December 17, 2010

A South Trip.....

Aku dan family baru balik berjalan-jalan dari pulau selatan. Bagi sapa yang tak tahu, New Zealand nie terbahagi pada dua pulau, utara dan selatan. Macam Malaysia jugak ler, Semenanjung dan Kepulauan Borneo. Kami bermaustatin di pulau utara. Alhamdullillah, dapat beli tiket flight murah, jadi kami rebut peluang nie untuk makan angin ke pulau selatan. Dapat jugak merehatkan pemikiran isteri aku yang memang kuat bekerja nie. Ye la, keluar rumah jam 7:30 pagi, balik kekadang tu jam 10:00 malam. Bagi ler dia berehat lama sikit. Anak-anak pun dapat ler berjalan sempena cuti sekolah nie.

Kami bertolak ke Christchurch dari Wellington pada 8 Disember dengan menggunakan penerbangan Jetstar, penerbangan tambang murah macam AirAsia. Malaysia pun dah ada Jetstar kan. Kami transit satu malam di Christchurch sebelum bertolak pagi 9 Disember ke Queenstown. Jadi petang tu kami ambil kesempatan berjalan-jalan sekitar bandar Christchurch menggunakan shuttle bas percuma yang ada disediakan.

9 Disember, kami bertolak ke Queenstown. Orang kata, Queenstown nie bandar yang paling cantik di NZ. Bandar pelancongan. Setibanya di Lapangan Terbang Queenstown, kami dibawa oleh wakil syarikat sewa kereta ke pejabatnya. Selepas selesai segala pengisian dokueman sewa kereta, maka bermulalah perjalanan kami di pulau selatan nie. Kami menyewa kereta Nissan Sunny. Tahun 2004, milage pun baru 46,000. Memang mantap jugak ler kereta nie. Memandangkan Queenstown nie bandarnya dikelilingi dengan gunung-ganang, maka agak penting jugaklah menggunakan kereta yang mantap bagi memudahkan pendakian nanti.

Destinasi kami yang pertama Puzzling World yang terletak di Wanaka. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 1jam 30 minit. Pemandangan ke sana memang amat menakjubkan. Tapi memang berpusing-pusing ler jalannya. Sampai anak aku yang sulung tu dok muntah-muntah.





Pemandangan sepanjang perjalanan dari Queenstown ke Wanaka. Jalan raya di sini merupakan jalan berturap atau bertar yang tertinggi di New Zealand. Jalan bertar yang menghubungkan antara Queenstown dengan Wanaka siap sepenuhnya pada tahun 2000.


Anak aku berposing sebelum masuk ke Puzzling World.

The Great Maze


Ames Room. Aku kelihatan kecik di sebelah kanan manakala isteri dan anak aku telah bertukar menjadi giant. Pada hakikatnya, memang aku kecik dan kurus......jangan marah ye sayang.

Makan aiskrim di depan Leaning Tower of Wanaka yang terletak di hadapan pintu masuk Puzzling World sebelum balik.

Terdapat pelbagai tarikan di Puzzling World nie. Di hapadan pintu masuk terpadat satu menara jam atau dikenali sebagai Leaning Tower of Wanaka yang condong pada sudut 53 darjah. Leaning Tower of Pisa pun hanya condong pada sudut 6 darjah. Di dalamnya pulak terdapat Hologram Hall, Hall of Following Faces, Ames Room, Tilted House dan Great Maze.

Cafe yang terdapat di dalam Puzzling World ini juga turut menyediakan pelbagai bentuk puzzle di atas setiap meja makan. Jadi sambil menikmati juadah ringan, boleh turut menyelesaikan puzzle yang ada.

Setelah habis kami berpuzzling di Puzzling World, kami berpatah balik ke Queenstown. Dalam perjalanan, kami singgah sebentar di Arrowtown. Arrowtown nie dulu terkenal disebabkan penemuan emas di Arrow River pada tahun 1862. Arrow River nie menjadi tarikan pelombong emas dari serata dunia dan sungai ini menjadi terkenal sebagai salah satu sungai yang kaya dengan sumber emas di dunia. Orang Cina dari Tanah Besar China jugak turut berhijrah ke Arrowtown untuk mengambil peluang ke"emas"an ini.

Tapi sekarang emas dah takde dah. Yang tinggal hanyalah bangunan-bangunan lama yang dibina sejak tahun 1862. Memang cantik dan unik bangunan-bangunan tersebut. Penempatan awal orang Cina juga masih wujud lagi dan boleh dilawati.

Selesai melawat Arrowtown, kami meneruskan perjalanan ke Queenstown. Hajat hati nak singgah naik gondola, tapi memandangkan anak-anak dah penat, kami terus pergi ke motel penginapan kami.

Nak jadi cerita, aku dok tunggu ler nak solat jamak Maghrib Isyak kat motel. Biasa ler, bila dah nak malam, aku pun tutup ler segala langsir yang ada kat bilik motel aku tu. Jam pun dah menunjukkan 9:10 malam. Aku dengan confident nyer solat ler jamak sebab Maghrib kat tempat aku masuk jam 8:40 malam. Aku ingat beza dengan Queenstown lebih kurang 15 ke 20 minit jer. Selesai solat, aku keluar bilik sat nak ambik barang di dalam kereta. Tengok kat luar terang lagi. Biar betoi. Tapi sebab aku dah confident dah Maghrib takpe ler.

Jam 9:50 malam, aku selak langsir, tengok kat luar masih belum gelap betul lagi. Ini tak boleh jadi, so aku pun SMS ler kat member aku di Palmy suruh dia tolong semak waktu solat kat Queenstown nie. Dia reply balik:

Maghrib 9:29....Isyak 11:18.....Suboh 3:49....Sunrise 5:49.....Zohor 1:40.......Asar 5:47

Confirm.....aku kena solat balik. Tu la......lain kali sebelum bermusafir jauh-jauh, kena semak waktu solat dulu. Tu yang paling penting. Passport dunia akhirat tu........




No comments:

Post a Comment