September 23, 2009

Jalan-jalan Raya (1)


New Zealand menyambut Aidilfitri lewat sehari berbanding kebanyakan negara di dunia seperti Australia, Malaysia dan Arab Saudi. Seperti yang telah dimaklumkan dalam entree sebelum ini, New Zealand menyambut Aidilfitri pada hari Isnin, 21 September. Malam itu, selepas Isyak, beberapa rakan dari Malaysia dan Acheh telah berkumpul di rumah Nawawi, orang Kemboja yang telah lama menetap di NZ, untuk bertakbir. Selepas bertakbir, kami menjamu jamuan ringan sambil berborak.


Keesokkan harinya, kami sekeluarga telah keluar rumah seawal jam 8:15 pagi untuk pergi menunakan solat Aidilftri di Dewan Bunga Raya, Suruhanjaya Tinggi Malaysia (HICOM). Setibanya di sana, dewan telah pun hampir penuh dan kedengaran takbir berkumandang. Setelah selesai solat sunat dan khutbah Aidilfitri, kami semua salam-bersalaman. Kemudian kami menikmati jamuan yang telah disediakan.



Setelah selesai di HICOM, kami bergerak ke rumah Nawawi pula untuk beraya. Kemudian kami bergerak pula ke rumah Jasmadi. Kali ini 4 keluarga yang tinggal di Hataitai dan Kilbirnie telah bersama-sama mengadakan rumah terbuka dan kami berpusat di rumah Jasmadi. Keluarga tersebut ialah keluarga Jasmadi dan Mas (selaku penganjur tempat), keluarga Abg Ali dan Kak Bel, keluarga Shamsudian dan Suzana dan keluarga kami. Masing-masing membawa menu yang telah ditetapkan. Keluarga kami membawa rendang daging, nasi impit dan lemang. Ada pelbagai menu yang disediakan seperti nasi tomato, ayam masak merah, kari kambing Rogan Josh, sup ekor, bihun goreng dan macam-macam lagi juadah sampingan. Ramai yang datang pada hari itu sehingga tetamu yang hadir melimpah-ruah ke laman rumah.


Kemudian kami bergerak pula ke rumah ketiga iaitu rumah Iskandar yangt terletak di Johnsonville. Iskandar ini baru sampai bulan Februari yang lepas. Dia ni datang ke sini sebab bekerja. Kat sana, kami makan lak mee bandung dan sagu gula melaka. Lepas tu singgah kat rumah Mak Som. Mak Som nie dah lama duduk kat NZ nie. Dia kahwin dengan mat salleh dan terus menetap kat sini. Kat rumah dia macam-macam juadah ada. Roti jala, rendang daging, lontong, kuah kacang, murtabak, pulut kuning, ayam goreng, samosa, popia dan macam-macam lagi di samping kuih raya yang lain.


Kemudian kami bergerak pula ke Rumah Malaysia, kediaman rasmi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia yang terletak di Khandallah. Dato dan Datin mengadakan rumah terbuka antara jam 1-6 petang. Kat sini memang ramai la yang datang. Tapi kami dah tak larat dah nak makan. Perut dah penuh. Selepas itu, kami bergerak pula ke rumah Nik dan Fatma, kedua-duanya adalah pelajar PhD, yang terletak di Northland. Mereka jugak turut bergabung dengan dua keluarga lagi iaitu keluarga Abg Azam dan Kak Azizah dan keluarga Mehraj bagi mengadakan rumah terbuka tersebut. Kami dijamu lak dengan soto, mee kari, pulut kuning, rendang ayam, bihun goreng dan macam-macam lagi.


Kami sampai di rumah kami sekitar jam 7:15 malam. Anak-anak semua dah kepenatan. Walaupun kami jauh di perantauan ini, tetapi kami menyambut hari raya dengan penuh meriah. Cuma keluarga sahaja yang tidak ada disisi kami. Eid Mubarak..............






Hadirin bertakbir di Dewan Bunga Raya, Suruhanjaya Tinggi Malaysia.




Khutbah Raya disampaikan oleh Pak Chad.


Hadirin menyerbu meja jamuan.






Makan-makan sambil berborak sakan, lepas nie nak beraya kat mana?




Juadah yang terdapat di rumah terbuka kami.




Mmmmmmmm..............sedap beb semua juadah nie...........






Tetamu mula hadir ke rumah terbuka kami.






Makan-makan, jangan tak makan.


Alhamdullilah cuaca hari tu elok, boleh gak tetamu makan di luar rumah.




Mamat berbaju biru nie berposing lepas kenyang di rumah Iskandar.






Beraya di rumah Mak Som lak.....



Rumah terbuka di Rumah Malaysia.





Hentian terakhir kami, rumah Nik dan Fatma.



No comments:

Post a Comment