September 10, 2009

Kaya...kaya...kaya....kaya......

Bagi aku, kaya ialah makanan Malaysia yang biasanya dimakan dengan roti. Kekadang tu diletakkan dalam pau. Memang kegemaran aku. Pau kaya atau roti kaya, memang sedap dan mempunyai rasa tersendiri. Bagi akulah, kaya nie kiranya identiti Malaysia lah.
Kat sini memang takde kaya. So far yang aku tahulah. Kalau ada jual pun, hanya di kedai-kedai Asian sahaja. Dan kebiasaannya diimport dari Malaysia, Singapura atau Indonesia. Tapi rasanya kurang enak macam kaya di Malaysia.


Kat sini, macam-macam jenis spread roti (sapuan roti macam jem tu) yang ada. Sebab rotikan makanan depa nie. Jenama roti tu memang banyak la. Ada satu jenama roti tu member aku cukup suka sangat. Sampai dia kata the best bread in the world. Roti tu jenama Yarrow Family Baker. Roti yang ada salba tu yang sedap tu.


Dalam banyak-banyak spread yang ada kat sini, ada satu spread yang memang menjadi identiti orang NZ sejak dahulu kala. Aku biasa jumpa spread nie. Dulu ada la mamat kiwi ajak aku cuba spread tu. Tapi aku tak nak sebab ragu tentang status halalnya dan juga takut tekak aku tak boleh terima. Namanya ialah vegemite. Ia sebenarnya ialah yis spread. Warnanya kehitam-hitaman.


Vegemite dihasilkan di Melbourne pada sekitar tahun 1920an. Ia dihasilkan oleh Dr Cyril Callister, seorang ahli kimia industri. Sebenarnya mamat nie nak cuba mempertingkatkan tahap penapaian yis dalam penghasilan bir (brewer's yeast). Dia pun campur la yis tu dengan yis roti dan akhirnya terhasillah satu bahan melekit yang berwarna hitam. Dan semenjak daripada itu, bahan melekit yang berwarna hitam itu pun menjadi spread roti yang terkenal di kalangan orang ramai.

Tapi masa tu bahan tu takde nama lagi. Jadi depa pun buatlah satu pertandingan utk menamakan bahan melekit warna hitam tu. Dan keputusannya, satu kumpulan telah menang dalam pertandingan itu dengan menggunakan nama Vegemite. Nama ini diilhamkan kerana bahan tersebut takde menggunakan bahan haiwan.

Rasa vegemite yang unik ini sebenarnya terhasil daripada campuran dua yis tadi, dan juga bawang, celeri dan garam secukup rasa. NZ telah menghasilkan Vegemite sendiri sejak tahun 1959. Vegemite ini sebenarnya kaya dengan vitamin B.

Anda ingin cuba ke benda nie? Kalau nak cuba, semak dulu status halalnya. Tapi mengikut seorang journalist dari London yang cuba makan Vegemite, telah mengatakan baunya macam bau sarung kaki yang tidak dibasuh..........Ada berani........???????





No comments:

Post a Comment