkan kadar atau tidak.



Baru-baru ini kerajaan turut mengumumkan kenaikan kadar gaji minimum sebanyak 25 sen. Sekarang ini gaji minimum kalau tak silap aku ialah $12.55 sejam. Jadi selepas kenaikan akan menjadi $12.80 sejam. Kenaikan akan mula berkuat kuasa bulan April ini. Orang ramai terutamanya yang menerima kadar gaji minimum ini tak puas hati dengan keputusan kerajaan. Depa dok mintak agar kadar gaji minimum menjadi $15 sejam. Depa kata sekarang ini semua benda mahal.



Sewa rumah kat sini jugak turut naik. Dah tak dapat dah harga macam 1-2 tahun lepas. Kenaikan sewa tu kekadang mencecah $40 seminggu. Mengirakan kenaikan-kenaikan seperti ini, kerajaan Malaysia seharusnya turut mempertimbangkan kenaikan elauan pelajar Malaysia di sini. Takkan nak bergantung pada gaji di Malaysia kot. Nilai mata wang di sini mahal. Mana cukup. Kebanyakkan yang datang kat sini bekeluarga, anak 2,3,4 orang. Tapi keluahan aku kat sini sapa yang nak dengar. Sapa lah aku niekan..........