January 25, 2011

A South Trip 7


Memandangkan penerbangan kami agak lewat pada hari itu, jadi selepas check-out dari motel, kami mengambil kesempatan untuk berjalan sekitar bandar Christchurch. Kali ini kami pergi ke Canterbury Museum. Kalau ikutkan ukiran tulisan pada bangunan, muzium ini dibina pada tahun 1870. Terdapat pelbagai pameran di dalam muzium ini dan sungguh berinfomartik. Antara fakta yang menarik perhatian aku ialah Christchurch pernah dilanda jerebu yang teruk antara tahun 1920 ke 1930, aku tak berapa ingat tahun yang tepat. Jerebu yang tebal sehinggakan lampu-lampu jalan raya terpaksa dinyalakan di siang hari. Jadi majlis perbandaran terpaksa mengambil langkah yang drastik bagi mengatasi masalah ini. Rupanya depa dulu tercemar sebelum kita.

Habis melawat Canterbury Museum, kami naik tram pusing bandar Christchurch. Kemudian hantar kereta sewa ke pejabat kereta sewa, dan terus pergi ke lapangan terbang untuk balik ke rumah. Itulah kisah perjalanan kami ke Pulau Selatan New Zealand. Penat memang penat, tapi puas hati. Kalau ada rezeki lebih, boleh turun lagi, terutamanya ke Queenstown.







Inilah rupa burung Royal Albatros. Besar betul burung nie. Banyak terdapat di Otago Peninsula. Yang nie dah diawetkan.

No comments:

Post a Comment