January 29, 2010

Terik....

Terlalu lama rasanya aku tak update blog aku nie.............


Sekarang nie pun tahun 2010 sudah lama menjelma. Bulan Januari pun sudah hampir ke penghujungnya. Tiga hari kebelakangan ini cuaca amat panas sangat. Terasa macam di Malaysia. Aku duduk dalam rumah tak payah pakai baju pun. Tido di malam hari pun tanpa baju dan selimut. Siap tingkap bilik pun dibuka. Ini kali pertama aku melalui kepanasan yang amat sangat sepanjang lebih setahun aku duduk di New Zealand ini. Bagi aku kepanasan ini satu rahmat. Aku lebih sukakan cuaca begini. Daripada sejuk mengigil yang menikam tulang hitamku ini. Kalau ikutkan ramalan cuaca, semalam suhu mencecah 26 darjah Celcius. Memang panas betul. Basuh baju pun best.


Hari ini, aku menerima satu berita kematian daripada masyarakat Islam di sini. Anak berusia 6 bulan telah meninggal dunia dalam kandungna ibunya. Ayahnya orang Melayu Malaysia, manakala ibunya orang Maori. Dia dah 10 tahun duduk di sini, bekerja. Jadi kami, komuniti Malaysia yang ada kelapangan telah menziarahi keluarganya di hospital. Pihak masjid dan kami turut membantu memandikan jenazah dan menkapankan bayi tersebut. Kalau tak silap aku anak ini merupakan anak sulung mereka.


Selepas semuanya selesai di hospital, kami bergerak pula ke tanah perkuburan. Sampai di sana, tanah telah pun digali oleh pihak pengurusan perkuburan di sana. Tanah perkuburan di sini majoritinya untuk penganut agama Kristian. Tetapi memang ada satu bahagian khas untuk orang Islam. Kalau tak silap aku ada 7 kubur orang Islam di sana. Tanah perkuburan di sini amat teratur. Senang kalau orang nak datang menziarahi.


Kami menunaikan solat jenazah di tepi kubur tersebut. Selesai solat, upacara pengkebumian pun dilaksanakan. Semoga roh bayi ini dirahmati oleh Allah swt.

No comments:

Post a Comment