August 30, 2009

Seronoknya.......

Pada 21 Ogos yang lepas, anak aku yang kedua tu dah mulakan sesi tadikanya. Sepatutnya dia masuk pada 19 Ogos tetapi disebabkan hari tu kami ada urusan, terpaksa la dia masuk lambat sikit.

Di sini, kanak-kanak berusia 3 tahun akan memulakan sesi tadika. Dan apabila meningkat umur 5 tahun akan memulakan sesi persekolahan. Kiranya agak awal gak la berbanding dengan di Malaysia.
Tadika di sini agak berbeza dengan di Malaysia. Kanak-kanak yang masuk tadika tidak akan ditekankan belajar secara serius. Tetapi mereka disediakan pelbagai jenis mainan. Kanak-kanak digalakkan menerokai minat mereka sendiri. Jadi mereka belajar melalui permainan yang ada.

Anak aku tu bukan main seronok nak pi tadika. Malam sebelum nak pi tu, dok habaq kat dia yang esok dia akan pi tadika. Bukan main seronok dia. Dia pegi tadika hanya dua hari sahaja dalam seminggu, hari Rabu dan Jumaat daripada jam 8:30 pagi hingga 12:40 tengah hari. Nanti bila umur dia meningkat 4 tahun, dia akan menghadiri tadika pada hari Isnin, Selasa dan Khamis daripada jam 8:30 pagi hingga 2:30 petang.

Aku tak sempat ambik banyak gambar semasa dia di tadika. Hari tu lupa bawak kamera, dah bawa, bateri lak kong. Aku letak beberapa gambar yang sempat dirakam menggunakan handset aku dan kamera sebelum baterinya total kong. Nanti lepas nie kalau sempat aku letak aksi anak aku tu semasa dia di kindy......







Hari pertama ke kindy......sambil ditemani oleh abangnya......




Whiteboard di luar pintu kindy mengalukan kemasukan anak aku pada hari pertamanya.....




Anak aku seronok sakan di luar pintu pagar kindynya.......










August 28, 2009

Gegaran.........

Semalam.....masa aku tengah tidur......menantikan handset aku berbunyi menandakan waktu untuk bangkit sahuq.......tetiba aku terjaga......sekitar jam 1:45 pagi kalau tak silap aku......kalau silap harap maafkan yek......
Aku terjaga sebab terdengar satu bunyi.......macam bunyi angin yang bertiup kencang .......dan juga macam satu bunyi gelombang.......


Tetiba ja almari dan bilik aku bergoyang.....bergegar......kurang daripada 4 saat rasanya......terlupa nak ambik bacaan masa.....

Rupanya berlaku sedikit gempa bumi........Teringat pulak aku kat ayah aku masa dia datang melawat hari tu......Selepas ayah aku balik dari lawatan ke Te Papa (Muzium Wellington), dia mendapat info bahawa tidak ada satu tempat di New Zealand ini yang selamat daripada bencana gempa bumi.......

Dan aku juga ada mendengar daripada teman aku di sini bahawa NZ tengah menantikan bencana gempa bumi yang dashyat yang dijangka akan berlaku bila-bila masa dalam tempoh sekarang hingga 50 tahun. Kalau ikutkan sejarah pun banyak kejadian gempa bumi yang berlaku di sini yang telah meragut banyak nyawa. Kejadian gempa kecil-kecilan nie sebenarnya kerap berlaku di sini. Cuma ini baru kali pertama aku merasa sepanjang aku duduk di sini.

Dulu masa aku dok kat flat di Penang pun aku ada gak rasa tempias gegaran gempa bumi di negara jiran. Bergegar gak rumah aku masa tu, masa tu tinggal di tingkat 9. Kami baru nak masuk tido.....tetiba jer bergegar barang dalam rumah tu......Apa lagi, kami pun capai mana yang penting, terus turun ikut tangga sampai ke bawah....Kejadian tu berlaku 2 bulan selepas berlakunya kejadian tsunami di Acheh......

Kekadang terdetik gak kat hati aku nak merasa gempa bumi yang sebenar......tapi takde la yang dahsyat sampai mencederakan atau mengorbankan orang ramai........Aku berharap agar kejadian gempa yang dashyat itu tidak berlaku semasa kami masih di bumi kiwi ini. Amin.............

August 27, 2009

Putih Bak Salji.......





Pada 15 Ogos yang lepas, kami bersama dengan Khairul sekeluarga, Nik sekeluarga, Mehraj bersama seorang anaknya dan Karen Yang, telah menyertai cuti-cuti Kiwi. Destinasi kami kali ini ialah Whakapapa, Mt Ruapehu. Whakapapa merupakan destinasi pelancongan untuk bermain salji di NZ. Kalau ikutkan website dia, Mt Ruapehu adalah tempat bermain salji yang paling best di NZ. Tak tau la sejauh mana kebenaran itu.

Kami berkumpul di stesen minyak Johnsenville pada jam 5 pagi. Rombongan bertolak pada jam 5:30 pagi. Kami sampai di Whakapapa sekitar jam 11:30 pagi. Sepanjang perjalanan, kami berhenti solat subuh, sarapan, isi minyak kereta dan ke tandas.

Tiba sahaja di kaki Mt Ruapehu, sudah kelihatan salji di kiri-kanan kami. Tak sabar rasanya nak bermain salji nie. Walaupun ini bukan kali pertama aku bermain salji, tapi aku tak pernah bermain salji di kawasan pergunungan nie. Dari jauh, macam Gunung Fiji pun ada rupa Mt Ruapehu nie.

