January 21, 2009

Kiwi..oh...Kiwi....

Sebelum aku melalut lebih lanjut dalam blog ini, lebih baik aku buat sedikit penerangan tentang New Zealand nie. Sesape yang dah tau tu, tak pe kan untuk terus membaca. Memantapkan lagi ilmu yang sedia ada. Mana yang tak tau tu, sebagai penambahan sedikit ilmu daripada khazanah ilmu yang amat luas tu.
Apa yang aku nak cerita kat sini ialah pasal nama Kiwi. Tentu semua orang dah tau apa itu kiwi bukan. Di New Zealand nie, kiwi membawa beberapa maksud. Pertama,burung kiwi yang merupakan burung nasional bagi New Zealand. Burung yang hampir pupus dan hanya boleh dijumpai di New Zealand. Kedua, buah kiwi yang isi nyer warna hijau tu. Yang sedap untuk dimakan dan diminum apabila dibuat jus.
Ketiga, Kiwi dirujukkan kepada orang putih New Zealand. Kat sini, depa dipanggil Kiwi, atau pun New Zealander. Ikut sejarah, asal-usul mat salleh kat sini dari Eropah. Dipercayai orang pertama yang sampai di New Zealand nie ialah orang Maori yang berasal daripada kepulauan Pasifik.
Orang Eropah pertama yang menemui New Zealand ialah Abel Tasman, orang Belanda, yang datang dengan dua buah kapal ada tahun 1642. Tapi Tasman tidak menjejakkan kaki di bumi New Zealand. Dia hanya berlabuh dipesisir pantai sahaja. Rombongan kapalnya telah diserang oleh orang Maori dan 4 krew kapal Tasman telah mati dalam serangan tersebut. Ini menyebabkan rombongan kapal tersebut lari meninggalkan New Zealand. Pada tahun 1769, pengembara dari England, James Cook, telah menemui dan mendarat di New Zealand. Kemudian orang putih mula membanjiri bumi New Zealand selepas itu.
Semasa itu, orang Eropah tidak dipanggil Kiwi lagi. Mereka dipanggil Pakeha. Dikhabarkan nama Kiwi ini mula dilabelkan pada mat salleh New Zealand semasa Perang Dunia Kedua. Dan gelaran Kiwi itu kini menjadi penerimaan umum.
Apa-apa pun, yang aku tau masa sekolah dulu, aku mesti nak kiwikan kasut aku lepas kasut sekolah aku kering dibasuhkan........Betul tak......

1 comment: