November 24, 2010

Bersawang

Dah lama dah aku tak update blog nie. Kemalasan menguasai diri ini dengan begitu jayanya. Jari-jemariku ini semakin malas nak menaip ayat-ayat dalam ruangan maya ini. Otak pun malas nak memikirkan ayat-ayat yang harus dibina bagi merencanakan blog ini. Memang dah bersawang-sawang dah ruangan blog ini. Kalau boleh nampak sawang-sawangnya, pasti aku nie sudah menjadi penternak sawang yang berjaya.


Berita terbaru dan paling sensai yang sedang mendapat liputan luas sekarang ini ialah kes 29 pekerja lombong arang batu terperangkap selepas berlaku satu letupan di lombong tersebut. Kes ini berlaku di Greymouth. Sudah masuk 5 hari mereka terperangkap dan tidak diketahui nasib mereka setakat ini. Pekerja yang paling tua berumur 62 tahun dan paling muda 17 tahun. Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak kerajaan bagi menyelamatkan mereka tetapi setakat ini tidak menbuahkan hasil. Sama-samalah kita doakan agar mereka semuanya selamat.


Sejak 1 Oktober yang lepas, GST telah meningkat sebanyak 2.5% menjadikan jumlah GST 15%. Ini bermakna harga barang dan perkhidmatan juga akan meningkat. Begitu juga dengan harga minyak. Ramailah yang pegi shopping malam 30 September tu. Stesen minyak pun penuh. Aku pun termasuk ler antara mereka yang memenuhkan pasaraya dan stesen minyak malam tu.

Nak dijadikan cerita, aku pi ler isi minyak kat stesen minyak Shell malam tu. Dalam kul 11 malam, lambat sebab baru balik shopping. Tengok pada pam minyak, harga petrol 95 sama dengan harga petrol 91. Biasanya petrol 95 mahal sikit daripada 91. Aku pulak memang nak isi petrol 95 malam tu, sebab aku pinjam kereta member aku, Mitsubishi Airtrek Turbo. Dia suruh aku guna minyak 95. Kalau aku, pakai jer minyak yang paling murah, save sikit. Tapi kereta member punya pasal terpaksa ler.


Rupa-rupanya, malam tu minyak 91 habis. Yang tinggal minyak 95 jer. Jadi tokeh stesen minyak tu dengan murah hatinya telah menawarkan minyak 95 dengan harga 91. Rezeki aku dan pengguna stesen minyak Shell tu ler malam tu.

Sembang pasal harga petrol nie, aku naik heran dengan harga petrol di Malaysia nie. Sepanjang 2 tahun aku dok sini, harga petrol sentiasa turun dan naik, ikut harga semasa minyak mentah dunia. Lepas tu antara satu stesen minyak dengan stesen yang lain, harganya jugak berbeza, walaupun jenama yang sama. Perbezaan kekadang tu sampai 4 sen seliter.


Yang kat Malaysia pulak, seingat aku ler, harga petrol mana pernah turun. Kalau naik tu selalu ler. Bila naik tu, macam-macam alasan yang dihidangkan. Tak dapat dielakkan ler. Jadi, kenapa semasa harga minyak mentah dunia turun, semua mulut jadi sunyi sepi? Mana mulut-mulut yang pandai bagi pelbagai alasan tu hilang? Dah kena sumbat dengan minyak petrol free ke?