January 31, 2009

Mengejar bulu angsa.......

Dulu masa kat Pinang, rajin gak main mainan nie. Saje buat keluarkan peluh. Game nyer mudah jer. Kena kejar bulu angsa supaya bulu tu tak jatuh atas kawasan kita. Kita kena jatuhkan bulu angsa tu atas kawasan lawan lak. Tapi pastikan agar bulu tu tak keluar daripada kawasan yang dihadkan dengan garisan putih. Bulu angsa tersebut jugak harus melepasi satu net yang dibentangkan antara dua pihak yang bermain. Pihak yang berjaya mengumpulkan mata yang ditetapkan dikira sebagai pemenang. Nak kata aku pandai main game nie, tak de ler, tapi profesional tu boleh ler........

Game tu aku teruskan jugak di bumi Kiwi nie. Orang Kiwi pun main game nie jugak. Memang dah biasa dah game nie. Alaaaa........game yang aku maksudkan ialah BADMINTON.....

Kat sini, aku masih meneruskan main badminton. Bagi keluarkan peluh-peluh yang dok berkumpul dalam badan nie. Biasa nyer aku main hari Jumaat daripada jam 6:00-8:00 pm. Sempat ker solat Garib.....?????? Sempat beb...jangan risau....sekarang time summer Garib masuk jam 8:45 pm. Masa awai-awai tu jam 9:00 pm. Terang lagi masa tu. Biasa main ngan 3 orang member lagi. Orang Malaysia gak. Takat nie tak pernah main ngan org Kiwi lagi. Mungkin akan datang kot.

Dewan badminton yang biasa aku main terletak lebih kurang 10 minit memandu dari rumah aku. Dewan nyer tak ler secantik mana. Cantik lagi dewan yang biasa aku main kat Penang dulu. Ada 8 court semua nyer. Kami biasa main court nombor 8. Tersembunyi sikit daripada pemandangan umum. Tak mau rahsia gerak-geri dan skill maut kami dilihat orang.





Court nombor 8 yang menjadi pertarungan maut kami.....


Sewa court kat sini mahal gak ler. Sejam $NZ30 bagi bukan ahli, $NZ25 bagi student, $NZ20 bagi ahli. Tapi sebab ada kawan jadi ahli, maka kami bayar sejam $NZ20 jer.

Kaunter kat sini boleh dikatakan serba-serbi ada. Jual raket dan bulu tangkis, baiki tali raket, kasut, baju sukan, seluar sukan, air dan snack. Tempahan boleh dibuat di kaunter atau melalui telefon.








Apa yang menarik tentang dewan badminton ini ialah ia diatur secara komputer. Apabila court ditempah pada jam 4:00-6:00 petang, maka lampu court akan menyala secara automatik pada jam 4:00 petang dan akan padam pada jam 6:00 petang. Oleh sebab itu, dewan tu dibuat segelap yang mungkin supaya pemain tidak dapat meneruskan permainan apabila tempoh booking telah tamat.

Pemain juga boleh datang secara walk-in sekiranya terdapat gelanggang yang kosong. Hanya perlu bayar terus pada kaunter. Dewan dibuka sehingga jam 12:00 malam. Tetapi kaunter ditutup pada jam 6:00 petang. Ini tidak menjadi masalah sekiranya pemain yang menjadi ahli ingin bermain secara walk-in selepas kaunter ditutup. Setiap ahli akan dibekalkan sekeping kad prepaid. Pemain hanya perlu membuat tempahan court dengan menggunakan komputer yang disediakan di tepi gelanggang badminton. Kad perlu discan pada alat scan yang diconnect dengan komputer tersebut dan lampu gelanggang akan menyala apabila tempahan telah selesai dibuat.




Peranggan di atas ada aku menyatakan bahawa dewan dibuka hingga 12 malam, tetapi kaunter ditutup pada jam 6 petang. Habis sape yang akan tutup dan kunci dewan tu. Staf bertugas dah balikkan......Hhhhmmmmmm......mungkin ada yang kata mesti staf depa mai balik nak tutup dan kunci pintu dewan kan......Hhhhmmmmm......salah...,tak betul jawapan tu....Jawapan yang sebenarnya, pemain terakhir yang kena tutup, aktifkan alarm dan kunci pintu dewan tu. Nak kunci just tutup pintu tu, maka pintu akan terkunci. Jadi pemain yang terakhir, lepas main kena semak jadual tempahan pada komputer. Sekiranya tiada tempahan dibuat, maka dia la kena pastikan dewan ditutup. Rasa-rasa boleh diaplikasi benda ni di Malaysia.....??????

No comments:

Post a Comment