January 23, 2011

A South Trip 6

Macam biasa, pagi-pagi selepas breakfast, kami memulakan makan angin kami di sekitar bandar Christchurch. Destinasi pertama kami ialah aktiviti punting. Punting, kata nama asalnya ialah punt, aku petik maksud punt daripada Wikipedia....." A punt is a flat-bottomed boat with a square-cut bow, designed for use in small rivers or other shallow water. Punting refers to boating in a punt.The punter generally propels the punt by pushing against the river bed with a pole.....".


Aktiviti punting nie dilakukan di Sungai Avon, sungai yang mengalir di tengah bandar Chrsitchurch. Sungai Avon ini dikatakan sungai yang kedua terbersih di dunia. Sungai yang pertama kalu tak silap aku di Canada. Mungkin untuk kategori sungai di bandar, bukan sungai di hutan.

Terdapat 3 stesen permulaan aktiviti punting nie iaitu City, Garden dan Mona Vale. Aktiviti ini memakan masa selama 30 minit. Kami memilih Garden untuk berpunting, yang terletak bersebelahan dengan Christchurch Botanical Garden dan berhampiran dengan Canterbury Museum. Alhamdulillah cuaca panas hari itu, jadi aktiviti punting kami berjalan lancar.


Anak aku dah tak sabar nak lompat atas punt.

Pemandangan sepanjang punting di Sungai Avon.

Berselisih dengan punt yang lain.









Daripada punting, kami menaiki tram pula, yang memang merupakan antara tarikan utama bandar Christchurch nie. Tram mula diperkenalkan di bandar Christchurch pada tahun 1880, yang menggunakan tenaga kuda untuk bergerak. Pada tahun 1905 barulah tram yang menggunakan kuasa elektrik mula diperkenalkan. Ketika itu, tram memang merupakan pengangkutan awam yang utama di Christchurch.


Terdapat 11 hentian tram nie, dan penumpang boleh naik dan turun di mana-mana hentian tersebut. Tiket tram ini boleh digunakan selama 2 hari berturut-turut bermula daripada tarikh dibeli. Jadi dalam sehari tu, bolehlah kalau nak naik tram tu puluhan kali pun. Jadi boleh ler pusing-pusing bandar Christchurch tanpa naik kereta sebab kalau naik kereta nak kena bayar parking pulak.



Tak sangka pulak tempat duduk aku di dalam tram tu dulu Queen Elizabeth II pernah duduk.





Antara tempat laluan tram.



Kami turun di stesen Catherdal Square, yang merupakan pusat bandar Christchurch. Duduk-duduk sambil bergambar dan menikmati snak yang kami bawa. Tempat nie memang menjadi tumpuan para pelancong.




Anak aku menjadi pemerhati chess gergasi nie.


Dari Catherdal Square, kami naik semula tram dan kembali ke kereta. Kali ini, kami menuju ke Christchurch Gondola, yang terletak lebih kurang 10-15 minit dari bandar. Naik gondola ke puncak bukit bagi menikmati pemandangan bandar Christchurch. Tapi aku rasa, gondola Christchurch nie, tak naik pun takpe, sebab pemandangannya tak secantik seperti naik gondola di Queenstown. Itu aku punya pendapat peribadi aje ler.




Pelabuhan Lyttelton.

Selesai naik gondola, kami pulang semula ke motel. Anak pun dah tertidur keletihan. Rehat sekejap kat motel, sebelum kami keluar semula dalam jam 4 petang. Kali ini pergi ke Dress smart, tempat shopping baju. Banyak cuci mata je daripada membeli-belah.


Dari sana, kami menuju pulak ke Lincoln University . Saje je aku nak pi tengok macam mana Lincoln University nie. Terjumpa dengan sorang budak Cina undergraduate dari Malaysia.







Perpustakaan Lincoln University, bangunan tertua di universiti ini yang dibina pada tahun 1878. Tetapi masa tu ia tidak berfungsi sebagai perpustakaan.




Antara bangunan Lincoln University yang terjejas dengan gempa bumi yang melanda Christchurch dulu.


Kemudian kami pergi ke University of Canterbury, pusing-pusing dalam kampus sambil bergambar. Kebetulan masa tu tengah konvokesyen, jadi banyak ler orang berjubah bergambar sana-sini dalam kampus tu. Lepas tu terus balik ke motel, berehat dan berkemas untuk balik ke rumah esok petang.




No comments:

Post a Comment