February 18, 2009

Nak tengok tahi tak?

Para pembaca blog yang budiman. Tajuk entree kali ini pasti agak mengejutkan. Jadi nasihat aku, sekiranya ada yang tengah mengunyah makanan, habiskan kunyahan tersebut dahulu, dan pastikan telah ditelan semuanya. Kalau yang baru nak menjamah makanan tu, pilih dahulu, nak baca dulu atau habiskan makanan. Dinasihatkan baca dulu, sebab perut tengah kosong. Atau yang tengah menghirup air tu, habiskan air tu dulu sebelum meneruskan pembacaan kali ini.

Sebab aku nak bawa para pembaca melihat tahi. Di sini, tahi agak popular untuk dilihat. Pada kesempatan itu, aku dan keluarga tidak melepaskan peluang itu. Tahi mesti dilihat, tak kira macam mana rupa dan baunya nanti.


Setelah agak penuh tempat duduk penonton, maka dipamerkan tahi kepada khalayak. Ramai hadirin dok terjengok-jengok untuk mendapatkan pandangan yang lebih jelas. Kemudian kami mendekati tahi untuk melihat dengan lebih jelas. Rupanya seperti.........


He...he...he....he.....tak de masa aku nak pi tengok tahi betul la. Tak de faedah nyer. Tahi yang aku maksudkan ialah......seekor burung kiwi, yang diberi nama Tahi. Pelik tapi benar, percayalah namanya memang Tahi. Tahi, the kiwi.





Kenapalah hang diberi nama Tahi. Kalau hang jumpa burung dari Malaysia, mesti hang nak tukaq nama punyalah. Tapi nak buat macam mana, dah nama diberi macam tu.

Sebenarnya burung kiwi tu diberi nama Tahi kerana burung tersebut mempunyai satu kaki sahaja. Tahi dalam bahasa Maori maksudnya satu. Jadi, tak peliklah bagi depa nie nama Tahi tu. Kita jer yang pelik dan hairan.

Ikut riwayat hidup Tahi nie, dia dilahirkan normal macam burung kiwi yang lain, ada dua kaki. Nak dijadikan telenovela, sedang sang kiwi tersebut berjalan-jalan dalam sebuah hutan di Auckland, sekali kaki dia sebelah kena ngap ngan perangkap haiwan. Perangkap tu sebenarnya bukan nak tangkap kiwi, tapi nak tangkap possum, untuk dapatkan bulunya. Maka terperangkap la sebelah kaki kiwi yang malang tu. Duduk la dia kat situ untuk beberapa hari. Sampai la mamat yang pasang perangkap tu datang nak ambik hasil perangkap, tengok-tengok ada kiwi yang tengah kelaparan terperangkap. Mamat yang baik hati kat kiwi, tapi tidak baik hati pada possum, telah bawa kiwi tersebut ke hospital haiwan untuk rawatan. Tak pasti lak hospital gomen atau private.

Maka setelah diteliti oleh pakar-pakar binatang.....opppss silap...pakar-pakar haiwan, maka kaki sebelah kiwi tu tidak dapat diselamatkan. Setelah persetujuan ditandatangani oleh kiwi tersebut, maka kaki tersebut terpaksa dipotong dan dibuang. Tinggal la sebelah jer. Kesian si kiwi tu, melompat-lompat bila nak berjalan.

Pihak Weta Workshop......hangpa semua tau tak Weta tu amenda......bengkel kereta....silap....klinik haiwan ......salah......ha...yang angkat tangan baju merah tu.....apa dia....kuat sikit...tak dengaq...ya betoi....tepat sekali jawapan tu.....Weta nie adalah syarikat yang bertanggungjawab membuat special effect untuk filem Lord of The Ring, King Kong arahan Peter Jackson. Pihak Weta telah bermurah hati untuk mereka (mencipta) kaki palsu untuk Tahi, si kiwi tu. Setelah kajian dan penelitian telah dibuat, maka siaplah kaki palsu kiwi yang pertama di dunia nie.


Maka dengan penuh debaran, gembira campur hiba, si Tahi tu pun pakai la kaki palsu tu. Mula-mula tu, kekok gak. Lama-lama OK. Tapi si Tahi pakai kaki palsu tu 3 bulan jer. Lepas tu dia dah tak nak. Dia lebih suka melompat-lompat dengan sebelah kaki dia aje. Yang palsu tu dia naikkan tinggi sikit sambil melompat. Dah tengok perangai macam tu, maka kaki palsu tu ditanggalkan.


Kini, Tahi ditempatkan di Zoo Wellington untuk tatapan umum. Rasanya kat zoo tu ada seekor tu jer kiwi. Tahi dikatakan tidak boleh survive sekiranya dilepaskan kembali ke hutan. Nak jumpa kiwi kat hutan susah. Sebab kiwi nie pemalu. Kiwi suka keluar malam-malam jer. Suka menyorok daripada pandangan ramai. Jadi nak senang tengok kiwi, kami sekeluarga pi melawat Zoo Wellington. Setiap hari diadakan tentang Kiwi Talk di Wild Theatre pada jam 1:15 petang. Semasa talk tersebut, Tahi dipamerkan kepada hadirin. Nak ambik gambar boleh tapi tak dibenarkan guna flash. Sebab dikhuatiri Tahi akan takut. Lagipun kiwikan pemalu.....Macam aku.......



Anak aku seronok sangat nak tengok si kiwi




Tempat Tahi dipamerkan kepada hadirin. Mamat nie la yang dok beri penerangan pasal si Tahi.






Inilah Tahi si kiwi tu. Perhatikan betul-betul pada gambar kedua, perasaan tak kaki dia yang dah hilang tu.

No comments:

Post a Comment