September 20, 2009

Raya ke belum.....???????

Semalam merupakan waktu untuk meneropong anak bulan, bagi menentukan sama ada Aidilfitri jatuh pada hari Ahad atau Isnin. Kalau di Malaysia, selepas Maghrib ramai la yang dok tunggu depan tv tunggu pengumuman hari raya. Dalam radio pun ada.

Tetapi berbeza di sini. Kalau nak tau raya tak raya, sumber boleh diperoleh daripada masjid. Tengok anak bulan pun hanya naked eyes sahaja. Masyarakat Islam yang lain jugak diminta melihat anak bulan, dan sekiranya kelihatan, boleh menghubungi pihak masjid dan pihak masjid akan membuat pengumuman rasmi tentang perkara itu.

Biasanya solat Isyak pada 8:40 malam. Tapi semalam hampir jam 9 pun tak solat lagi. Imam dan beberapa "orang masjid" dok sibuk mencari maklumat sama ada esok raya atau tidak. Selang beberapa minit, imam datang dan membuat pengumuman "Setakat ini, tidak ada lagi berita tentang anak bulan. Jadi dijangkakan esok masih lagi berpuasa. Tetapi 10 minit selepas solat Isyak, pihak masjid akan membuat pengumuman rasmi tentang perkara ini selepas mendapatkan maklumat".

Selepas solat Isyak, aku duduk kat luar masjid. Senang nak bersembang daripada mengganggu orang lain yang nak beribadat. Join beberapa orang Malaysia yang dok menunggu tentang pengumuman raya nie. Lepas 10 minit, masih tidak ada pengumuman lagi. Kelihatan imam dan beberapa "orang masjid" tengah sibuk dalam pejabat. Masing-masing dok pegang telefon.

Masa terus berlalu dan masih belum ada lagi pengumuman. Member-member lak dok call atau SMS tanya tentang pengumuman raya nie. Tetiba lak ada satu mamat nie berdiri kat saf depan. Aku rasa pak Arab, dah berusia. Dia buat satu pengumuman. Aku tak pasti tentang apa. Tapi lepas tu semua jemaah bangun dan mendirikan solat tarawikh berjemaah dengan pak Arab tu menjadi imam.

Aku, 3 orang Malaysia dan beberapa oran yang lain tidak turut serta. Pada pendapat aku, kalau keputusan rasmi beraya masih belum diketahui, tak perlu solat tarawikh lagi. Sebab tak pasti lagi sama ada malam tu malam Syawal atau Ramadan. Kalau dah malam Syawal, mana ada lagi solat tarawikh. Tapi kalau masih lagi Ramadan, kita teruskan la solat tarawikh tu. Tapi biarlah tunggu keputusan rasmi dulu walaupun lambat. Pak imam masih lagi belum kelihatan. Aku ada gak tanya orang yang dok tunggu depan pejabat pak imam, bila raya?. Dia pun kata belum ada lagi keputusan rasmi.


Sehingga sekitar jam 9:30 malam, barulah kelihatan pak imam dan beberapa orang masjid masuk ke pejabat. Aku tanya pada salah seorang daripada mereka, dan dia habaq Aidilfitri pada hari Isnin, bukan esok. Masa tu barulah pak imam datang dan take over tugas imam tarawikh. Aku pun join la sekali. Sebab dah muktamad, esok masih lagi Ramadan.


Nampaknya Malaysia raya dululah........Selamat Hari Raya Aidilfitri......








No comments:

Post a Comment