October 18, 2009

Sold....!!!!!!

Semalam aku dan Bro Azam telah pergi ke satu acara lelongan. Tempatnya adalah di Ngaurang. Acara lelongan ini diadakan selama 2 hari iaitu hari Sabtu dan Ahad. Pusat lelongan tersebut telah dibuka pada hari Jumaat bagi para pelanggan untuk datang melihat barang-barang yang akan dilelong nanti. Barang-barang yang akan dilelong adalah seperti alatan memancing, khemah, basikal, peti ais, kerusi, meja, mainan, barangan dapur, pisau, bot, almari dan banyak lagi lah. Para pelanggan yang berminat bolehlah mendaftar dan mendapatkan nombor masing-masing yang akan digunakan semasa lelongan nanti.


Aku, Bro Ali dan Bro Azam telah pun datang pada hari Jumaat untuk view barang-barang tersebut. Masing-masing mempunyai target barang apa yang nak dibeli. Aku punya sasaran nak beli stockpot bersaiz 11 liter. Itu target utamalah. Target sampingan ada jugak tetapi kena tengok harga dulu. You might make a killing in the auction. Buying item just for a song. Tetapi kena berhati-hati gak sebab kekadang tu harganya lebih mahal berbanding di kedai.


Di samping datang nak beli barang tu, aku pun nak tengok jugak macam mana acara lelongan diadakan. Di Malaysia dulu aku tak pernah pergi tempat lelongan macam nie. Saja jer nak tengok suasana kat sini macam mana. Ada dua mamat yang kendalikan acara lelongan tu. Satu tua, satu muda. Yang tua tu cakap bukan main laju lagi. Dia yang banyak kendalikan acara ini. Mula-mula tu aku tak paham gak apa yang dia nie cakap. Laju sangat. Tapi bila dah lama duduk kat situ, bolehlah aku tangkap sikit-sikit. Yang penting aku nak dengar harga barang yang nak dilelong tu.


Mula-mula mamat tua tu akan letakkan satu harga pada barang tu, contohnya periuk $NZ60. Kalau ada pembida yang cakap $NZ40 dan dia setuju, maka harga lelongan akan bermula pada $NZ40.


Di penghujung acara, aku dapat gak beli stockpot 11 liter tu dengan harga $NZ55. Semasa lelongan tu, aku jumpa seorang Indian Singapore. Dia bukak satu restoran kat Petone. Tanya dia murah ke harga periuk yang aku beli nie. Dia kata murah berbanding di luar. Dia pun ada beli gak tapi yang saiz besar la.

Hari ini mungkin aku akan pergi lagi. Tengok barang apa yang boleh dibeli lagi. For a song.






Dua mamat yang kendalikan lelongan. Yang sebelah payung merah tu yang cakap laju tu.






Antara barangan yang dilelong

October 10, 2009

Rilekskan Minda..............

Aku dapat benda nie dah lama dah..............tak ingat sapa yang forward kat aku hari tu. Tapi saje jer aku nak kongsi dengan para pembaca blog. Untuk merilekskan minda anda sambil menantikan pilihan raya kecil Bagan Pinang. Namanya Pepatah Merapu.

Pepatah Merapu

1) Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah

2) Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan

3) Tiada rotan, pelempang berguna juga

4) Biar lambat asalkan tak cepat

5) Di mana ada gula di situ adalah gula-gula

6) Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar

7) Biar putih tulang, jangan kuning gigi

8) Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock

9) Secupak takkan jadi 18 cupak

10) Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkan kulit, manusia mati meninggal dunia

11) Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut

12) Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap

13) Alang-alang mandi biar guna sabun

14) Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras

15) Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun

16) Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang......bisu

17) Hidup segan mati ditanam

18) Ikut hati mati, ikut rasa merasa

19) Lembu punya susu cap teko dapat nama

20) Sehari selambar benang lama-lama benang habis

21) Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut

22) Hendak seribu daya, tak hendak tak apa

23) Membujur lalu melintang pukang

24) Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut

25) Kecil-kecil cili padi, kecik lagi biji cili

26) Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah

27) Belakang parang kalau diasah, habis batu pengasah

28) Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai dapat ikan

October 8, 2009

Kamera Baru

Disebabkan anak sulung aku tu dah minat dengan kamera, aku dan isteri telah buat keputusan untuk belikan sebuah kamera untuk dia. Beli yang second-hand je, yang murah. Nak bagi kembangkan minat dia. Isteri aku mula melayari laman e-lelong,Trademe. Trademe ni macam e-Bay la cuma laman nie untuk penduduk NZ sahaja.

Akhirnya kami beli satu kamera digital dengan harga $NZ37. Jenamanya ialah DSE (tak pernah dengar pun), 4 mega pixel, 4 x zoom dan beberapa function basic. Masa aku bagi kamera tu kat anak aku, dia bukan main seronok. Semua barang dalam rumah habis dia nak tangkap. Aku suruh tangkap gambar aku dia tak nak pulak. Belum lagi berkesempatan bawa dia keluar untuk tangkap gambar. Tunggu hujung minggu nie la, itu pun kalau cuaca OK.















