March 17, 2010

Sejuk Dah......

Sekarang cuaca sudah semakin sejuk. Musim panas sudah lama mengucapkan selamat tinggal. Musim luruh pulak menjengukkan mukanya. Menandakan hari semakin lama semakin sejuk sebagai persediaan menyambut ketibaan musim sejuk. Malam makin lama makin panjang dan siang semakin pendek. Kalau dulu hujan tak berapa sejuk, sekarang pasti menggigil sekiranya tanpa litupan pemanas badan.

Tetapi sekali-sekala, sang mentari mendominasi hari, bolehlah aku keluar rumah dengan sehelai baju. Munculnya musim sejuk nie, bermakna penggunaan air panas menjadi semakin ketara. Kalau musim panas dulu, sekali-sekala aku mandi gak dengan air sejuk. Basuh pinggan memang jarang guna air panas.

Heater dan dehumidifier sekarang dah jadi peneman sejati. Kalau dulu, sentuh pun tak mahu. Dengan semua perkara ini, menandakan bil elektrik dan gas rumah aku pasti akan meningkat selepas ini. Memang setiap kali musim sejuk muncul, bil akan melambung-lambung naik. Biasanya mesti lebih $250 sebulan. Member aku pernah 3 bulan berturut-turut bil elektrik $400 sebulan. Saat ini, aku pasti rindukan kehangatan dan kepanasan di Malaysia.

March 10, 2010

Hollywood, Bollywood......Wellywood....??????

Pihak Wellington International Airport telah bercadang untuk meletakkan sebuah papan tanda ala-ala Hollywood, yang tertulis "Wellywood". Cadangan ini timbul sebagai penghargaan kepada Peter Jackson,Weta Workshop dan juga kejayaan berterusan indsutri filem tempatan di persada antarabangsa. Papan tanda "Wellywood" ini akan diletakkan di atas bukit Miramar berhampiran dengan airport. Ia juga terletak berhampiran dengan jeti yang mempunyai sebuah kapal buruk yang telah digunakan dalam filem King Kong arahan Peter Jackson.


Mengikut perancangan, papan tanda tersbut akan mengikut sebijik macam Hollywood punya papan tanda. Papan tanda ini akan jelas kelihatan oleh sesiapa sahaja yang tiba di Wellington melalui kapal terbang.


Setiap tahun, dianggarakan sebanyak $285 juta disuntik secara langsung ke dalam ekonomi Wellington oleh indsutri filem. Di Miramar sahaja, terdapat 7 syarikat yang berkaitan dengan perfileman.

March 9, 2010

Ragbi Sentuh

Di sekolah anak aku nie, pada setiap term, akan diadakan beberapa jenis sukan. Conothnya pada term pertama nie, ada sukan kriket, ragbi, softball, hoki dan polo air. Jadi pada mana-mana pelajar yang nak masukkan, kena daftar cepat-cepat sebab tempat adalah limited. Pihak sekolah tidak mewajibkan pelajar terlibat. Sapa yang berminat bolehlah join.


Jadi sebagai salah satu aktiviti riadah dan juga mendedahkan anak aku kepada dunia sukan, aku telah mendaftarkan anak aku untuk bermain sukan ragbi. Baru umur 5 tahun lebih dah main ragbi ke? Aku sendiri tak tahu main ragbi nie. Sebenarnya sukan ragbi nie adalah sukan touch rugby. Tak de main tackle-tackle macam All Blacks main tu. Memang dibuat khas untuk pendedahan awal bagi bermain ragbi. Jadi dalam permainan nie, tackle telah digantikan dengan touch. Padang pun guna padang kecik jer.



Apa yang menarik, sapa-sapa yang berjaya mendaftar untuk bermain sukan, maka akan secara automatik akan mewakili sekolah. Takde sesi pemiliha. Memang depa buat acara sukan nie nak bagi pendedahan kepada para pelajar. Anak aku yang langsung tak pernah main ragbi dan memang takde skill tu pun kena main sebab aku yang pi daftar.


