August 27, 2009

Sayonara Malaysia.....



Lama dah aku tak update blog aku.........terlalu lama rasanya.....antara sebabnya semasa aku di Malaysia, internet agak terhad disebabkan rumah ayahku tidak ada internet. Aku ada membeli USB wireless broadband, tapi perlu dikawal penggunaannya sebab aku guna prepaid. Dan antara sebab yang paling besar......seperti biasa.....MALAS.......


Sebenarnya aku dah balik semula ke New Zealand pada 7 Ogos yang lepas. Aku mencecah Auckland Airport pada 8 Ogos. Kiranya aku telah berada di bumi Malaysia selama 2 bulan. Terasa masa 2 bulan tu terlalu singkat. Keluarga aku lebih masa di Pulau Pinang disebabkan isteri aku perlu melakukan kerja lab beliau di sana. Tapi dapat jugak kami menghabiskan masa bersama keluarga di Kuala Lumpur. Dapat la wan, atuk, toki, opah, makcik, pakcik dan sepupu melepaskan rindu bersama-sama dengan anak-anak aku nie.


Anak aku yang sulung tu, tak nak balik Malaysia. Masa di Wellington Airport sebelum balik Malaysia tu, asyik dok tanya nak pergi mana nie? Tak boleh jawab balik Malaysia, nanti dia mengamuk. Terpaksa la cakap dia yang kami nie nak pi jalan-jalan. Tapi bila dah seminggu dok kat Malaysia nie, bukan main seronok dia. Terutamanya semasa mandi. Dalam sehari tu asyik mandi jer. 4,5 kali kekadang tu. Ye la.....kat NZ dulu bukan boleh mandi selalu dalam sehari sebab sejuk. Paling kuat pun 2 kali sehari.


Bahagia sungguh bila dapat balik Malaysia nie. Dapat jumpa ahli keluarga, nak keluar rumah pun tak yah nak berstoking, berkasut, berjaket la, berglove la. Pakai apa yang ada jer asalkan menutup aurat. Nak makan pun senang. Pi beli barang kat supermarket pun mudah. Banyak pilihan makanan halal. Rasa diri nie bebas. Masa kat Malaysia nie kami makan sepuasnya mana yang kami tak dapat makan di NZ. Yang paling aku dok cari ialah kerang. Sebab kerang tak dak kat NZ.


Masa kami balik pulak musim durian.........perghhhhh........sebiji sampai 50 sen pun ada.....sedap walaupun murah......sebab dah terlalu banyak.....kalau pi pasar malam tu.....bersepah org jual.....pak dan mak mentua aku pun ada dusun durian. Depa dah simpan siap-siap durian dalam peti ais untuk kami. Yang fresh ada, yang frozen pun ada.


Akibatnya......pada hari aku nak balik ke NZ, adik aku dok tegur kata badan aku dah naik. Dulu masa aku baru sampai, dia kata aku kurus sikit. Itu baru balik 2 bulan, kalau balik terus tak tau la........


Dan sekarang kami semua telah selamat sampai di bumi Kiwi ini. Dan meneruskan kehidupan kami di sini sambil bertemankan suhu yang sejuk dan angin yang dingin.


Sekarang Ramadan muncul kembali. Kami berpuasa untuk kali kedua di bumi NZ ini. Salam Ramadan al-Mubarak daripada kami di bumi NZ ini kepada semua ahli keluarga, rakan sekerja dan sahabat-handai di bumi Malaysia.

No comments:

Post a Comment