September 7, 2009

Meh berbuka......

Berpuasa di negara orang nie, tak sama macam berpuasa di negara sendiri. Nak-nak berpuasa di negara yang bukan Islam......

Cabaran posa kat sini kalau ikutkan takde ler mencabar sangat sebab cuaca sejuk....jadi rasa dahaga tu kurang la......cuma rasa perut kelaparan tu biasa la......lagi sejuk lagi cepat perut tu berbunyi.......

Bazar ramadan......?????? Sori ler....mana ada kat sini........jadi kemeriahan suasana berpuasa di sini agak kureng ler berbanding di Malaysia tu. Bazar ramadan tumbuh bak cendawan lepas hujan. Merata tempat dan pelbagai menu ada....

Aku kat sini berbuka posa makan apa yg ada jer.......nak kata mengidam sangat nak makan makanan special time posa tu takde ler sangat.......

Cuma kemeriahan dapat dilihat di sini tatkala berbuka posa di masjid......memang meriah sungguh......ramai yg datang.....dari pelbagai suku kaum, negara, bahasa dan warna kulit tetapi satu agama .......datang untuk berbuka bersama-sama di masjid. Yang lagi unik tu, setiap kali berbuka posa di masjid, menu akan disediakan mengikut group yang menyediakan sajian berbuka posa tu. Macam dua minggu lepas, komuniti Kemboja yang memasak, tiga hari lepas student Saudi, dua hari lepas Muslim Youth dan semalam komuniti India Fiji. Jadi dapatlah aku merasa pelbagai rasa masakan sebab kekadang komuniti tu akan menyediakan masakan mengikut cara mereka.

Group memasak akan datang ialah Indonesia, Somalia, Malaysia, Nagashi, Indian, Arab dan Bangladesh.....

Wahhhh....tak sabar dah rasanya menunggu waktu berbuka nie.......


No comments:

Post a Comment