Setelah menempuh perjalanan hampir 6 jam nie, segala penat terasa hilang apabila mula menjejakkan kaki atas timbunan salji yang tebal. Cuaca pada hari itu kurang baik kerana hujan renyai turun tetapi tidak menghalang para pengunjung untuk datang bermain. Sepanjang kami di sana, kami berkesempatan berjumpa dengan orang Malaysia yang tinggal di Hamilton, orang Sabah yang bekerja di Auckland dan juga orang Brunei.


Penat bermain salji nie, terutamanya semasa mendaki untuk bermain slide. Anak-anak aku bukan main seronok dapat main salji, terutamanya yang kecil tu. Kami bersama-sama membina snowman untuk dijadikan kenangan bergambar.


Hampir jam 4 petang baru la kami beransur pulang. Tapi kami tidak terus pulang ke rumah, sebaliknya kami bermalam di Wanganui, 2 jam perjalanan dari Whakapapa. Perancangan asal nak bermalam di Whakapapa untuk sambung bermain salji keesokannya. Tetapi semua tempat penginapan telah penuh menyebabkan kami terpaksa menukar perancangan.



Semasa baru sampai. Anak-anak aku semua nampak excited. Yang sulung tu tak berapa sihat hari tu. Asyik muntah dan meragam.

Dah jumpa salji, masing-masing dok sibuk nak pegang. Macam main pasir tepi pantai.



Terbaring keseronokan atas salju putih yang tebal dan sejuk.....





Bersungguh-sungguh anak aku sorang nie nak tolong buat snowman........





Anak aku bersembunyi dalam lubang salji yang telah dikorek.........






Pemandangan dari tempat kami bermain salji. Kelihatan di kaki gunung ramai orang sedang bermain ski.






Perkhidmatan lif ini disediakan bagi pengunjung yang nak naik ke bahagian atas gunung. Disebabkan cuaca tidak baik, perkhidmatan ini ditutup. Nak naik kena bayar. Biasanya yang naik pun orang yang dah biasa main ski. Macam kami nie, kaki gunung pun dah cukup......

Sayonara Malaysia.....



Lama dah aku tak update blog aku.........terlalu lama rasanya.....antara sebabnya semasa aku di Malaysia, internet agak terhad disebabkan rumah ayahku tidak ada internet. Aku ada membeli USB wireless broadband, tapi perlu dikawal penggunaannya sebab aku guna prepaid. Dan antara sebab yang paling besar......seperti biasa.....MALAS.......


Sebenarnya aku dah balik semula ke New Zealand pada 7 Ogos yang lepas. Aku mencecah Auckland Airport pada 8 Ogos. Kiranya aku telah berada di bumi Malaysia selama 2 bulan. Terasa masa 2 bulan tu terlalu singkat. Keluarga aku lebih masa di Pulau Pinang disebabkan isteri aku perlu melakukan kerja lab beliau di sana. Tapi dapat jugak kami menghabiskan masa bersama keluarga di Kuala Lumpur. Dapat la wan, atuk, toki, opah, makcik, pakcik dan sepupu melepaskan rindu bersama-sama dengan anak-anak aku nie.


Anak aku yang sulung tu, tak nak balik Malaysia. Masa di Wellington Airport sebelum balik Malaysia tu, asyik dok tanya nak pergi mana nie? Tak boleh jawab balik Malaysia, nanti dia mengamuk. Terpaksa la cakap dia yang kami nie nak pi jalan-jalan. Tapi bila dah seminggu dok kat Malaysia nie, bukan main seronok dia. Terutamanya semasa mandi. Dalam sehari tu asyik mandi jer. 4,5 kali kekadang tu. Ye la.....kat NZ dulu bukan boleh mandi selalu dalam sehari sebab sejuk. Paling kuat pun 2 kali sehari.


Bahagia sungguh bila dapat balik Malaysia nie. Dapat jumpa ahli keluarga, nak keluar rumah pun tak yah nak berstoking, berkasut, berjaket la, berglove la. Pakai apa yang ada jer asalkan menutup aurat. Nak makan pun senang. Pi beli barang kat supermarket pun mudah. Banyak pilihan makanan halal. Rasa diri nie bebas. Masa kat Malaysia nie kami makan sepuasnya mana yang kami tak dapat makan di NZ. Yang paling aku dok cari ialah kerang. Sebab kerang tak dak kat NZ.


Masa kami balik pulak musim durian.........perghhhhh........sebiji sampai 50 sen pun ada.....sedap walaupun murah......sebab dah terlalu banyak.....kalau pi pasar malam tu.....bersepah org jual.....pak dan mak mentua aku pun ada dusun durian. Depa dah simpan siap-siap durian dalam peti ais untuk kami. Yang fresh ada, yang frozen pun ada.


Akibatnya......pada hari aku nak balik ke NZ, adik aku dok tegur kata badan aku dah naik. Dulu masa aku baru sampai, dia kata aku kurus sikit. Itu baru balik 2 bulan, kalau balik terus tak tau la........


Dan sekarang kami semua telah selamat sampai di bumi Kiwi ini. Dan meneruskan kehidupan kami di sini sambil bertemankan suhu yang sejuk dan angin yang dingin.


Sekarang Ramadan muncul kembali. Kami berpuasa untuk kali kedua di bumi NZ ini. Salam Ramadan al-Mubarak daripada kami di bumi NZ ini kepada semua ahli keluarga, rakan sekerja dan sahabat-handai di bumi Malaysia.