January 31, 2009

Mengejar bulu angsa.......

Dulu masa kat Pinang, rajin gak main mainan nie. Saje buat keluarkan peluh. Game nyer mudah jer. Kena kejar bulu angsa supaya bulu tu tak jatuh atas kawasan kita. Kita kena jatuhkan bulu angsa tu atas kawasan lawan lak. Tapi pastikan agar bulu tu tak keluar daripada kawasan yang dihadkan dengan garisan putih. Bulu angsa tersebut jugak harus melepasi satu net yang dibentangkan antara dua pihak yang bermain. Pihak yang berjaya mengumpulkan mata yang ditetapkan dikira sebagai pemenang. Nak kata aku pandai main game nie, tak de ler, tapi profesional tu boleh ler........

Game tu aku teruskan jugak di bumi Kiwi nie. Orang Kiwi pun main game nie jugak. Memang dah biasa dah game nie. Alaaaa........game yang aku maksudkan ialah BADMINTON.....

Kat sini, aku masih meneruskan main badminton. Bagi keluarkan peluh-peluh yang dok berkumpul dalam badan nie. Biasa nyer aku main hari Jumaat daripada jam 6:00-8:00 pm. Sempat ker solat Garib.....?????? Sempat beb...jangan risau....sekarang time summer Garib masuk jam 8:45 pm. Masa awai-awai tu jam 9:00 pm. Terang lagi masa tu. Biasa main ngan 3 orang member lagi. Orang Malaysia gak. Takat nie tak pernah main ngan org Kiwi lagi. Mungkin akan datang kot.

Dewan badminton yang biasa aku main terletak lebih kurang 10 minit memandu dari rumah aku. Dewan nyer tak ler secantik mana. Cantik lagi dewan yang biasa aku main kat Penang dulu. Ada 8 court semua nyer. Kami biasa main court nombor 8. Tersembunyi sikit daripada pemandangan umum. Tak mau rahsia gerak-geri dan skill maut kami dilihat orang.





Court nombor 8 yang menjadi pertarungan maut kami.....


Sewa court kat sini mahal gak ler. Sejam $NZ30 bagi bukan ahli, $NZ25 bagi student, $NZ20 bagi ahli. Tapi sebab ada kawan jadi ahli, maka kami bayar sejam $NZ20 jer.

Kaunter kat sini boleh dikatakan serba-serbi ada. Jual raket dan bulu tangkis, baiki tali raket, kasut, baju sukan, seluar sukan, air dan snack. Tempahan boleh dibuat di kaunter atau melalui telefon.








Apa yang menarik tentang dewan badminton ini ialah ia diatur secara komputer. Apabila court ditempah pada jam 4:00-6:00 petang, maka lampu court akan menyala secara automatik pada jam 4:00 petang dan akan padam pada jam 6:00 petang. Oleh sebab itu, dewan tu dibuat segelap yang mungkin supaya pemain tidak dapat meneruskan permainan apabila tempoh booking telah tamat.

Pemain juga boleh datang secara walk-in sekiranya terdapat gelanggang yang kosong. Hanya perlu bayar terus pada kaunter. Dewan dibuka sehingga jam 12:00 malam. Tetapi kaunter ditutup pada jam 6:00 petang. Ini tidak menjadi masalah sekiranya pemain yang menjadi ahli ingin bermain secara walk-in selepas kaunter ditutup. Setiap ahli akan dibekalkan sekeping kad prepaid. Pemain hanya perlu membuat tempahan court dengan menggunakan komputer yang disediakan di tepi gelanggang badminton. Kad perlu discan pada alat scan yang diconnect dengan komputer tersebut dan lampu gelanggang akan menyala apabila tempahan telah selesai dibuat.




