March 4, 2010

Jalan ke kanan..............

Semalam berita mengenai perubahan terhadap sistem pemanduan di NZ heboh diperkatakan. Kerajaan NZ sedang mencadangkan agar sistem memberikan laluan kepada pihak ke kanan akan digantikan dengan sistem memberikan laluan kepada pihak ke kiri, sama seperti negara-negara lain termasuklah Malaysia.


Bagi yang tak paham, saya bagi contoh. Sekiranya kita sedang memandu, dan kita tiba di sebuah simpang empat. Ada kereta di lorong hadapan kita. Kita nak belok ke lorong kanan, manakala kereta di hadapan kita tadi pun nak belok ke lorong yang sama. Kalau ikut undang-undang NZ, keutamaan diberikan kepada kita sebab kita nak belok ke kanan, tetapi kereta di depan kita nak belok ke arah kiri beliau. Rasa pelik tak, orang yang jauh dari simpang tu yang kena masuk dulu, tapi kereta yang dah dekat dengan simpang tu kena tunggu dulu pulak.


Antara alasan kerajaan ialah undang-undang ini telah menyebabkan berlakunya banyak kemalangan termasuklah kemalangan maut. Terutamanya sekiranya pemandu adalah dari negara lain. Yang lagi kelakarnya, rupa-rupanya NZ satu-satunya negara yang mengamalkan sistem pemanduan seperti ini. NZ mula mengamalkan sistem ini sejak tahun 1977. Pihak Automobile Association NZ sendiri mengatakan undang-undang ini adalah the "ridiculous" give-way rules.

No comments:

Post a Comment