February 19, 2009

Mahalnya....

Masa ayah dan mak tiri aku melawat kami di sini, mak menyatakan bahawa rumah di Selangor sudah beberapa bulan tak perlu bayar bil air dan letrik. Air dan letrik percuma. Sebab air di Selangor bawah kerajaan negeri Pakatan Rakyat, percuma untuk 20 meter padu air yang pertama. Kedua, bil letrik di bawah RM20.00 tak perlu bayar, kira percuma. Pendekatan pancing undi yang dibawa oleh kerajaan pusat, Barisan Nasional. Lagipun rumah tu jarang pi. Biasa mereka duduk rumah di Kuala Lumpur. Walaupun politik di Malaysia sekarang agak panas dan kalut, tetapi dalam perkalutan itu, ada juga memberi manfaat kepada rakyat Malaysia macam kes ini.


Aku di New Zealand, lain pulak ceritanya. Dikhabarkan hanya air di Wellington sahaja percuma. Bukan sahaja percuma, malahan bersih, boleh diminum terus tanpa dimasak dan ditapis terlebih dahulu. Tetapi di tempat lain, air perlu dibayar. Itu kes domestik, untuk komersial semua tempat perlu dibayar. Jadi save satu part, bil air.


Tapi nafas lega tak berpanjangan. Setiap kali menerima bil letrik pasti berdebar untuk melihat jumlah yang perlu dibayar. Bil elektrik di sini memang mahal. Terutamanya semasa musim sejuk (winter). Nak pula rumah kat sini serba-serbi guna elektrik; heater, dapur masak, air panas (untuk mandi) dan basuh baju.


Bulan pertama kami sampai, bil letrik jumlahnya $NZ303.19. Berikutnya, $NZ244.37. Bulan ketiga, $NZ177.11, bulan keempat $210.30 dan bil bulan lepas $NZ236.23. Perghhhh.........penat den nak bayar beb. Dah cuba berjimat pun dok naik jugak bil. Dulu masa kat Penang, bil letrik nak cecah RM30.00 sebulan pun payah.


Rasanya sebab tarif elektrikkat sini tinggi kot. Kalau berdasarkan bil letrik, setiap kWh dicaj 20.63 sen. Lepas tu ada caj tetap harian, satu hari dicaj 33.33 sen. Ada lagi levi komisyen elektrik, setiap kWh dicaj 0.17 sen. Campur cukai 12.50% lagi. Mana tak beratus bilnya dalam sebulan. Boleh buat pepatah baru nie"Terlepas bayar bil air, kena bayar bil letrik mahal pula". Jadi rasa bersyukur sangat tinggal di Malaysia walaupun tengah dok bergalut dengan politik semasa.


Untuk makluman, kat NZ nie ada beberapa syarikat elektrik antaranya; Mercury Energy, Genesis Energy, Meridian Energy, Simply Energy dan Contact Energy. Kita sebagai pengguna bebas memilih syarikat mana yang nak supply letrik kat rumah kita. Klu tak puas hati dengan syarikat tu, kita tukar la syarikat lain pulak. Tapi kadar bayaran bulanan rasanya sama semua syarikat. Aku tak sempat survey lagi. Aku guna syarikat Mercury Energy.


Lain pulak cerita dengan telefon. Telefon rumah di sini, kalau buat panggilan tempatan macam dari Wellington ke Wellington, adalah percuma. Tapi dari telefon rumah ke telefon rumah la. Kalau ke telefon bimbit akan dicaj. Begitu juga kalau call dari Wellington ke luar Wellington, akan dicaj jugak. Syarikat pembekal talian telefon rumah pun ada pelbagai antaranya TelstraClear, Vodafone dan Telecom. Aku pilih TelstraClear, pakej sekali dengan talian internet dan tv kabel. Seronok sakan la kalau kaki-kaki gayut kat Malaysia tinggal di sini. Tak gitu.....(dituju khas buat rakan sepejabat aku yang tinggal dekat dengan Queensbay Mall).

1 comment:

  1. mahai bil hang musim summer pun.. basuh baju pakai ayag sejuk la jimat sikit.. aku punya bil dalam 100 lebih ja summer ni.. winter nanti mampuihh..

    ReplyDelete