February 22, 2011

Christchurch Dilanda Lagi......

Baru tadi aku bukak TV selepas ambik anak aku kat kindy. Berita terkini di TV melaporkan Christchurch dilanda gempa bumi lagi. Kali ini berukuran 6.3 magnitud dan berlaku lebih kurang jam 12:51 tengah hari. Gempa yang melanda pada September tahun lepas berukuran 7.1 dan berlaku sebelum subuh, menyebabkan kecederaan sebanyak 2 org sahaja. Tetapi kali ini berbeza, kejadian gempa berlaku ketika orang ramai sedang bekerja, keluar makan lunch dan anak-anak berada di sekolah. Dilaporkan terdapat beberapa kecederaan berlaku akibat dihempap dengan serpihan bangunan yg runtuh, org terperangkap dalam bangunan dan banyak runtuhan berlaku. Dilaporkan bangunan Catherdal yang merupakan bangunan sejarah dan tarikan di tengah bandar Christchurch juga mengalami kerosakan teruk. Sama-sama kita doakan agar tiada kejadian yg lebih buruk menimpa penduduk Christchurch. Alhamdullillah.......dua kali kami jejak bandar Christchurch, tiada kejadia seumpama ini berlaku.

2 comments:

  1. Alhamdulillah Palmee tak kena...nasib baik masa kami gi hari tu tak ada gempa..

    Sham & ueya

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan dr saya
    seronok baca pengalaman org di perantauan :-)

    ReplyDelete