January 29, 2009

Idolaku.......

Semalam 28 Januari merupakan tarikh istimewa untuk seseorang. Tarikh berikut adalah tarikh harijadi ayah aku sebenarnya. Harijadi yang ke-60 tahun. Dah menjangkau lebih separuh abad dah ayah aku.

Kali nie sempena harijadi beliau yang ke-60 tahun nie, aku nak ceritakan serba sedikit pasai ayah aku nie. Semua orang, pasti bangga dengan ayah masing-masing, betul tak. Begitu jugak aku. Betapa bangga nyer aku ada ayah macam ayah aku nie. Apa punya ayat tah aku buat nie.

Ayah aku dilahirkan di Dungun, Terengganu pada 28 Januari 1949. Dilahirkan dalam keluarga nelayan. Dengan adik-beradik seramai 12 orang, kalau tak silap aku ler. Tapi 2 orang meninggal semasa dilahirkan. Sejak kecil lagi, ayah aku sudah menunjukkan sikap suka membaca dan belajar. Semasa di sekolah rendah, dia paling suka cikgu yang garang. Pernah dia mendapat cikgu kelas yang lembut, tak garang, lalu dia enggan ke sekolah hingga dipaksa oleh toki (atuk dalam bahasa Ganu). Tapi kalau kita ler, cikgu garang lagi banyak alasan tak nak pi sekolah, betoi tak.

Masa ayah aku belajar, sistem lompat kelas masih dipraktiskan lagi. Jadi ayah aku nie kerap lompat kelas. Sebab tu kebanyakan classmate dia semuanyer senior dia. Dia ambik SRP (aku tak tau lak apa nama exam masa tu) semasa umur 13 tahun, dan SPM (nama lain masa tu) semasa umur 15 tahun. Kemudian beliau ambik dilpoma dalam bidang Business Study di ITM Petaling Jaya. Sekarang dah tak de kot. Habis belajar kat ITM, dalam umur 18 tahun. Lepas keluar ITM, susah cari keja sebab muda sangat. Orang tak nak ambik. Jadi ayah aku pun kerja mula daripada bawah hingga ler menjawat jawatan pengurus di sebuah bank.

Walaupun ayah aku kira kuat study, tapi dia jugak aktif orang nyer. Bukan jenis ngadap buku jer. Beliau ahli gimnastik. Pernah buat aksi lompat dalam gelung berapi. Ahli kelab bina badan. Ahli pertahanan diri, tak silap aku silat kot. Dan jugak pernah mempunyai kumpulan muzik sendiri. Beliau merupakan penyanyi utama. Pernah masuk dalam URTV ler time tu.

Semasa bekerja, beliau telah melanjutkan pelajaran beliau dalam bidang Master of Business Administration yang ditaja sepenuhnya oleh Britsih Council di Glasgow University, Scotland selama setahun. Dapat ler kami sekeluarga pi merasa duduk negara omputih. Beliau melanjutkan pelajaran beliau daripada diploma terus ke master tanpa ada ijazah sarjana muda pun.

Kini beliau telah pun pencen. Kesemua lima anak nyer lulus universiti, alhamdulillah......Yang sulung, UiTM bidang Business Study, yang kedua, University of Manchester Institute of Science and Technology bidang kejuruteraan elektrik, yang ketiga, Universiti Sains Malaysia, bidang teknologi industri, yang keempat, Universiti Kebangsaan Malaysia, bidang audiologi dan yang bongsu, Universiti Kebangsaan Malaysia, bidang oleokimia. Semuanya hasil didikan dan kasih sayang yang diberikan oleh ayah dan arwah mak aku.

Apa yang lebih best,...ayah aku sekarang di New Zealand. Jalan-jalan makan angin sambil melawat anak, menantu dan cucu-cucu beliau. Beliau sampai di NZ pada 24 Januari dan akan balik pada 10 Februari. Selamat Harijadi ke-60. Terima kasih atas segala tunjuk ajar, didikan, kasih sayang dan perhatian yang diberikan selama aku hidup di atas muka bumi nie. Kaulah idolaku......

No comments:

Post a Comment