February 19, 2009

Saudara-mara MEPS Cash

Duit plastik. Istilah itu memang biasa digunakan di kalangan kita. Maksudnya kad kredit, bukan. Aku juga pernah menggunakannya. Tapi rasanya maksud itu perlu diperluaskan lagi sebab ada juga kad debit. Kad debit rasanya lebih baik kerana kita tidak berhutang. Sebaliknya menggunakan duit yang ada dalam akaun kad debit tersebut.


Di NZ, ada satu lagi kaedah bayaran yang sudah menjadi amalan umum. Selain tunai, cek dan kad kredit, mereka juga menggunakan EFTPos. Apa mende tu.....????? Maksud EFTPos ialah Electronic Funds Transfer at Point of Sale. EFTPos sebenarnya lebih kurang macam kad debit. Cuma EFTPos nie menggunakan kad ATM kita untuk buat bayaran. Kita cuma masukkan nombor pin kad ATM pada mesin kad tersebut selepas kad diimbas di kaunter jualan, tanpa perlu tandatangan seperti kad kredit. Duit dari akaun bank kita akan ditolak secara automatik.


Sebenarnya, kaedah bayaran ini dah ada di Malaysia. Dulu, masa aku dan isteri pergi bershopping, kami biasa guna kad ATM untuk membuat pembayaran. Di Malaysia dipanggil MEPS Cash. Cuma tak banyak kedai yang sediakan perkhidmatan ini. Dan juga tak semua bank yang tawarkan perkhidmatan ini. Antara bank yang tawarkan perkhidmatan ini ialah CIMB dan Maybank. Kedai yang sediakan perkhidmatan ini seperti Carrefour dan Pacific. Disebabkan belum meluas perkhidmatan ini, maka ramai orang tidak menggunakan kaedah ini. Malah tak tau tentang kewujudan pembayaran ini. Sebelum kami datang ke NZ, di TV sudah ada iklan tentang galakan penggunaan MEPS Cash.


Tapi di NZ, EFTPos (saudara-mara MEPS Cash) penggunaannya amat meluas. Boleh dikatakan semua bank tawarkan perkhidmatan ini, dan boleh dikatakan hampir 95% kedai di sini menyediakan perkhidmatan EFTPos. Hatta kedai runcit tepi jalan dan kedai ikan pun menggunakan kaedah ini. Sebab tu orang kat sini jarang bawa cash. Biasa bawa duit plastik jer. Nak guna EFTPos ini tak ada had minimum. Hatta beli barang $NZ 2.00 pun boleh guna EFTPos. Deiiii....berapa banyak hatta daaaaa............

No comments:

Post a Comment