March 9, 2009

Newtown Festival

Sejak akhir-akhir nie, banyak tempat di sekitar bandar Wellington nie mengajurkan festival atau pesta-pesta. Festival diadakan sama ada di sesuatu kawasan (suburb) atau di jalan (street). Mungkin sebab summer dah nak habis kot. Jadi sebelum masuk musim luruh (autumn) yang agak sejuk, mereka nak enjoy puas-puas kot dalam kepanasan. Antara festival yang dianjurkan ialah Kilbirnie Festival, Karori Festival, Cuba Street Festival dan Jackson Street Festival.



Semalam, Ahad, kami sekeluarga berkesempatan melawat Newtown Festival yang terletak agak berdekatan dengan rumah kami. Newtown merupakan satu suburb dalam Wellington, dan antara bandar yang tertua, walaupun namanya "Newtown". Saja jalan-jalan bawa anak hujung minggu sambil nak tengok apa yang ada kat festival macam nie. Sebab festival yang lain tak pernah pi pun. Cuaca hari tu lak panas, kira OK lah nak bawa berjalan.




Dianggarkan hampir 330 tapak gerai dibuka sempena Newtown Festival. Pelbagai gerai jualan ada antaranya makanan, kraftangan, baju, permainan dan cenderamata. Gerai-gerai tak ler besar macam Jom Heboh kat Malaysia tu, walaupun aku tak pernah pi Jom Heboh, cuma tengok kat TV jer. Ada beberapa pentas kecil disediakan untuk persembahan sepanjang festival. Ada gak beberapa permainan macam kat fun fair tu, tapi yang kecik aje macam merry- go- round. Kalau nak dibandingkan, macam pesta konvo jer rasanya. Turut dipamerkan 3 buah kereta, satu Ferrari F430, satu lagi kereta yang digunakan dalam filem Back to the Future dan satu lagi tak tau kereta apa. Sempat ler bergambar ngan kereta Ferrari tu.



Serentak dengan Newtown Festival, turut diadakan Wellington Hospital Open Day. Wellington Hospital nie terletak berdekatan dengan tapak festival tersebut. Kebetulan Wellington Hospital baru bukak blok bangunan yang baru, yang memakan masa selama 10 tahun untuk siap dengan kos sebanyak $NZ 285 juta.

Dianggarkan hampir 70,000 orang mengunjungi Newtown Festival yang diadakan selama satu hari daripada jam 10 pagi sampai 4 petang. Setelah hampir 2 jam, kami pun balik ke rumah dengan kepenatan. Lepas makan dan solat Zohor, aku meneruskan misi mengejar bulu angsa lak.




Newtown Festival yang diadakan di Riddiford Street.



Persembahan muzik Red Indian




Jualan gitar mini. Sebiji $NZ 20



Persembahan mamat nie menggunakan tali cemeti. Sambil tu dia buat lawak spontan. Best gak persembahan mamat nie.





Minah berkaki panjang. Jangan tangan panjang dah la




Persembahan tradisional Maori oleh kanak-kanak




Bawa lari best gak......

No comments:

Post a Comment