September 8, 2009

Smack that......

Bermula 1 November tahun ini, New Zealand akan menguatkuasakan undang-undang baru. Tidak dibenarkan menggunakan telefon dan menghantar SMS semasa memandu........Denda sebanyak $NZ 80 dan 20 demerit point akan dikenakan kalau melanggar undang-undang ini. Pemandu dibenarkan mengguna hand-free device semasa memandu di bawah larangan baru ini.


Mengikut laporan antara tahun 2003 hingga 2008 sebanyak 482 kemalangan dan 25 kemalangan yang teruk telah berlaku; dan penggunaan telefon telah dikenalpasti sebagai antara penyumbangnya.

Tapi ada jugak penyelidik-penyelidik universiti yang mahukan agar larangan sepenuhnya dikenakan atas penggunaan telefon semasa memandu. Maksudnya penggunaan hand-free device jugak tidak dibenarkan. So far belum lagi ada perkembangan tentang perkara ini.

Satu lagi isu yang dibangkitkan ialah rakyat mahu undang-undang NZ diubah agar smack (pukul) anak dibenarkan. Pukul disini bukanlah mendera tapi memukul bertujuan untuk mendidik anak. Takde lah pukul sampai patah atau separuh mati budak tu. Pukul sikit-sikit aje. Sebab kat sini memang sentuh anak langsung tak boleh. Jadi isu nanti.

Satu pungutan suara tentang perkara ini telah dibuat. Dan hasilnya lebih 80% bersetuju agar undang-undang ini diubah. 80% daripada berapa orang tak pasti lak. Tetapi Perdana Menteri John Key tetap dengan pendiriannya, undang-undang tersebut tidak akan ditukar atau digubal.

Satu isu lagi ialah berkenaan kerusi untuk Auckland Super City Council. Kerajaan NZ bawah pimpinan John Key telah bersepakat bahawa tiada kerusi untuk Maori dalam council tersebut. Walaupun beberapa langkah dan bantahan diambil termasuk demonstrasi aman di jalan-jalan Auckland City, John Key tetap dengan pendiriannya. Ada gak orang Maori yang bersetuju dengan perkara ini. Aku kurang pasti sebabnya kenapa. Itulah nasib penduduk asal NZ nie. Mamat saleh yang datang migrat dahulu kala lak yang jadi tuan sekarang nie........




No comments:

Post a Comment