September 4, 2010

Gempa Melanda...............

Pagi tadi dalam jam 4:35 pagi, satu gempa bumi yang kuat berukuran 7.4 magnitud telah melanda Christchurch. Beberapa bangunan telah mengalami kerosakan teruk dan ada yang runtuh sepenuhnya. Ini merupakan gempa bumi yang kuat dalam tempoh 80 tahun.

Airport Christchurch telah ditutup bagi memastikan tiada berlaku kerosakan pada landasan. Bekalan elektrik dan air juga turut terputus. Setakat ini tiada lagi kematian dilaporkan. Hanya ada dua kes kecederaan yang serius di Hospital Christchurch. Seorang ditimpa dengan chimney dan sorang lagi dengan pecahan kaca.

Diharapkan agar rakyat Malaysia di Christchurch semuanya selamat. Pasti keluarga mereka di Malaysia akan risau.

Aku di sini tidak merasai gegarannya kerana jarak antara Christchurch dan Palmy terlalu jauh. Menurut laporan media, keadaan di Christchurch menyamai zon peperangan.

Kita doakan agar kejadian yang lebih teruk tidak akan berlaku lagi.

No comments:

Post a Comment