Rumah Terbuka

Syawal tinggal beberapa hari lagi untuk sampai ke penghujung. Sape yang belum buat puasa sunat Syawal tu, masih lagi berkesempatan untuk melakukannya. Ganjarannya besar; sesiapa yang berpuasa sebulan Ramadan dan ditambah dengan 6 hari puasa sunat Syawal, seolah-olah berpuasa sepanjang tahun.

Ketika masih lagi dalam bulan Syawal ni, rumah terbuka (open house) Aidilfitri masih lagi diadakan. Rasanya kalau di Malaysia rumah terbuka Aidilfitri tentu lebih meriah dan lebih banyak diadakan. Saudara-mara, sahabat-handai, rakan sepejebat, jiran-tetangga, wakil rakyat dan para pemimpin negara tentunya mengadakan rumah terbuka Aidilfitri ini. Setakat ini, aku tak pernah lagi menghadiri rumah terbuka anjuran mana-mana pemimpin negara atau parti politik. Isteri aku adalah sekali tu pergi rumah terbuka Mahathir di Putrajaya, semasa beliau masih lagi Perdana Menteri Malaysia. Itu pun sebab ikut mak dan ayah dia ( kami tak kahwin lagi masa tu).

Sebut pasal rumah terbuka nie, teringat aku pada arwah mak aku. Dulu, semasa kami tinggal di Terengganu, keluarga aku rajin buat rumah terbuka setiap hari raya Aidilfitri. Biasanya kami akan buat pada hari raya kedua. Hari raya pertama kami balik kampung di Dungun. Biasanya kami balik hari, tidak bermalam sebab nak bagi peluang kepada saudara-mara yang datang dari jauh bermalam di rumah toki.

Menu yang biasa arwah mak aku masak ialah nasi beriani. Biasanya jemputan mula datang seawal jam 11 pagi hinggalah ke 10 malam. Yang datang tu memang ramai, tak putus-putus; saudara-mara, jiran tetangga dan kawan-kawan. Sebagai back-up, takut lauk tak cukup, arwah mak aku dah buat deal dengan penjual ayam di pasar berdekatan. Kami boleh pergi ke rumah dia untuk dapatkan bekalan ayam. Kebetulan dia memang bela ayam sendiri depan rumah dia. Pasarkan masih lagi tutup sebab baru hari raya kedua. Akulah yang biasa pergi ambik bekalan ayam tu. Penat memang penat masa hari terbuka tu. Tapi rasa seronok sebab semua saudara-mara boleh berkumpul bersama-sama. Tugas yang biasa aku buat semasa rumah terbuka nie ialah bancuh air dan basuh pinggan.

Kenangan membuat rumah terbuka bersama arwah mak sentiasa terpahat di hati aku.




October 5, 2009

Minat Baru Anak Aku..........

Anak aku yang sulung tu, dah ada minat baru. Dia minat nak ambik gambar guna kamera. Sebenarnya minat tu dikesan oleh guru tadikanya. Kat tadika dia, memang ada disediakan kamera untuk bebudak guna dan explore. Tapi bukan semua budak yang minat. Aku tau pun sebab ada guru yang buat laporan tentang minat barunya itu dalam file peribadinya. Bila aku baca laporan tu, aku agak terkejut gak la. Siap ada contoh gambar-gambar yang dia ambil. Kalau kat Malaysia, budak umur 4 tahun mana boleh main kamera, kena marah. Sama la macam aku nie. Mana confident nak bagi anak aku tu pegang kamera aku tu. Nanti rosak, susah lak. Tapi disebabkan dia sudah minat, aku bagi guna la kamera aku tu tapi bawah pengawasan aku sepenuhnya la. Sekali-sekala aje la. Bukan selalu. Aku sertakan beberapa keping gambar yang pernah anak aku ambik.




Inilah jurukamera jemputan untuk kali ini. Gambar nie wife aku yang ambik.












October 2, 2009

Gempa Bumi.......

Baru-baru ini gempa bumi dan tsunami telah melanda Pulau Samoa. Amaran tsunami juga turut dikeluarkan oleh kerajaan NZ sebagai langkah berjaga-jaga. Tetapi alhamdullillah.......amaran tersebut telah ditarik semula selepas beberapa jam dan tiada apa-apa bencana yang melanda NZ. Kami di sini tidak merasa langsung apa bentuk gegaran pun.
Negara jiran kita, Indonesia, turut mengalami gempa bumi dan menyebabkan kemusnahan yang agak dasyhat. Angka kematian juga turut meningkat. Kita sedekahkan al-Fatihah buat saudara seIslam kita yang meninggal dalam bencana tersebut. Al-Fatihah.