August 27, 2009

Putih Bak Salji.......





Pada 15 Ogos yang lepas, kami bersama dengan Khairul sekeluarga, Nik sekeluarga, Mehraj bersama seorang anaknya dan Karen Yang, telah menyertai cuti-cuti Kiwi. Destinasi kami kali ini ialah Whakapapa, Mt Ruapehu. Whakapapa merupakan destinasi pelancongan untuk bermain salji di NZ. Kalau ikutkan website dia, Mt Ruapehu adalah tempat bermain salji yang paling best di NZ. Tak tau la sejauh mana kebenaran itu.

Kami berkumpul di stesen minyak Johnsenville pada jam 5 pagi. Rombongan bertolak pada jam 5:30 pagi. Kami sampai di Whakapapa sekitar jam 11:30 pagi. Sepanjang perjalanan, kami berhenti solat subuh, sarapan, isi minyak kereta dan ke tandas.

Tiba sahaja di kaki Mt Ruapehu, sudah kelihatan salji di kiri-kanan kami. Tak sabar rasanya nak bermain salji nie. Walaupun ini bukan kali pertama aku bermain salji, tapi aku tak pernah bermain salji di kawasan pergunungan nie. Dari jauh, macam Gunung Fiji pun ada rupa Mt Ruapehu nie.

Setelah menempuh perjalanan hampir 6 jam nie, segala penat terasa hilang apabila mula menjejakkan kaki atas timbunan salji yang tebal. Cuaca pada hari itu kurang baik kerana hujan renyai turun tetapi tidak menghalang para pengunjung untuk datang bermain. Sepanjang kami di sana, kami berkesempatan berjumpa dengan orang Malaysia yang tinggal di Hamilton, orang Sabah yang bekerja di Auckland dan juga orang Brunei.


Penat bermain salji nie, terutamanya semasa mendaki untuk bermain slide. Anak-anak aku bukan main seronok dapat main salji, terutamanya yang kecil tu. Kami bersama-sama membina snowman untuk dijadikan kenangan bergambar.


Hampir jam 4 petang baru la kami beransur pulang. Tapi kami tidak terus pulang ke rumah, sebaliknya kami bermalam di Wanganui, 2 jam perjalanan dari Whakapapa. Perancangan asal nak bermalam di Whakapapa untuk sambung bermain salji keesokannya. Tetapi semua tempat penginapan telah penuh menyebabkan kami terpaksa menukar perancangan.



Semasa baru sampai. Anak-anak aku semua nampak excited. Yang sulung tu tak berapa sihat hari tu. Asyik muntah dan meragam.

Dah jumpa salji, masing-masing dok sibuk nak pegang. Macam main pasir tepi pantai.



Terbaring keseronokan atas salju putih yang tebal dan sejuk.....





Bersungguh-sungguh anak aku sorang nie nak tolong buat snowman........





Anak aku bersembunyi dalam lubang salji yang telah dikorek.........






Pemandangan dari tempat kami bermain salji. Kelihatan di kaki gunung ramai orang sedang bermain ski.






Perkhidmatan lif ini disediakan bagi pengunjung yang nak naik ke bahagian atas gunung. Disebabkan cuaca tidak baik, perkhidmatan ini ditutup. Nak naik kena bayar. Biasanya yang naik pun orang yang dah biasa main ski. Macam kami nie, kaki gunung pun dah cukup......

No comments:

Post a Comment