December 30, 2010

A South Trip 3


Keesokan paginya, dalam jam 6 pagi kami bertolak ke Milford Sound. Masa tu langit dah nak terang dah. Takde ler gelap sangat. Kalau ikut pada browser bot cruise kami tu, kena check-in selewatnya 20 minit sebelum waktu bot berlayar. Tempat parking kereta ke jeti pula kena jalan kaki lebih kurang 10 minit. Maknanya kena sampai sana awal setengah jam daripada waktu bot berlayar.

Pemandangan ke Milford Sound jugak amat menarik dan cantik. Kiri kanan jalan raya ditemani dengan gunung-ganang. Jalan raya nyer boleh tahan jugak ler. Kekadang berbengkak-bengkok jugak, kekadang lebar, kekadang sempit sampai hanya boleh memuatkan sebuah kenderaan sahaja.

Perjalanan ke Milford Sound juga perlu melalui sebuah terowong yang dikenali sebagai Homer Tunnel. Homer Tunnel ini mula dibina pada tahun 1935. Tetapi pembinaannya menghadapi pelbagai halangan dan masalah seperti retakan pada batu menyebabkan salji masuk ke dalam terowong dan Perang Dunia ke-2. Homer Tunnel ini hanya siap sepenuhnya pada tahun 1953 dan dibuka kepada awam pada tahun 1954.

Terowong ini sepanjang 1219 meter dan jalan raya di dalamnya tidak berline. Walaupun tidak berline, ia adalah jalan dua hala, bukan sehala. Apa yang menarik tentang Homer Tunnel nie, terowong ini dibiarkan dalam keadaan asal sebagaimana ia siap pada tahun 1953, tanpa sebarang penambaikan. Kalau ada pun cuma dipasang traffic light di pintu masuk terowong (hanya digunakan semasa summer dan traffic jam) dan lampu kecil di atas siling terowong. Memang gelap betul terowong tu masa kami lalu pagi tu sebab lampu siling tidak dipasang lagi masa tu. Nak ambik gambar pun tak cantik sebab pencahayaan tidak cukup terang. Maklum ler kamera murah........

Gambar-gambar di bawah ditangkap sepanjang perjalanan ke Milford Sound.















Homer Tunnel



Kami sampai di Milford Sound dalam jam 8 pagi. Itu pun kami berhenti banyak kali snap gambar. Bot kami berlabuh jam 9 pagi. Alhamdullillah perjalanan ke Milford Sound berjalan lancar. Tak banyak kereta mungkin sebab masih pagi lagi. Bas pelancong pun kami tak selisih.

Selepas check-in dengan cruise boat, bermulalah perlayaran kami menerokai Milford Sound. Pemandangan Milford Sound memang cantik. Terdapat banyak air terjun di sana. Memang sungguh indah alam ciptaan Allah ini. Memang begitu hebat. Aku kepilkan beberapa keping gambar Milford Sound. Let the photo do the talking........










Dari jauh nampak macam lintah gergasi. Rupa-rupanya seal sedang tidur berjemuran.







Selepas hampir 2 jam kami melayari Milford Sound, kami pun bertolak ke Dunedin. Perjalanan ke Dunedin mengambil masa lebih kurang 5 jam. Mujur ler jalan nyer banyak yang lurus. Senang sikit pemanduan aku. Banyak kali jugak ler berhenti. Sepanjang kami kat South Island nie, kami dapat lihat terdapat tiga jenis penternakan utama iaitu bebiri, lembu dan rusa. Jumlah ternakan bebiri kat sini memang besar berbanding dengan North Island.



Nampak tak tompok-tompok putih atas bukit tu. Nampak macam kutu jer. Tu bebiri ler tu.

Kami sampai Dunedin lebih kurang jam 7:00 malam. Kami menumpang bermalam di rumah keluarga postgraduate Malaysia. Kami dijamu makan nasi ayam sambil berborak dengan 3 keluarga postgraduate lagi yang turut bertandang sekali. Jutaan terima kasih kami ucapkan atas kesudian menumpangkan kami sekeluarga bermalam di rumah tuan.........



No comments:

Post a Comment