May 4, 2010

Pecah


Kawan aku, salah seorang pelajar PhD di sini, keretanya telah dirosakkan teruk. Cermin kereta belakang pecah, cermin depan retak seribu, badan kereta kemek-kemek dan calar-balar. Kejadian berlaku di rumahnya. Jirannya ternampak keadaan kereta itu, lalu menghubungi pihak polis. Pihak polis yang menghubungi kawan aku memaklumkan bahawa keretanya telah dirosakkan. Memang teruk keadaan kereta itu. Aku tak sempat nak tengok dengan mata sendiri. Kalau tak boleh aku snap a few photos. Kereta tu dah dibawa ke bengkel untuk dibaiki.



Yang kesiannya, ini adalah kejadian yang ketiga dan yang paling teruk. Kejadian pertama dan kedua, hanya cermin kecil di sisi kereta dipecahkan. Pihak polis mengatakan kemungkinan besar adalah racist. Sebab kereta tu seperti telah ditargetkan oleh pihak berkenaan. Berani jugak orang yang buat tu sebab buat benda tu kat depan rumah orang. Rumah member aku tu bukannya tersorok. Memang tepi jalan betul. Tapi yela, kat sini, pukul 12 tengah malam dah sunyi sepi dah jalan raya.



Yang aku geram nyer, bila member aku tu buat report polis, boleh pihak polis tu kata there is nothing much we can do. Memang polis kat sini bagi aku KO ler. Lembab. Penakut pun ada. Atau sebab member aku nie foreigner.