March 23, 2009

Lautan Api Akan Ku Renangi.....

Sudah lama dah tak update blog. Alasan yang paling besar ialah MALAS......malas nak bukak laptop.....malas nak taip.....dan malas macam-macam lagi.....


Hari ini, dalam akhbar yang biasa aku baca, seorang nenek yang berumur 55 tahun, Pam Dickson telah berjaya berenang merentangi Cook Strait (Selat Cook), iaitu selat yang memisahkan antara pulau utara dengan pulau selatan New Zealand. Kejayaan beliau diperoleh pada 20 Mac 2009 yang mengambil masa selama 9 jam 23 minit. Beliau kini memegang rekod sebagai orang yang paling tua berenang Cook Strait, yang sebelum ini dipegang oleh Scott Coleman berumur 53 tahun.


Sejak tahun 1962, sudah 73 renangan telah berjaya dibuat oleh 63 orang. Berikut adalah antara rekod yang pernah dibuat di Cook Strait:




1) Orang pertama yang berenang merentangi Cook Strait ialah Barrie Devenport yang dibuat pada 20 November 1963 yang mengambil masa 11 jam 20 minit.


2) Masa renangan yang paling pantas dibuat oleh Casey Glover iaitu 4 jam 37 minit yang dibuat pada 13 April 2008.


3) Masa renangan yang paling lambat dibuat oleh Rupali Repale iaitu 19 jam 44 minit yang dibuat pada 9 Mac 1998. Beliau berumur 16 tahun ketika itu.


4) Lelaki paling muda yang berenang merentangi Cook Strait ialah Aditya Raut berumur 11 tahun, renangan dibuat pada 20 Februari 2005.


5) Wanita paling muda yang berenang merentangi Cook Strait ialah Stephanie Bennington berumur 13 tahun , renangan dibuat pada 22 April 2007.


6) Lelaki paling tua ialah Scott Coleman berumur 53 tahun, renangan dibuat pada 8 Februari 2007.


7) Wanita paling tua ialah Pam Dickson berumur 55 tahun, renangan dibuat pada 20 Mac 2009.

March 9, 2009

Newtown Festival

Sejak akhir-akhir nie, banyak tempat di sekitar bandar Wellington nie mengajurkan festival atau pesta-pesta. Festival diadakan sama ada di sesuatu kawasan (suburb) atau di jalan (street). Mungkin sebab summer dah nak habis kot. Jadi sebelum masuk musim luruh (autumn) yang agak sejuk, mereka nak enjoy puas-puas kot dalam kepanasan. Antara festival yang dianjurkan ialah Kilbirnie Festival, Karori Festival, Cuba Street Festival dan Jackson Street Festival.



Semalam, Ahad, kami sekeluarga berkesempatan melawat Newtown Festival yang terletak agak berdekatan dengan rumah kami. Newtown merupakan satu suburb dalam Wellington, dan antara bandar yang tertua, walaupun namanya "Newtown". Saja jalan-jalan bawa anak hujung minggu sambil nak tengok apa yang ada kat festival macam nie. Sebab festival yang lain tak pernah pi pun. Cuaca hari tu lak panas, kira OK lah nak bawa berjalan.




Dianggarkan hampir 330 tapak gerai dibuka sempena Newtown Festival. Pelbagai gerai jualan ada antaranya makanan, kraftangan, baju, permainan dan cenderamata. Gerai-gerai tak ler besar macam Jom Heboh kat Malaysia tu, walaupun aku tak pernah pi Jom Heboh, cuma tengok kat TV jer. Ada beberapa pentas kecil disediakan untuk persembahan sepanjang festival. Ada gak beberapa permainan macam kat fun fair tu, tapi yang kecik aje macam merry- go- round. Kalau nak dibandingkan, macam pesta konvo jer rasanya. Turut dipamerkan 3 buah kereta, satu Ferrari F430, satu lagi kereta yang digunakan dalam filem Back to the Future dan satu lagi tak tau kereta apa. Sempat ler bergambar ngan kereta Ferrari tu.



Serentak dengan Newtown Festival, turut diadakan Wellington Hospital Open Day. Wellington Hospital nie terletak berdekatan dengan tapak festival tersebut. Kebetulan Wellington Hospital baru bukak blok bangunan yang baru, yang memakan masa selama 10 tahun untuk siap dengan kos sebanyak $NZ 285 juta.

Dianggarkan hampir 70,000 orang mengunjungi Newtown Festival yang diadakan selama satu hari daripada jam 10 pagi sampai 4 petang. Setelah hampir 2 jam, kami pun balik ke rumah dengan kepenatan. Lepas makan dan solat Zohor, aku meneruskan misi mengejar bulu angsa lak.




Newtown Festival yang diadakan di Riddiford Street.



Persembahan muzik Red Indian




Jualan gitar mini. Sebiji $NZ 20



Persembahan mamat nie menggunakan tali cemeti. Sambil tu dia buat lawak spontan. Best gak persembahan mamat nie.





Minah berkaki panjang. Jangan tangan panjang dah la




Persembahan tradisional Maori oleh kanak-kanak




Bawa lari best gak......

March 6, 2009

Selling China

Selling China...???? Itulah satu tajuk buku yang aku pernah jumpa di sini. Tapi aku tak sempat nak baca pun. Tak tau apa isi kandungan buku tu. Negara China mempunyai pengaruh yang besar dalam ekonomi dunia selain daripada USA. New Zealand juga tidak terlepas daripada impak negara China ini.

Sepanjang aku berada di sini, susah aku nak jumpa barangan yang dibuat di New Zealand. Kalau ada pun, kebanyakannya makanan seperti susu, buah, keju dan daging. Kebanyakannya pasti Made in China. Baju-baju untuk souvenir yang tulis New Zealand pun made in China. Bukan itu sahaja, kebanyakan baranagan rasmi (tulen) All Blacks juga made in China termasuk la jersey, baju polo, raincoat, boleh kata semua produk All Blacks la. Dulu ada jersey All Blacks yang made in NZ, tapi sekarang dah diberhentikan. Semua produk telah beralih arah ke negara China.

Dalam minggu lepas, ada akhbar membangkitkan satu kes di mana satu syarikat yang mengeluarkan weatgear untuk askar NZ berpejabat di Levin, NZ milik sorang mamat Kiwi, telah diberhentikan tender penghasilan weatgear tersebut. Kini tender yang berjumlah $NZ 2 juta tersebut telah disalurkan kepada sebuah syarikat di China. Begitulah kuatnya impak ekonomi negara China nie. Mungkin kat sana labour fee murah, jadi untung mungkin banyak sikit. Kat sini labour fee memang mahal. Tapi langkah kerajaan NZ buat macam tu tidak membantu usahawan-usahawan "bumiputra" sini lak. Mungkin depa ada polisi sendiri kot. Tak tau la pulak.

Aku cuba la cari baju t-shirt souvenir atau All Blacks yang made in NZ untuk bawa balik Malaysia, puas hati sikit sebab ada tulis made in NZ. Tapi so far belum jumpa lagi la.

Barangan yang made in Malaysia pun boleh tahan jugak ada kat sini. Macam minyak masak, tisu, maggi, sarung tangan dan lain-lain lagi la. Hari tu aku jumpa sarung tangan getah yang made in Malaysia. Aku pun dengan bangga cakap dengan satu orang mamat Maori tu, made in Malaysia tu.....

Dia jawab " Cheap labour, cheap labour". Eleh.....macam dia tau Malaysia tu kat mana...