March 17, 2010

Sejuk Dah......

Sekarang cuaca sudah semakin sejuk. Musim panas sudah lama mengucapkan selamat tinggal. Musim luruh pulak menjengukkan mukanya. Menandakan hari semakin lama semakin sejuk sebagai persediaan menyambut ketibaan musim sejuk. Malam makin lama makin panjang dan siang semakin pendek. Kalau dulu hujan tak berapa sejuk, sekarang pasti menggigil sekiranya tanpa litupan pemanas badan.

Tetapi sekali-sekala, sang mentari mendominasi hari, bolehlah aku keluar rumah dengan sehelai baju. Munculnya musim sejuk nie, bermakna penggunaan air panas menjadi semakin ketara. Kalau musim panas dulu, sekali-sekala aku mandi gak dengan air sejuk. Basuh pinggan memang jarang guna air panas.

Heater dan dehumidifier sekarang dah jadi peneman sejati. Kalau dulu, sentuh pun tak mahu. Dengan semua perkara ini, menandakan bil elektrik dan gas rumah aku pasti akan meningkat selepas ini. Memang setiap kali musim sejuk muncul, bil akan melambung-lambung naik. Biasanya mesti lebih $250 sebulan. Member aku pernah 3 bulan berturut-turut bil elektrik $400 sebulan. Saat ini, aku pasti rindukan kehangatan dan kepanasan di Malaysia.

No comments:

Post a Comment