Jadi setiap hari Jumaat pada jam 4:30 petang, akan diadakan sesi perlawanan dengan pihak sekolah lain. Berkumpulah semua sekolah di daerah ini di satu padang yang telah ditetapkan. Anak aku tu tak suka main ragbi. Tapi kebanyakan anak-anak muda di sini memang suka main ragbi terutamanya anak orang Maori. Dah memang suka tradisi depakan.









Zahidi bersama dengan rakan sepasukan dari Malaysia, Najmin. Kelihatan adik Zahidi, Humaidi tumpang sekaki nak bergambar.








Mendengar taklimat daripada jurulatih.



Sesi memanaskan badan sebelum perlawanan bermula.







Sesi perlawanan baru hendak bermula. Pasukan lawan memakai baju berwarna kuning.




Masing-masing dok nak berebut bola.





March 4, 2010

Jalan ke kanan..............

Semalam berita mengenai perubahan terhadap sistem pemanduan di NZ heboh diperkatakan. Kerajaan NZ sedang mencadangkan agar sistem memberikan laluan kepada pihak ke kanan akan digantikan dengan sistem memberikan laluan kepada pihak ke kiri, sama seperti negara-negara lain termasuklah Malaysia.


Bagi yang tak paham, saya bagi contoh. Sekiranya kita sedang memandu, dan kita tiba di sebuah simpang empat. Ada kereta di lorong hadapan kita. Kita nak belok ke lorong kanan, manakala kereta di hadapan kita tadi pun nak belok ke lorong yang sama. Kalau ikut undang-undang NZ, keutamaan diberikan kepada kita sebab kita nak belok ke kanan, tetapi kereta di depan kita nak belok ke arah kiri beliau. Rasa pelik tak, orang yang jauh dari simpang tu yang kena masuk dulu, tapi kereta yang dah dekat dengan simpang tu kena tunggu dulu pulak.


Antara alasan kerajaan ialah undang-undang ini telah menyebabkan berlakunya banyak kemalangan termasuklah kemalangan maut. Terutamanya sekiranya pemandu adalah dari negara lain. Yang lagi kelakarnya, rupa-rupanya NZ satu-satunya negara yang mengamalkan sistem pemanduan seperti ini. NZ mula mengamalkan sistem ini sejak tahun 1977. Pihak Automobile Association NZ sendiri mengatakan undang-undang ini adalah the "ridiculous" give-way rules.

March 1, 2010

Anak Hamas

Pada minggu lepas, satu akhbar nasional telah menerbitkan satu laporan tentang sebuah buku. Buku tersebut bertajuk Son of Hamas yang telah ditulis sendiri oleh salah seorang pengasas Hamas. Buku tersebut berkisarkan tentang kehidupannya sebagai seorang pengintip (atau lebih glamer dikenali sebagai spy) kepada Israel.


Nama dia ialah Mosab Hassan Yousef, anak kepada Sheikh Hassan Yousef. Mosab telah berkhdimat sebagai spy Israel lebih daripada 10 tahun. Dia kena tangkap oleh pihak Israel pada tahun 1996 dan dalam tempoh setahun telah dilatih oleh Israel's internal security service atau lebih dikenali sebagai Shin Bet. Sejak itu dia telah menjadi spy Israel. Bukan itu sahaja, malahan dia juga telah menukar agama daripada Islam ke Kristian.


Mosab ini dikatakan telah banyak membantu dalam menggagalkan misi pengebom berani mati. Nama kodnya ialah Green Prince. Dia dikatakan melakukan perkara ini bukan kerana duit, but he did things he believed in. He wanted to save lives. Ayah si Mosab ini sekarang masih di dalam penjara Israel. Dan sekarang si Green Prince ini, yang berumur 32 tahun, sekarang menetap di California.


Sedih betoi baca pasai cerita ini. Semoga Allah bagi hidayah kepada mamat ini dan terbuka hatinya semula untuk menganut agama Islam. Niat dia bagus, kononnya nak selamatkan orang, tapi dia sendiri tidak menyelamatkan dirinya sendiri di akhirat kelak.