December 11, 2009

Takziah

Minggu lepas aku menerima dua SMS dari Malaysia. Satu daripada ayah aku dan satu lagi daripada adik perempuan aku. Isi kandungan kedua-dua SMS tu sama, memaklumkan bahawa kakak arwah mak aku meninggal dunia. Aku biasa memanggil arwah dengan nama Makcik Badar. Makcik Badar menginap di Shah Alam. Dia pandai memasak. Kalau dia masak, memang sedap. Sebab kematian tidak pula dimaklumkan. Salam takziah buat keluarga arwah.


Dulu, adik perempuan aku tu ada hantar SMS memaklumkan bahawa Ustaz Asri, penyanyi utama kumpulan Rabbani meninggal dunia. Lepas tu dia hantar SMS susulan pula yang berbunyi...."hari ini kita dengar orang meninggal dunia, esok lusa orang pula dengar kita meninggal dunia".


Adakah kita telah bersedia untuk mati? Sebab mati ini tidak mengenal usia, masa atau tempat. Bersedia atau tidak, apabila sudah tiba masanya, kita akan mati jua. Jangan fikir yang kita masih muda, banyak masa lagi. Ada juga orang yang tak suka berbicara pasal mati nie. Tapi mati nie hakikat. Memang semua makhluk tak boleh lari daripada mati. Apa yang boleh kita buat ialah memastikan agar kematian kita diredhai oleh Allah. Anda telah bersedia......??????


No comments:

Post a Comment