Peranggan di atas ada aku menyatakan bahawa dewan dibuka hingga 12 malam, tetapi kaunter ditutup pada jam 6 petang. Habis sape yang akan tutup dan kunci dewan tu. Staf bertugas dah balikkan......Hhhhmmmmmm......mungkin ada yang kata mesti staf depa mai balik nak tutup dan kunci pintu dewan kan......Hhhhmmmmm......salah...,tak betul jawapan tu....Jawapan yang sebenarnya, pemain terakhir yang kena tutup, aktifkan alarm dan kunci pintu dewan tu. Nak kunci just tutup pintu tu, maka pintu akan terkunci. Jadi pemain yang terakhir, lepas main kena semak jadual tempahan pada komputer. Sekiranya tiada tempahan dibuat, maka dia la kena pastikan dewan ditutup. Rasa-rasa boleh diaplikasi benda ni di Malaysia.....??????

January 29, 2009

Ayam di Kaki Mereka....

Masa mula-mula sampai dulu, pelik jugak tengok sesetengah kelakuan orang kat bumi NZ nie. Tapi bila dah lama tu.....dah kira biasa ler.
Antara nyer....ayam di kaki mereka....Mmmmmhhhhh.....Apa maksud tu...maksud nyer ada yang suka berkaki ayam bila berjalan-jalan. Di tengah bandar, dalam shopping kompleks dan merata tempat lagi ler. Time summer nie, lagi senang jumpa orang yang berkaki ayam tengah jalan. Memang depa keluar rumah berkaki ayam. Tak tahu apa sebab nyer. Mungkin nak bagi kaki rasa kehangatan kot. Nanti ler....kalau sempat aku snap dan post gambar kat sini.
Lagi satu, orang kat sini suka berjoging. Tak kira masa, musim dan tempat. Kita boleh nampak orang berjoging daripada pagi hingga malam. Masa musim winter pun depa dok joging jugak. Time summer nie lagi ler banyak yang berjoging. Dan depa nie berjoging bukan kat taman jer....tengah bandar dan pekan pun depa dok berjoging. Bukan perkara asing bagi mereka nie. Ada siap yang habaq cakap time rehat lunch keja sejam tu pun ada pi bantai joging jugak....Nak jaga kesihatan kot..
Joging..joging jugak....tapi kebanyakan orang kat sini kuat merokok ler...tak kira lelaki atau perempuan....rata-rata dok merokok jer.....perempuan tak kira muda atau tua....kebanyakan nyer merokok....Kat kotak rokok depa, dok letak kempen jangan merokok siap ada gambar kesan merokok macam di Singapore tu...Lagi satu kat sini ada jugak budaya rokok gulung tu. Boleh dikatakan rokok gulung jual kat semua kedai ler....senang jumpa.
Ganja lak tak jadi jenayah berat kat sini. Sembang dengan sorang mamat Kiwi tu, dia kata ganja kat sini kalau kena tangkap setakat pukul tangan jer. Kira hukuman nyer ringan ler. Lepas tu dia dok tanya kat aku....merokok tak....sori beb....seumur hidup aku tak pernah merokok...dia kata bagus tu....sambil dia menghembuskan asap rokok....siap bagi nasihat jangan isap rokok....lepas tu dia tanya pernah hisap ganja.....lagi ler tak pernah aku jawab....mamat Kiwi nie lalok ker apa..Lepas tu dia siap bagi nasihat....sekali-sekali kita kena pi hisap ganja......Siap cakap dalam kereta dia sekarang nie pun ada ganja...Gila ker apa mamat Kiwi sekor nie....Aku buat tak layan jer......Nak cuba perosakkan bangsa orang lain ler tu.....Tak payah......hang pi rosak sorang-sorang dah......Jauhilah diri daripada rokok dan ganja.....Jangan rosakkan diri anda sendiri.....Pesanan penaja dari Wellington....

Idolaku.......

Semalam 28 Januari merupakan tarikh istimewa untuk seseorang. Tarikh berikut adalah tarikh harijadi ayah aku sebenarnya. Harijadi yang ke-60 tahun. Dah menjangkau lebih separuh abad dah ayah aku.

