December 3, 2009

Pindah Lagi..................

Kami berpindah rumah lagi.......sepanjang setahun lebih duduk kat NZ nie, kami telah berpindah sebanyak 3 kali dah. Pindah nie memang memenatkan. Nak bungkus barang lagi, lepas tu nak mengangkat lagi, lepas tu nak unpacked lagi, kemas rumah baru lagi. Jenuh jugak la.

Tapi pengalaman berpindah kat perantauan memang lain sikit la berbanding kat Malaysia. Kat sini, kita kalau boleh memang mahu berjimat semaksimum yang boleh semasa berpindah. Sebab kos kat sini memang terlalu mahal. Biasanya sahabat-sahabat seMalaysia akan turun datang membantu bagi meringankan kerja mengangkat barang. Bagi memudahkan perpindahan barang yang besar, kebiasaannya kami akan menyewa trailer. Trailer sewanya 5 jam $30, kalau sehari $40. Trailer ini akan ditarik oleh kereta yang mempunyai penyambung trailer atau dikenali sebagai towbar. Bukan semua kereta ada towbar. Jadi kena mintak tolong kat kawan yang keretanya ada towbar.

Tapi aku pindah kali ini tak guna trailer. Aku sewa lori 1 tan. Sekali jalan senang, sumbat semua barang dalam lori tu. Bukan setakat sewa lori, malah aku sendiri yang bawa lori tu, jimat sikit kos. Kat Malaysia pun aku tak pernah bawa lori, alih-alih kat NZ nie pulak aku bawa lori. Aku pandu lori bertemankan dengan 2 sahabat. Offer kat depa bawa, depa tak mau pulak.

Rumah baru aku tu besar sikit la daripada rumah lama aku tu. Ada 3 bilik, berbanding rumah lama, 2 bilik. Nombor rumah aku pun semakin naik, rumah pertama satu angka, rumah kedua, dua angka dan rumah baru nie tiga angka lak. Selesa sikit la rumah baru aku berbanding dengan rumah yang lama tu. Parking kereta pun depan pintu rumah. Orang Malaysia pun ramai yang duduk berdekatan dengan rumah kami. Tak sampai 5 minit memandu dah boleh sampai dah rumah mereka. Ada lebih kurang 7 keluarga yang duduk berdekatan dengan rumah kami. Harap semuanya OK di rumah baru ini.





2 comments:

  1. Alhamdulillah dan tahniah dah jadi org Palmee pulak...dah start keje?

    Sham

    ReplyDelete
  2. Belum.....lepas nie kot

    ZD

    ReplyDelete