January 15, 2011

A South Trip 5



Pagi-pagi selepas bersarapan, kami meninggalkan rumah teman yang sudi menumpangkan kami tidur untuk 2 malam. Terima kasih banyak-banyak kpd tuan atas kesudian menerima kehadiran kami. Kalau datang ke pulau utara, jangan lupa singgah di rumah kami nanti......

Destinasi kami pada pagi itu ialah melawat kilang coklat Cadbury atau lebih dikenali sebagai Cadbury World, satu-satunya kilang Cadbury di NZ. Anak-anak aku daripada semalam dok bising nak melawat Cadbury World nie. Maklumlah coklat dan kanak-kanak, tidak dapat dipisahkan.

Untuk melawat kilang Cadbury nie, perlu dibuat tempahan dahulu dan dikenakan bayaran. Kami sebelum pergi Dunedin dah booking siap-siap dah. Kamera tidak dibenarkan dibawa semasa sesi lawatan di dalam kilang. Jadi tak dapat ler aku tunjukkan keadaan di dalam kilang Cadbury tu.

Kumpulan lawatan kami lebih kurang 20 orang, tetapi kami sahaja orang Asia. Yang lain mat salleh dari beberapa negara. Lawatan kami dibawa oleh seorang staf Cadbury. Diawal sesi lawatan kami dah diberi beberapa bungkus coklat. Dan sepanjang sesi lawatan juga semasa penerangan diberikan pun kami diberikan coklat. Sapa yang dapat jawab soalan pun akan diberikan lagi coklat.

Kilang Cadbury nie menggunakan tiga bahan mentah utama iaitu gula yang dari Queensland, Australia, susu dari Central Otago, New Zealand dan buah koko dari Malaysia dan Ghana, Fuhhhh......bangga kejap sebab jenama terkenal menggunakan hasil bumi kita.

Boleh dikatakan sepanjang sesi lawatan tu memang agak panas ler. Sebab depa perlu mengekalkan suhu panas supaya coklat sentiasa dalam keadaan cair semasa disalurkan menggunakan batang paip. Antara sesi yang menarik ialah apabila satu tan coklat cair dilepaskan dari sebuah bekas yang tinggi dan menghasilkan air terjun coklat.

Habis sesi lawatan, kami pun beli ler cenderamata sikit dan menghabiskan coklat-coklat tadi.







Sekarang, perjalanan kami menuju ke Christchurch yang akan mengambil masa lebih kurang 5 jam. Sepanjang perjalanan ke Christchurch, kami singgah di beberapa tempat yang menarik. persinggahan pertama kami ialah Shag Point, yang terkenal dengan seal dan penguin. Memang terdapat banyak seal sedang bergelempangan di atas batu, kebanyakannya sedang ketiduran.







Persinggahan kedua pula ialah Moeraki Boulders yang terkenal dengan batu-batu bulat di tepi pantai. Biasa kita nampak batu bulat kat sungaikan, tapi yang nie kat tepi pantai. Banyak jugak ler, besar-besar pulak tu. Tengok macam rupa telur dinosaur pun ada. Sesuai dilawati semasa air surut.







Persinggahan kami yang ketiga pula ialah bandar Oamaru yang terkenal dengan batu putihnya yang digunakan dalam binaan bangunan. Batu Oamaru ini masih lagi digunakan sehingga ke hari ini. Bandar lama Oamaru ini memang cantik kerana hampir kesemua bangunannya menggunakan batu Oamaru. Rasa macam bandar kat Rome pun ada.










Kami sampai di Christchurch dah hampir gelap. Perjalanan yang panjang dan memenatkan. Malam nie kena tidur cukup-cukup sebab besok nak pusing bandar Christchurch pulak.




1 comment:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    RIKO ADRYANSYAH

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
    E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com

    Wassalam

    ReplyDelete