Kali nie sempena harijadi beliau yang ke-60 tahun nie, aku nak ceritakan serba sedikit pasai ayah aku nie. Semua orang, pasti bangga dengan ayah masing-masing, betul tak. Begitu jugak aku. Betapa bangga nyer aku ada ayah macam ayah aku nie. Apa punya ayat tah aku buat nie.

Ayah aku dilahirkan di Dungun, Terengganu pada 28 Januari 1949. Dilahirkan dalam keluarga nelayan. Dengan adik-beradik seramai 12 orang, kalau tak silap aku ler. Tapi 2 orang meninggal semasa dilahirkan. Sejak kecil lagi, ayah aku sudah menunjukkan sikap suka membaca dan belajar. Semasa di sekolah rendah, dia paling suka cikgu yang garang. Pernah dia mendapat cikgu kelas yang lembut, tak garang, lalu dia enggan ke sekolah hingga dipaksa oleh toki (atuk dalam bahasa Ganu). Tapi kalau kita ler, cikgu garang lagi banyak alasan tak nak pi sekolah, betoi tak.

Masa ayah aku belajar, sistem lompat kelas masih dipraktiskan lagi. Jadi ayah aku nie kerap lompat kelas. Sebab tu kebanyakan classmate dia semuanyer senior dia. Dia ambik SRP (aku tak tau lak apa nama exam masa tu) semasa umur 13 tahun, dan SPM (nama lain masa tu) semasa umur 15 tahun. Kemudian beliau ambik dilpoma dalam bidang Business Study di ITM Petaling Jaya. Sekarang dah tak de kot. Habis belajar kat ITM, dalam umur 18 tahun. Lepas keluar ITM, susah cari keja sebab muda sangat. Orang tak nak ambik. Jadi ayah aku pun kerja mula daripada bawah hingga ler menjawat jawatan pengurus di sebuah bank.

Walaupun ayah aku kira kuat study, tapi dia jugak aktif orang nyer. Bukan jenis ngadap buku jer. Beliau ahli gimnastik. Pernah buat aksi lompat dalam gelung berapi. Ahli kelab bina badan. Ahli pertahanan diri, tak silap aku silat kot. Dan jugak pernah mempunyai kumpulan muzik sendiri. Beliau merupakan penyanyi utama. Pernah masuk dalam URTV ler time tu.

Semasa bekerja, beliau telah melanjutkan pelajaran beliau dalam bidang Master of Business Administration yang ditaja sepenuhnya oleh Britsih Council di Glasgow University, Scotland selama setahun. Dapat ler kami sekeluarga pi merasa duduk negara omputih. Beliau melanjutkan pelajaran beliau daripada diploma terus ke master tanpa ada ijazah sarjana muda pun.

Kini beliau telah pun pencen. Kesemua lima anak nyer lulus universiti, alhamdulillah......Yang sulung, UiTM bidang Business Study, yang kedua, University of Manchester Institute of Science and Technology bidang kejuruteraan elektrik, yang ketiga, Universiti Sains Malaysia, bidang teknologi industri, yang keempat, Universiti Kebangsaan Malaysia, bidang audiologi dan yang bongsu, Universiti Kebangsaan Malaysia, bidang oleokimia. Semuanya hasil didikan dan kasih sayang yang diberikan oleh ayah dan arwah mak aku.

Apa yang lebih best,...ayah aku sekarang di New Zealand. Jalan-jalan makan angin sambil melawat anak, menantu dan cucu-cucu beliau. Beliau sampai di NZ pada 24 Januari dan akan balik pada 10 Februari. Selamat Harijadi ke-60. Terima kasih atas segala tunjuk ajar, didikan, kasih sayang dan perhatian yang diberikan selama aku hidup di atas muka bumi nie. Kaulah idolaku......

January 21, 2009

Kiwi..oh...Kiwi....

Sebelum aku melalut lebih lanjut dalam blog ini, lebih baik aku buat sedikit penerangan tentang New Zealand nie. Sesape yang dah tau tu, tak pe kan untuk terus membaca. Memantapkan lagi ilmu yang sedia ada. Mana yang tak tau tu, sebagai penambahan sedikit ilmu daripada khazanah ilmu yang amat luas tu.
Apa yang aku nak cerita kat sini ialah pasal nama Kiwi. Tentu semua orang dah tau apa itu kiwi bukan. Di New Zealand nie, kiwi membawa beberapa maksud. Pertama,burung kiwi yang merupakan burung nasional bagi New Zealand. Burung yang hampir pupus dan hanya boleh dijumpai di New Zealand. Kedua, buah kiwi yang isi nyer warna hijau tu. Yang sedap untuk dimakan dan diminum apabila dibuat jus.
Ketiga, Kiwi dirujukkan kepada orang putih New Zealand. Kat sini, depa dipanggil Kiwi, atau pun New Zealander. Ikut sejarah, asal-usul mat salleh kat sini dari Eropah. Dipercayai orang pertama yang sampai di New Zealand nie ialah orang Maori yang berasal daripada kepulauan Pasifik.
Orang Eropah pertama yang menemui New Zealand ialah Abel Tasman, orang Belanda, yang datang dengan dua buah kapal ada tahun 1642. Tapi Tasman tidak menjejakkan kaki di bumi New Zealand. Dia hanya berlabuh dipesisir pantai sahaja. Rombongan kapalnya telah diserang oleh orang Maori dan 4 krew kapal Tasman telah mati dalam serangan tersebut. Ini menyebabkan rombongan kapal tersebut lari meninggalkan New Zealand. Pada tahun 1769, pengembara dari England, James Cook, telah menemui dan mendarat di New Zealand. Kemudian orang putih mula membanjiri bumi New Zealand selepas itu.
Semasa itu, orang Eropah tidak dipanggil Kiwi lagi. Mereka dipanggil Pakeha. Dikhabarkan nama Kiwi ini mula dilabelkan pada mat salleh New Zealand semasa Perang Dunia Kedua. Dan gelaran Kiwi itu kini menjadi penerimaan umum.
Apa-apa pun, yang aku tau masa sekolah dulu, aku mesti nak kiwikan kasut aku lepas kasut sekolah aku kering dibasuhkan........Betul tak......

January 20, 2009

Happy Anniversary.....!!!!!!

Salam sejahtera buat ahli keluarga, teman, rakan sepejabat dan pembaca blog yang lain. Terpaksa berpindah host yang baru sebab host blog yang lama macam tak best.
Tengok tajuk di atas, mesti pembaca mengaitkan hari ulangtahun perkahwinan kami berdua....ohhh....bukan...bukan bulan Januari kami disatukan, bulan yang lain.....
Sebenarnya 19 Januari 2009, merupakan cuti umum bagi Wellington kerana menyambut Anniversary Day, iaitu cuti umum yang pada dasarnya meraikan penempatan awal masyarakat di New Zealand. Lebih kurang macam Hari Wilayah ler, iaitu penubuhan Wilayah Persekutuan.
Cuma setiap bandar, tarikh Anniversary Day nyer adalah berbeza-beza, bergantung pada bila sesuatu bandar itu ditubuhkan. Macam Auckland pada 18 September, Taranaki pada 31 Mac, Nelson pada 1 Februari dan Otago pada 23 Mac.
Sebenarnya, mengikut sejarah tarikh Anniversary Day bagi Wellington adalah pada 22 Januari, meraikan ketibaan imigran pertama di Petone pada tahun 1842. Tetapi setiap tahun tarikh sambutan Anniversary Day di Wellington berubah-ubah supaya cuti umum tersebut dapat disekalikan dengan cuti hujung minggu, agar menjadi 3 hari cuti. Kalau kat Penang dulu, cuti Keputeraan TYT Pulau Pinang, setiap tahun hari Sabtu, tak nak bagi orang cuti lebih. Sebab orang Malaysiakan kuat bekerja.....